Do you like my blog?

Monday, January 30, 2012

rasa sayang beron

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, January 30, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
mobile internet sejak akhir2 ni tak bagi aku jenguk facebook.

Sekarang ini aku dalam tempoh relaks kan otak di rumah- dalam peti ais aku letak. Malas nak serabut lebih2.

Pernah tak rasa jeles hingga jadi dendam?

Oleh aku yang beron,
Idati lah,siapa lagi.

Sunday, January 29, 2012

perancangan yang rapuh seperti biskut meri

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, January 29, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
biskut yang rapuh memang best untuk dimakan.kalau dapat cicah, memang style. Tapi memang berjanggutkan serbuk biskut la masa makan.

Manakala perancangan yg rapuh pula tak dapat dimakan, dan tidak lazat, halalan toiyiba apetah lagi.

Semalam aku pergi pasar malam. Disebabkan kawan aku telah bercakap satu perkara,aku jadi tak boleh lupa pada lelaki jaga kedai kebab semalam. Padahal dah banyak kali aku tengok dia.

Perkataan dan deskripsi yang pelik tak boleh diungkapkan depan aku. Nanti jadi macam ni.

Tak ada kaitan dengan perancangan.

Ditaip oleh aku yang memakai tshirt beropol macam obor-obor masa ini,
idati lah, siapa lagi.

Thursday, January 26, 2012

aku

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, January 26, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
pagi-pagi selepas subuh, aku menung jauh lagi.

aku kenang kembali hari-hari lepas dengan segala dosa yang tak terkira.
aku diam.
aku lihat skrin kecil handphone aku, menanti satu mesej masuk di inbox.
semalaman aku mengelamun panjang tentang masa depan.

sesungguhnya aku adalah hambaMu yang berdosa Ya Allah. Ampunilah dosa ku ya Rabb.

hari ini aku senyum.
lihat gambar mafia aku pergi jalan-jalan. memang macam mafia.

Sunday, January 22, 2012

hutan kabut bercuti - oh hepi!

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, January 22, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sekarang tengah bercuti macam biasa - luar biasa.

Aku tengah lagi giat memikir cara terbaik untuk praktis diri jadi lebih berguna dari biasa. Iaitu lebih berguna dari akar rotan. Kadang2 sakit jugak kepala nak jadi sesuatu yang bukan kita.

Aku kena capai jugak target aku tahun ni - cuba jangan jadi loser sangat.

Yang hepi cuti, saya yang lutsinar di mata lelaki.
Idati lah, sapa lagi.

Monday, January 16, 2012

esok adalah penentuan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, January 16, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
esok bermula jam 12 tengahari adalah penentuan hidup aku.

sama ada aku harus stay, atau pergi.

walau macam mana banyak peluang pun, aku mesti tetapkan hati.

Saturday, January 14, 2012

dua pilihan yang membunuh

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, January 14, 2012 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku sebenarnya dilema ni. sebab tu aku macam beron 2 hari ni.
macam ditelan mati emak, diluah mati bapa.

situasi sekarang;

kalau aku gagal, aku akan terus berhenti, dibuang; mungkin.
tapi kalau aku lulus, aku akan terus terseksa.

jadi setiap satu alphabet yang lalu di retina mata aku akan membuatkan aku terfikir; betul ke apa yang aku buat sekarang? patut ke aku berhenti, atau patut ke aku teruskan. kalau dalam agama kita 50:50 tu, kita tak payah. tapi sekarang ni aku tak pasti apa yang 50:50. aku buntu. aku tak berani buat keputusan sendiri.
u can catch a child in me even though i'm 21 years old now. sudah layak mengundi kerajaan atau pembangkang.tapi otak aku bukan suam-suam kuku, ais nya pun ada lagi macam coolblog coklat.

apa lah agaknya aku buat ni.

ikan dalam penjara

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, January 14, 2012 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
semalam aku habiskan masa selepas makan malam bersembang dengan mafia aku. pasal sahabat. pasal dunia. pasal cinta dan takdir kita.

dua hari ni aku tensi. selepas kertas psikiatrik, aku dan raksasa nania macam orang mabuk dekat timesquare. semua benda kami nak gelak. aku rasa macam mabuk. kalau dah mabuk, hukumnya haram kan? so lepas ni tak payah la exam psikiatrik dah. *haha*

ingat nak join kenny eating day tapi takde rezeki pulak, orang pun ramai. jadi makan lah benda lain, bukannya tak ada duit kan *puih belagak*.

aku tengok ikan-ikan emas kecik aku yang 5 ekor ni berenang. tiba-tiba teringat ikan puyu arwah atuk aku dulu. duduk sekor je sepanjang hayat dia selepas tu. macam kesian pulak kan.

Friday, January 13, 2012

cara membalas dendam macam kanak-kanak

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, January 13, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tadi aku baru je balas dendam.

aku pergi facebook orang-orang yang aku tak gemari dan juga facebook orang yang telah melakukan 'tahi' pada kawan-kawan aku. aku crop-crop gambar setiap seorang.


dan aku gemukkan mereka SEMUAAAAAAA guna FATBOOTH!

puas hati aku. hahaha.


*macam kanak-kanak je cara aku revenge

Thursday, January 12, 2012

mesej-mesej harian

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, January 12, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
untuk tempoh seminggu ni bila mafia mesej aku tanya 'tengah buat ape tu?'.

mesej aku reply :
'tengah study'.
'tengah tengok cinta elysa'.
'tengah study'.
'study. pening la'
'adoi pening study'.
'tengok cinta elysa dengan nani'.
'nak makan jap'.
'alamak..baru bangun tido la :p '
'tengok cinta elysa jap'.
'tengok juvana'
'tengok citer jap sambil makan'.
'tengok orang hensem berlakon'.

lebih kurang laaaa.....

sampai satu masa mafia reply : 'dia asyik tengok cerita yang ada Johan Asari je kan?'.

ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh?

x lehh eyhh???

Tuesday, January 10, 2012

cerita cinta yang mati

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, January 10, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
dengar title macam lagu Bliz-mimpi yang mati, tapi bukan pun.

ni kali kedua aku buat entri pasal lelaki ni. lelaki ni dah pun membunuh rasa cinta aku dulu.
walaupun ada lagi saki-baki rasa sayang pada kenangan lalu, aku mesti tabah. bukan sekali dia buat aku macam ni, pengakhiran cerita kami, dia memilih orang lain.

aku akur dengan pilihan dia. satu persatu gambar dia dalam telefon aku, aku delete. wallpaper aku pun, dah tak ada lagi gambar dia. tapi sekali sekala aku stalk FB dia, twitter. tumblr dia pun. akhirnya aku yang menyesal.
selalu sangat dia update pasal dia dan perempuan pilihan dia sekarang. aku rindu jugak dia sebenarnya. bertahun-tahun jugak aku habiskan masa menyukai dia. nak recover bukan perkara mudah.

betapa lost nya hidup aku masa tu, hanya Tuhan yang tahu.


satu hari, selepas dia declare dengan perempuan pilihan dia, aku mention dia dekat twitter. aku tunggu lama. satu minit, dua minit . membawa berjam-jam. berhari-hari. dan sekarang dah berbulan-bulan lamanya. tak pernah dia reply tweet aku lagi, BBM apatah lagi. FB aku, dia dah block. aku tahu dia tak suka dipaksa, jadi aku sukai dia senyap-senyap.
tapi aku tak pernah menyesal menyukai dia selama beberapa tahun ni.

dalam pada aku cari rasa cinta yang baru, aku ketemu seseorang. orangnya segak. pertama kali jumpa, aku tahu dia kontra dengan kau. kalau kau rambut panjang macam strawberry, dia pulak botak macam mafia. haha. cinta ni pelik. tapi dia punya sesuatu yang istimewa.
jadi aku dah mula stalk dia senyap-senyap, aku add FB dia, twitter. tapi aku belum pernah suarakan isi hati aku pada dia. aku simpan gambar-gambar dia yang aku ambil dari FB kawan-kawan dia. aku rasa macam orang gila menyukai dia.

tapi entah berapa lama rasa ini akan bertahan.




















selamat tinggal Noh Hujan, aku suka Johan Asari sekarang :D
semoga berbahagia dengan pilihanmu
Johan Asari
baju kaler krim tu Johan...hihi


#haha..aku memain je, aku nak study psikiatrik ni. *dah psiko*

Monday, January 9, 2012

Johan Arrif Asari

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, January 09, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kenapa aku asyik ingat pasal Johan Asari ni?










gambar2 ni aku cota dari FB Johan Asari...hehehe...sori Johan. 
*lambat lah aku ni *

why why why...gambar Noh pun aku tak paste banyak2 macam ni. *yeke?* HAHA

Sunday, January 8, 2012

Kurus lah dengan sihat dan cantik

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, January 08, 2012 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kalau orang tanya aku, "kau tak nak ke kurus?".

mesti lah aku nak. tapi kita semua badan beza-beza. mana boleh nak kurus tiba-tiba. semua orang kena faham. ubat-ubat ke minuman kurus tu semua penipuan, semua ajar kontrol makan. kau kena depends pada minuman tu kalau kau tak pandai kontrol, untuk selama hidup kau sampai kau mati.
larat pulak nak bayar untuk harga beribu-ribu buah penipuan dan underlying disease yang kita mungkin tak tahu "akan" berpunca darinya. aku sebut sahaja. aku sahaja yang tak percaya.

yang percaya tu teruskan lah. i don't mind.

kuruslah dengan sihat dan cantik Idati Malek.
nobody push you.


strength.that's all you have to gain.

konsep graviti bumi yang sukar difahami

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, January 08, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
semalam pagi-pagi buta lagi aku dah jemur baju-baju yang baru basuh.dengan harapan lama sikit kena cahaya matahari. 


elok-elok aku tengah jemur, ada pulak manusia tingkat atas jemur baju air dia menitik-nitik, habis kena baju aku yang dah susah-susah aku bayar untuk spin. 

tap,tap,tap.aku naik tangga ke atas.muka nak bengis pagi-pagi buta ni.

baru je tangan aku nak buang baju yang air menitik tu ke dalam longkang, tiba-tiba aku teringat, baik aku guna cara lembut dulu. tak paham gak baru aku baling baju dorang.

**masuk U tapi bangang buat apa. konsep graviti pun tak faham. dah konfem-konfem air tu akan menitik ke bawah, tos la dulu(paling low pun, tengok la ada tak baju sidai kat tingkat bawah). mana ada air menitik kat atas (kat Bumi ni).


Wednesday, January 4, 2012

semalam yang tak sedar diri

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, January 04, 2012 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
semalam petang ada disturbance otak jadi malam hari aku tak fokus study.
melilau-lilau. hati aku pada cinta elysa, sejenis drama melayu yang aku tak habis download lagi.

pagi tadi aku tak sedarkan diri, tak kurang juga tak sedar diri.
lepas kepala konyol aku ni normal, baru aku tau menyesal.
dah lambat. pukul 12 exam, pukul 11.45 aku tengah termenung tepi tingkap dalam bilik.

.apa yang aku buat ni? kenapa otak aku pending sangat.


mohamad ridwan, i'm going to see him after this.
semalam dia ada accident semasa kerja; besi jatuh atas kepala.
tak mengguris perasaan aku lah pulak kan malam tadi, rasa nak sekeh-sekeh je.
suruh pakai safety helmet degil. kat company dia tak ada orang tekankan safety during work ke?

.aduh bunyi wisel. ketuk-ketuk kayu lagi. lari.

Tuesday, January 3, 2012

selamat tahun baru yang ketiga hari

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, January 03, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
seperti biasa Nani Ibrahim akan mengepost link pelik-pelik dalam FB dan aku pulak setia membaca. dunia ni memang ditakdirkan kita akan berjumpa dengan orang sesama kita (minat). kalau tak macam mana pasangan gay tu boleh jumpa dan berkahwin? okey itu bukan takdir, itu mereka yang tak terima takdir. dah tahu haram pun nak jugak kahwin. bukan ke dalam rukun nikah syarat-syarat calon suami adalah lelaki dan calon isteri adalah wanita. dah dua-dua lelaki, sapa nak jadi suami, sapa nak jadi isteri? dunia yang pelik.

by the way, happy new year semua.

new year di I-city Shah Alam, Malaysia.COOL!

Monday, January 2, 2012

respect dan kuasa vs angguk dan teraniaya

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, January 02, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
orang tua ke orang muda ke sama je semua.

orang tua demand respect dari orang muda.

orang muda demand respect dari orang tua.

bayi nak respect dari toddler.

toddler nak respect dari bayi.

kucing nak respect dari anjing, anjing pun tak nak kalah.

badak air vs badak sumbu.

teh ais vs cappucino ais.

apa lagi? semua orang nak direspect. semua nak menang.
habis sapa yang nak mula dulu? 



kami jugak. kami yang bawah-bawah ni. nak tunggu kami climb up till the top dan ubah sistem yang dah tua ni ke?

entah lah. risau bila dah ada kat atas, jadi lupa diri macam "orang tua" sekarang ni. lambatkan lah lagi tua. amin.