- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf burung kuang kuit | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Saturday, December 29, 2012

burung kuang kuit

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, December 29, 2012
hari tu lepak-lepak dengan kekasih coklat siapa lagi kalau bukan ridwan sarudin  (hehehehe) dan nania the raksasa makanan dekat kedai open-air favourite, bercerita tentang kisah-kisah mistik. maybe. haha.

so aku nak share pasal burung yang aku tak tau nama, tapi aku panggil burung kuang kuit sebab bunyi dia 'kuang, kuang, kuit'.

apa yang misteri pasal burung ni?
dulu-dulu masa kecik, selalu dengar burung ni berbunyi malam-malam. (aku duk kampung). yang misterinya, dia berbunyi masa malam dah semakin sunyi, orang lain senyap. lepas tu mula-mula bunyinya sayup je 'kuang, kuang ,kuit'. tapi makin lama makin kuat,bunyinya makin dekat. sudahnya dengar macam dekat sebelah bilik je. sampai sekarang aku tak tau kenapa macam tu. yang pasti bunyi nya memang jelas dan mendekat.

lagi satu aku teringat arwah opah aku pernah la cerita masa dulu-dulu dia pergi jaga durian kat kebun dia atas gunung. dia bawak la 2 orang budak lelaki kampung aku tu teman dia jaga. (kot la aku tak ingat dah citer). tengah-tengah larut malam menjaga durian tengah hutan, mestilah sunyi. tiba-tiba ada bunyi burung kuang kuit. macam yang aku cakap tadi la,bunyi dia akan makin kuat.

tapi yang lagi bijak 2 orang budak laki tadi pergi ajuk pulak bunyi 'kuang, kuang kuit' tu. arwah opah aku tegur la 'korang jangan bawak main bunyi tu," tapi dah tak dengar cakap masing-masing sibuk terkuang2 kuit sambil gelak-gelak.

nak buat citer bila tido dorang berdua tadi mimpi balik masa dorang sibuk mengajuk bunyi kuang kuit tu, rupa2nya ada sorang perempuan cantik rambut panjang tengah bertenggek atas pokok tengok dorang panggil-panggil dia. sebab tu dia datang.

lepas je mimpi tu, aku rasa deman teruk la dua orang tu.

kalau orang tua tegur tu,terima la. jangan lawan, kan dah terkena. hehehe.

macam mana dengan korang, pernah dengar bunyi burung kuang kuit tak?

0 C.O.M.M.E.N.T.S: