- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf cerita pencuci muka | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Saturday, November 10, 2012

cerita pencuci muka

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, November 10, 2012
bila cerita tentang pencuci muka, pertama sekali aku ingat adalah bau epal. itu sebab masa aku umo dalam 8 tahun cmtu mak dan kakak aku berkongsi pencuci muka Avon yang berbau epal, jadah namanya aku tak ingat. aku ingat satu hari dulu masa umur 7,8 tahun, aku pernah jadikan ia sebagai sabun badan sbb suka bau tu. tapi muka aku pedih.so as satu badan aku; menggelupur.
pengajaran

sejak tu aku tak buat dah benda separa keji macam tu.

perkara kedua yang aku teringat tentang pencuci muka adalah pasal kakak aku nana. masa tu dia mungkin umur 12-14 tahun. satu hari dia terlibat dengan kem apa tah yang tido sana 2,3 hari. aku tak amik port sangat.

yang aku tau selama tempoh dia pergi, singa betina a.k.a kak yong aku macam tak senang duduk dalam rumah. aku fikir, mungkin dia rindu nana. tapi possibility untuk itu berlaku adalah setinggi 0.0000000001%.

hari Nana balik, dia riuh bercerita. aku tak faham. ingatan aku paling ingat lepas tu ada peperangan kat bilik air.
kak yong : apahal bawak aku punya pencuci muka???!!!! (note that dlm bahasa rawa)


nana       : (menangis2)..ala orang lain bawak, aku pun nak bawakk!!



kak yong : dah tau tak ada tak payah la bawak !!!  (melempang2...)



VIctory.

sengal.

tahun 2002 masa akhir tahun darjah 6, masa aku tau je aku nak masuk sekolah berasrama, aku excited gilos. aku nak beli pencuci muka walaupun aku tak pernah guna. mungkin semua makhluk asyik ingatkan umur 13 adalah awal remaja. jadi aku fikir pakai pencuci muka adalah gaya hidup remaja. jadi aku mesti memiliki pencuci muka sebagaimana remaja zaman sekarang eager nak memiliki DSLR.

aku beli pencuci muka Fair & Lovely beserta krim pencerah. ini adalah pendedahan awal dari kakak aku tanpa aku ketahui side effect nya. aku pakai tak okey. lepas habis aku tak beli dah. tiba2 ada cikgu praktikal suggest kami yang muda belia pakai lah hazeline snow macam dia ( sambil tunjuk kulit muka nya yang cantik). jadi aku pun terpengaruh,aku pun laju2 beli. pun muka aku tak jadi cantik. plus ada macam pedih sikit. aku biar je pencuci muka tu.

yang paling hot diperkatakan oleh kawan rapat aku syah (sekarang sya), pakailah Dove! kul-kecoh ceriit tangan pun makin lembut. oh. aku pun pakai. and aku find out Dove memang serasi dengan aku. aku pakai Dove sahaja sampai form 5. aku rasa kulit muka aku okey saja. cuma nampak pucat. aku memang pucat pun. sampai akhir tahun form 5, kecoh cerita Dove tak halal. aku habis sekolah, Dove aku pun tamat riwayat nya. sejak tu aku tak pakai pencuci muka. kalau kat rumah tiba2 muka rasa gatal, aku pakai sabun penyamak Taharah tu je. hahaha. sukahati aku je belasah.

then aku masuk matriks, aku still tak ada pencuci muka. sampai nak masuk 2nd sem, tiba2 pakar kecantikan dalam bilik aku bernama syer berkata  "EHHH...DATTTT!!!HG XLEH X PAKAI PENCUCI MUKA. NANTI MUKA HG LG TERUK, PORI2 MAI TERSUMBAT KLO HG DX GUNAA...HG KENA LAA PAKAI HAT YANG SESUAII NAA..." entah lah macam mana dia cakap, tapi macam tu lah lebih kurang.
masa matrix.sebelum sambung guna pencuci muka :'(

masa itu hari sabtu aku ingat. sebelum pergi beli lunch, aku kelam-kabut beli pencuci muka. Aku beli Safi. aku ingat mak datin dalam bilik aku ada cakap kawan dia pakai Safi sampai sekarang elok. aku amik je. terus balik cuci muka. aku rasa muka aku tegang macam dicucuk botox. aku terselamat dari pori2 tersumbat bak tauhu sumbat, aku rasa la.

satu lagi masalah adalah aku sangat lah mundur bab penjagaan muka. muka aku asyik mengelupas, aku malu nak berhadapan dengan orang. konon la. *bajet iklan kecantikan* terima kasih kepada datin seri atiqah kerana men'suggestkan aku dengan krim pelembap safi gamat yang aku gunakan sehingga sekarang.

dan muka aku sampai sekarang sama je, cuma dulu comel sikit. sekarang comel banyak. kah kah kah.
1st year.


mmg tak penah flawless dengan kehadiran taik lalat berbentuk segi tiga bermuda 2nd year muka cm org tua.
recent banyak flaw.yang paling kanan tu effect flash jd putih plak. n nampak dongga.hahaha


untuk mengatasi habuk2 di KL, aku juga turut beli skrub. tapi watch out, scrub tak boleh pakai selalu. dan tak sesuai untuk kulit berjerawat.



baru2 ini aku perasan muka wan macam penuh bintik2 hitam dan putih. aku tak sangka dia menggelupur bila aku bagi tau "eh macam mana nak buat ni? tak hensem la macam ni!". aku selaku beauty consultant yang jelas tak beauty, men'suggestkan dia memakai pencuci dan skrub.
beberapa hari sebelum mencuci muka.
Guardian telah menyelamatkan muka wan. aku suggest dia beli pencuci skrub SG Men dan turbo light Garnier for Men.  esok pagi aku jumpa dia bintik hitam dah kurang sangat-sangat. aku tanya dia skrub macam mana, dia kata dia skrub satu badan.  adoi bijak sangat bf aku. ahhahaha. takpelah janji hensem. tapi betul weh aku cakap, hilang bintik2 hitam tu. mungkin sesuai dengan muka dia. hee.




sehari selepas mencuci muka, aku dapati muka wan telah semakin hensem dan berseri2.lihat saja gambar di bawah. :D


wan yang sekarang.



#kalo rasa2 wan makin hensem tu, terima kasih pada SG Men dan Garnier :)

hahaha :P

2 C.O.M.M.E.N.T.S:

❤farahin izzati❤ said... [Reply]

saya peminat produk safi :D

Idati Malek said... [Reply]

hahah/.produk safi bagus kannn