- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf March 2012 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Saturday, March 31, 2012

khas untuk keyakinan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, March 31, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sebelum makan nasik, aku ambil bau dulu cukup-cukup.
lalu terfikir masa depan yang kurang jelas di mana aku akan berada, apa akan aku buat, dengan siapa aku berada.

cukup kuat kah aku untuk masa depan.

lagi perkara yang membingungkan aku, aku pandai masak ke tak? konfius.
kalau kat rumah sudah ada orang masak, tugas aku potong-potong bawang, siang ikan keli, ketam, udang, sotong. potong sayur. tolong kacau-kacau. dan paling penting tolong makan.

"aku rasa aku pandai je masak.sedap pulak tu!"

dibuat untuk meningkatkan keyakinan diri sendiri.




sekian, bukan aku yang masak. tuk nujum yang masak.


Thursday, March 29, 2012

perangai hari ini

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, March 29, 2012 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tadi petang aku lena. agak panjang. lepas zohor sampai nak habis asar, perangai makin teruk memang tak boleh ampun. kalau ada penyodok tanah dengan cangkul, aku dah layak kena tanam, tinggal bahagian kepala je kat atas tanah, macam hukuman cerita koboi.

pagi aku ada kelas orientasi dan mobiliti. susah jadi orang buta temporary ni, tongkat jadi deria. kadang-kadang sense aku tak berapa bagus, memang tersadung dekat curb yang ada. hmm. tiap kali tersadung, jantung berdegup macam orang gila. lain lain aku masih takut-takut bila fikirkan ujian drop-off di mana kau akan di drop sekitar taman tasik titiwangsa dengan mata ditutup blindfold; berbekalkan tongkat dan ilmu O&M kau, kau travel sendiri ke destinasi yang disebut. *lepas ni aku nak meraba-raba satu taman tu dengan tutup mata*.
kalau teraba lelaki hensem kau agak-agak boleh ampun tak? :D

lagi takut pasal posting, nak cair dah pancreas aku ni ketakutan.

Thursday, March 22, 2012

Gambar webcam yang menjatuhkan imej [18SG]

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, March 22, 2012 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sebelum itu, aku nak bagitahu, gambar-gambar ni semua memang akan merosakkan imej aku, dan kawan-kawan. saham jatuh berdebuk macam nangka busuk. hahaha. rombongan meminang sanggup patah balik dulu nak hilangkan trauma...lagi tiga bulan baru boleh terima kenyataan - teknologi webcam yang menjatuhkan imej

dahi Faz yg luas boleh buat main golf
tangan kiri aku yg muscle wasting sedang membuat bunga silat bunga Tanjung...pika macam ikan emas
nani sungguh cacat macam biasa dia buat
tahap hodoh masih boleh ampun
annoying gila gambar ni*muka mintak penampar sekor2*
nani bermuka pervert di tengah2. HAHAHAHA
dinosaur mengganas ni malaysia. tinggalan sejarah yg masih kekal  hingga hari ini
alien kepala kecik yang menyedut lemak pipi
macam kartun lembu yang menganga2





Wednesday, March 21, 2012

original fake smile isn't worth; spread the love

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, March 21, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kadang-kadang aku rasa sedih.
aku cuba buat tak faham, tapi rasa sedih kerap datang balik.
masa kelas pun aku terfikir.
padahal tak ada apa pun yang bother aku buat masa ni. kecuali posting dan LI yang akan datang. tak dilupa, viva.

pasal hal yang lepas, kalau boleh aku nak biarkan hilang. aku tak ingin jadi manusia yang enggan memaafkan. aku tak nak jadi pendendam dan pembenci. jiwa aku rasa terseksa.

aku tak nak rasa dengki.
aku tak nak rasa benci.
aku tak nak rasa iri hati.
aku tak nak rasa sakit hati.

aku cuba lepaskan semua ini sedikit demi sedikit, sampai satu masa, aku lega. menarik nafas dalam-dalam dan, sebarkan senyuman . bukan fake.

Saturday, March 17, 2012

warming up photoshop yang berkarat

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, March 17, 2012 6 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sebab ada projek yang perlukan guna photoshop,maka aku kena la menghilangkan kerak2 basi sekian lama.

mula dengan silly2 poster..*yeke?*

sewaktu balik beramai-ramai. sumbat 14 org satu van.hebat van tersebut!

kami student occupational therapy sdg blatih O&M untuk rehab low vision and blind. :D

ilusi oversea dan kaki troll diri sendiri

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, March 17, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sebelum jam pukul 12, hari ini masih Jumaat, penghulu segala hari; hanya orang Muslim tak berapa cerdik je yang ingat hari Ahad adalah penghulu segala hari - boleh berjimba-jimba dengan gembira macam IQ tak lepas 70. kesian.
macam IQ tak lepas tujuh 0.

Hari ini, maksud aku, Jumaat tadi, aku ada kelas dekat bilik super sejuk (SuJuk). dia macam ilusi kami semua tengah belajar kat oversea, walaupun tengah KL ni tak ada laut melainkan longkang-longkang dan terowong SMART.
ilusi sejuk *budak2 chinese kata aku pakai macam Najwa Latif*..haah ye sngt..*mentang2 aku jarang pakai selendang*
sememeh je muka.

nania the raksasa dan aku yang rajin berpura-pura rajin*pipi mcm kena pam*

jadi, pagi ini ada kumpulan yang menjadikan anak lecturer kami ,umur 3 tahun, sebagai subjek untuk test assessment. akhirnya mereka ambil keputusan untuk bermain-main dalam bilik peads yang meriah. apa yang aku tau masa aku masuk dalam bilik peads, aku nampak Diya tengah main buai laju-laju ala-ala citer Bawang Putih Bawang Merah.*aku syak dia tengah berangan*. Siti pulak hanya nampak kepala je, dengan mata berkelip-kelip, tak ada ekspresi muka, *sebab dia dalam kolam bebola*.- menghayati terapi kolam bebola.

dan kanak-kanak menjadi subjek nya tak tahu ke mana. selepas aku rasa 15 min, baru makcik Diya kelam kabut "afia mana afia??!!AFIAA!!". baru gelabah subjek dah hilang.
gambar kejadian yg menyebabkan aku gelak berguling2

*salam takziah buat classmate ku Siti Norehan dan keluarga atas pemergian ayahnya ke Rahmatullah hari ini.*

hari ni jugak aku tiba-tiba ditipu oleh keyboard. keyboard yang buat aku perasan yang aku boleh main dengan baik. aku dah rasa macam "perghh gifted rupanya aku..main bape minit je dah pro!!".

setelah 3 minit baru aku tau yang keyboard tu mainkan auto. dan note2 yang ditekan oleh aku diperlahankan bunyinya supaya kurang sumbang. letih aku perasan.
di belakang Pikatak tu adalah keyboard yang menipu aku.

dan untuk lebih  mencacatkan hari, kami ada camwhoring banyak-banyak. okey sila jangan bayangkan camwhoring muka mulut itik yang hot dan sebagainya; sebab camwhoring kami bermaksud = retardedkan gambar sendiri.

gambar normal seperti ini memang kekurangan dalam HP aku. okey?

Friday, March 16, 2012

hari yang lewat

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, March 16, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tadi petang aku masih dalam bilik pressure garment - satu bilik khas dengan kelengkapan menjahit - occupational therapist menjahit pakaian tekanan (pressure garment) untuk patient yang ada keloid(parut timbul) akibat burn dan surgeri. sampai maghrib aku ada kat situ, hanya buat sebelah glove, bukan sepasang okey, sebelah sahaja. dan tolong kawan-kawan kendalikan raksasa mesin jahit yang liar.
kawan-kawan aku

ah pei yg tekun

glove PG buatan aku, first ever made.hoho!

hujan renyai di luar. mafia hantar mesej mahu makan malam bersama dan aku balas "hujan lah!nanti demam!".

takdir, hujan tak lagi renyai, tapi hilang. maka rm28 melayang sebab mafia terpacak kat bus stop depan bangunan kelas, dengan baju belang-belang, muka tersengih-sengih tanda kemenangan *tak lupa tanda men'troll aku sebab belum mandi lagi*.
muka troll
lepas makan sampai gemuk, aku baru ingat makanan si buchuk-buchuk aku (ikan) dah nak habis, pergi kedai akuarium dekat jalan ke Setapak. boleh pulak melopong tengok arnab dengan hamster comel-comel. kiut gila nak mampus tengok hamster bergolek-golek, serius aku rasa nak picit-picit macam plastisin. aku rela terjun bangunan dari bedah binatang ni buat experiment; sama je, dah pun bunuh perasaan aku. tak ada beza aku hidup ke mati. tengok arnab pulak, aku fikir, macam mana orang boleh makan arnab, nak sembelih dia....berjurai-jurai air mata aku macam sungai Kinabatangan *macam la pernah sampai*. ahh memang tak boleh la.

 tapi walau macam mana aku suka pun, aku memang tak boleh beli. kalau hamster, selamat kena korban dengan kucing(s) aku kat rumah. sedar-sedar hamster aku tinggal muncung je,yang lain dah kena baham *macam tak bagi makan nasik je kucing-kucing nii!!*.

 kalau bela kura-kura, dah besar nanti kena lepaskan.buatnya ada plak **** bukit yang spesis makan kura-kura, sian nya kura-kura kesayangan aku.
tak boleh, tak boleh!

setakat ni aku hanya boleh afford bela kucing dan ikan.*itu pun Ateh (si kucing) dah nak menangguk si buchuk2 aku hari tu. pandai betul timing dia masa aku tengah drooling baca komik*.<--aku sangat suka komik.
ateh the cat
buchuk the fishie


oh ya lupa - buchuk2 tak suka makanan rm4.90 yang aku beli untuk dia tadi. dia suka yang Rm3 punya. *sama macam tuan dia, suka benda murah*haha!!


*oh ya,semalam aku demam tak pergi kelas pagi..hehe.

Monday, March 12, 2012

a.non.nymous de.sires

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, March 12, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
differ people differ desires,
differ pathways.
all we need to do is,




raise your words.
not your voice.

 










Sunday, March 11, 2012

Pre-loved : Nice Dress Black + Pink

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, March 11, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post


labuh : 160-162cm
suitable for dinner event.
used once only.
come with a scarf
condition : tip-top
price : rm100 (negotiable)
interested, pm FB Amaleena Munira
*serious buyer only*

*can make u feel like a princess

Friday, March 9, 2012

Filem Bunohan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, March 09, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
semalam aku pergi KL Festival City semata-mata cerita Bunohan release semalam.


sungguh-sungguh aku nak pergi.


aku malas nak tulis sinopsis, jadi boleh baca kat link ni.
untuk membaca sinopsis Bunohan.



"Bunohan dipilih secara rasmi untuk festival ini dalam seksyen Discovery yang memaparkan filem-filem daripada pembikin-pembikin filem yang meningkat naik dari seluruh dunia.Bunohan telah berjaya mendapat pengedaran antarabangsa bersama Universal Pictures untuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.Filem ini dibintangi oleh pelakon Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim, yang turut dibantu oleh Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan, Amerul Affendi, Hushairy Hussein dan Jimmy Lor, model Tengku Azura dan pengarah indie Ho Yuhang."

Review aku tentang Bunohan :
cerita ni memang 99% guna bahasa Kelantan. tapi jangan risau ada subtitle bagi yang loser bahasa Kelantan macam aku. jangan nak menangis sangat.


bagi aku, cerita ni macam cerita di balik tabir. cerita yang banyak ajak kita berfikir. sebelum sesuatu perkara terjadi, mesti ada sesuatu yang lain ikut jadi. macam dalam Bunohan, sebab duit, kuasa dan kemewahan, manusia sanggup buat apa saja. sebelum dapat tanah untuk tapak projek, ada lagi kisah yang tersembunyi di sebaliknya.




 tapi kalau nak lagi faham, boleh la pergi tengok sendiri.


sesekali filem ni memaparkan scene yang buat kita konfius, dan mula berfikir dengan cara masing-masing. kita akan tertanya-tanya. kalau nak tau sapa yang malas berfikir atau fikiran terhad, masa dalam movie tu dengar la suara dia bertanya "ehh? ni sapa pulakkk dia nii?apehal dia kat sini??"...itu pendapat aku.


disebabkan budak-budak sebelah aku, di mana awek-awek mereka bising-bising macam ni di akhir filem, aku dapat rasakan mereka bergantung harap kepada pakwe-pakwe mereka untuk berfikir. jadi bila encik mafia cakap "apa lah ending macam ni, tak faham langsung", aku pun jawab "Only simple-minded people would not understand this film".


dan seorang pakwe kepada awek di sebelah aku terdengar. 


aku harap dia dah ada idea apa nak cakap pada awek dia.


Rate film : 4.5/5









Wednesday, March 7, 2012

He loves me, he loves me not.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, March 07, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kadang-kadang bila dah semakin lama hubungan,kita jadi lupa. kita ingat kita je yang sentiasa bagi, pihak dia tak.ataupun kita rasa cinta kita makin pudar.

bila masa merentasi, kita bagaikan hilang sekali ditelan arus. kita tak fikir tangan yang menggenggam selama ini masih kukuh.
kita jadi lupa.

temankan study.
topup di tengah malam.
cari topup setiap minggu.
jaga hati.
pinjamkan bahu untuk menangis.
lapkan air mata.
tenangkan hati.
menasihati.
bagi duit masa sesak.
belanja makan sampai gemuk.
.....banyak.

sampai masa hadapan kalau aku masih tak faham kenapa aku sangat bertuah,  sila lah belasah aku betul-betul.

always love you.

Sunday, March 4, 2012

sepi

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, March 04, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tak agak.
lepas accident tadi, balik bilik menung-menung. basuh baju.

sepi pulak
ahh aku tak nak pergi Penang praktikal.
jauhnyaa...!

Saturday, March 3, 2012

nostalgia bola sepak Perak

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, March 03, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sekitar tahun 1998 sampai awal 2000, pasukan bola sepak Perak agak selalu ke Final Piala Malaysia. aku yang masih sekolah rendah, bukannya faham sangat apa itu lawan bola. aku tak tahu siapa Chelsea, siapa Man U, siapa Liverpool. fikiran aku masih ber'IQ borderline bagi orang dewasa. paling ketara aku tak tahu YNWA. dan aku tau kawan-kawan aku pun sekarang pun masih tak tahu. 


aku cuma kenal Selangor, Kedah, Terengganu dan negeri-negeri lain dalam Malaysia. dan mestilah Perak, negeri aku sendiri. 


masa itu, perasaan menyokong itu tak tahulah berapa ikhlas. tapi aku lah ratu mengekor abah aku pergi stadium masa lawan bola. orang menjerit aku menjerit, orang melompat aku melompat, orang tepuk tangan aku pun tepuk. yang aku tahu jersi kuning itu selalunya Perak.fikiran yang primitif terhadap bola sepak.


jadi bila Perak dapat ke final, aku gembira. bukan sebab apa, tapi sebab seronok naik kereta on the way ke KL. 


memandangkan perlawanan final akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, maka pada tengahari atau petang perlawanan, ramailah penyokong Perak yang berpusu-pusu ke KL. masing-masing mengibarkan bendera PUTIH,KUNING,HITAM milik Perak di kenderaan masing-masing. meriah! penuh lebuhraya dengan kereta penyokong dengan bendera Perak berkibar megah. 


bila bertemu di atas jalan, saling hon-meng'hon dan melambai-lambai tangan tanda 'YO, KITA GENG!!KEJOR YOB KEJOR! PERAK PASTI MENANG!'.


aku lah salah sorang budak kecik yang mengeluarkan kepala ikut tingkap sambil melambai-lambai orang ramai dan menjerit 'PERAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!', sebelum mak aku pula yang menjerit 'WOI, MASUK KEPALA DALAM. KANG PUTUS KENA LANGGAR LORI KANG!!'.


sepanjang perjalanan 2 jam setengah nak ke KL tu tak penat pun aku menjerit dan melambai-lambai.haha.


aku kalau boleh nak ulang balik saat-saat tu, sebab aku rasa best. walaupun antara penyokong ni tak mengenali pun, tapi kita berkomunikasi dengan cara yang unik. tak perlu ayat bunga-bunga, kita dah pun bersatu padu jerit-jerit kat stadium bagi sokongan.


ni adalah fakta menarik tentang pasukan Perak kesayangan aku,(sekarang dah tak kenal) :



  • Pasukan Bola Sepak Perak menjadi juara Piala Malaysia yang pertama pada tahun 1967.

  • Pasukan Bola Sepak Perak menjadi juara Piala F.A yang pertama pada tahun 1990.(masa aku lahir!)

  • Pasukan Bola Sepak Perak menjadi juara Piala Malaysia yang pertama kali dipertandingkan di Stadium Bukit Jalil pada 1998.
    1998
  • Pasukan Bola Sepak Perak menjadi juara Piala Malaysia pada Alaf baru tahun 2000.

  • Chan Kok Heng tidak pernah bermain dengan pasukan lain, selain dari Perak sejak 1988 dan memegang No Lesen: FAMP002PK. Beliau sememangnya layak mendapat sedikit ganjaran dari Kerajaan negeri atas kesetiaan yang ada pada dirinya.
    Belakang: Roslan Hamid [4], Lazslo Repasi [19], Raja Azlan Shah [2], Zamri Mat Ariff [22], Noel Dodo Kipre, János Krecska & Khairul Anuar Baharom [5]
    Depan: R. Nanthakumar, Chan Kok Heng [3], Lim Seng Kong [17] & Abu Bakar Fadzim
  • Laszlo Repasi yang mewakili Perak selama 1/2 pusingan liga 1999, berjaya memiliki anugerah kasut emas kerana menjadi penjaring terbanyak liga, Bayangkan jika beliau bermain dari awal liga. 

  • Perbicaraan terpanjang dalam sejarah bola sepak Malaysia apabila jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang, dihukum gantung sehingga hari terakhir musim 1999. Keputusan itu diumumkan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas tiga mesyuarat yang memakan masa hampir 10 jam, termasuk dua penangguhan, bermula dengan mesyuarat pertama pada 28 Oktober 1999. (weigang ni jurulatih yg aku suka, dia hebat!)
    weigang
  • 3/11/99 - RISIKO yang diambil pengendali Perak, Karl Heinz Weigang dengan hadir di Stadium Perak nyata berbaloi apabila anak buahnya mengukir kemenangan 2-1 ke atas Terengganu di Ipoh. Weigang yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta mengingkari arahan doktor supaya berehat kerana sedar kehadirannya di tepi padang amat diperlukan.

  • Nov 1999 - Langkah menurunkan pemain muda seperti Indra Putra Mahayuddin dan K Nanthakumar dalam saingan bola sepak Piala Malaysia musim ini terutama ketika menentang Selangor bertujuan `membunuh dua burung dengan satu batu'. Pengendali Perak, Karl Heinz Weigang berkata tindakan itu bertujuan memberi pendedahan kepada mereka.

  • Oct 1999 - Pengendali Perak, Karl Heinz Weigang menuntut corak agresif dan bukan perlakuan kasar daripada anak buahnya apabila turun menentang Selangor dalam saingan bola sepak Piala Malaysia. "Saya berharap pemain Perak memahami istilah agresif yang sebenarnya. Ia tidak sama dengan bertindak kasar terhadap lawan," katanya.

  • Oct. 1999 -Tuntutan Karl Heinz Weigang mengenai bayaran khidmatnya yang masih terhutang ketika menjadi jurulatih negara, 18 tahun lalu, enggan dilayan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pendirian itu dinyatakan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, yang tampak tersinggung dengan cara Weigang mengemukakan tuntutan itu menerusi media massa.

  • Oct. 1999 - Pengendali pasukan bola sepak Perak, Karl Heinz Weigang, semalam membuat laporan polis terhadap dakwaan serius yang dilemparkan kepadanya oleh pegawai perlawanan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang disiarkan media massa tempatan. Pengendali dan jurulatih Perak itu membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira jam 2.45 petang berikutan dakwaan pegawai perlawanan dan FAM, kononnya dia menawarkan RM25,000 setiap seorang kepada pegawai perlawanan Perak menentang Pulau Pinang, selain melemparkan kata-kata kecaman terhadap mereka sebaik tamat perlawanan.

  • Oct. 1999 - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamzah Abu Samah dan bekas setiausahanya, Datuk Paul Murugasu diminta menjawab kesahihan dakwaan bahawa badan berkenaan masih berhutang dengan bekas jurulatihnya, Karl Heinz Weigang. Weigang yang kini jurulatih Perak, berkata badan itu tidak menunaikan janjinya selepas memimpin pasukan kebangsaan lewat 70-an dan awal tahun 80-an.

  • 25 Oct. 1999 - Pengendali Perak, Karl Heinz Weigang mempertikai langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menugaskan empat pegawai dari Selangor bagi mengendalikan perlawanannya dengan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, malam kelmarin. "Bagaimana mereka boleh menghantar empat pegawai dari Selangor untuk mengadili perlawanan ini sedangkan Selangor juga berada dalam kumpulan yang sama dengan kami.

  • 25 Oct. 1999 - Kemarahan jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang terhadap pegawai perlawanan tidak dapat dibendung hingga mendorongnya menegur mereka selepas perlawanan dengan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, malam kelmarin. Weigang yang masuk ke padang selepas perlawanan untuk mengucapkan tahniah kepada anak buahnya berikutan persembahan `menakjubkan' menegur dua pengadil, S Selarajan dan Azmi Abdullah serta dua penjaga garisan, Mohd Rodzali Yacob dan Danny Ong Kim Heng - kesemuanya dari Selangor - dengan berkata - "Tidak malukah anda dengan apa yang anda lakukan, malam ini."

  • Sept. 1999 - Pengendali Perak, Karl Heinz Weigang, mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama dianugerahkan denda tertinggi oleh Lembaga Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Weigang diarah membayar denda berjumlah RM8,000 selepas didapati bersalah dalam kedua-dua kes disiplin membabitkannya yang diadili oleh lembaga itu, semalam.

  • 9/10/2000 ...tetapi apa sahaja bentuk bantuan dan kelebihan yang diberikan kepada Selangor oleh pegawai perlawanan, saya percaya mereka tidak akan menjadi juara Piala Malaysia tahun ini,'' dakwa Weigang lagi.
    Dalam perlawanan separuh akhir pertama itu juga, Weigang menyifatkan pemain-pemain Selangor, termasuk pemain kebangsaan, sebagai ''pelakon terbaik''----> Kenyataan Weigang selepas perlawanan Perak Selangor di Shah Alam.


  • 13/04/1999 Hukum saya bukan Perak.'Jika FAM berasa tidak puas hati dengan saya, hukumlah saya tetapi jangan babitkan pasukan Perak,'' kata Weigang. Perak, juara Piala Malaysia musim lalu, tumpas buat pertama kali di gelanggang sendiri dalam aksi Perdana Satu, tumpas 2-3 kepada Brunei, Sabtu lalu. Perak bermain 10 orang pada minit ke-73 selepas penjaga golnya, Razmi Razuan dibuang padang kerana mengasari pemain Brunei, Ali Momin yang dikatakan membangkitkan kemarahan Weigang.Tindakan pengadil perlawanan, B. Pandian memerintahkan penjaga gol itu keluar padang menyaksikan Weigang melutut dan menyembah Pandian dan penjaga garisan, Mohd. Sukri Mat Amin sebagai tanda tidak puas hati seolah-olah tindakan pengadil itu sengaja menganiaya beliau''Saya tidak tahu sama ada tindakan itu ditujukan kepada saya atau Perak tetapi jika saya tidak disukai di Malaysia, saya boleh pergi,'' ujar Weigang yang menafikan tindakannya bukan kerana pasukannya tewas kepada Brunei.

  • 10/12/98 Ibarat gunung berapi yang sedang menunggu masa untuk meletup, begitu jugalah rahsia yang selama ini cuba ditutup oleh pengurusan pasukan Perak, akhirnya terbongkar jua. Hakikatnya, ketegangan hubungan antara jurulatih Karl Weigang dan penyerang import, Laszlo Repasi sampai ke kemuncaknya petang kelmarin apabila mereka terbabit dalam satu pergaduhan. Difahamkan, punca Weigang benci kepada Repasi bermula apabila pemain itu dikatakan sengaja memberi alasan cedera agar tidak diturunkan dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia yang lalu. Berikutan itu, Repasi tidak pernah diturunkan dalam empat perlawanan terakhir termasuk dalam perlawanan separuh akhir menentang Negeri Sembilan.

  • 02/06/98 Weigang akan berlepas ke Paris hari ini untuk menerima anugerah khas dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana jasa-jasanya dalam meningkatkan mutu bola sepak. Selepas itu, jurulatih dari Jerman tersebut akan melaksanakan beberapa tugas yang diberikan oleh FIFA di Pyongyang, Korea Utara.

  • 24/10/2000 Weigang dikatakan tidak mempunyai kontrak langsung dengan PAFA tetapi menawarkan khidmatnya atas dasar hubungan baiknya dengan pasukan negeri ini. Dia yang menggantikan Tornstern Spittler secara mengejut di pertengahan musim berjaya meletakkan Perak kembali ke landasan sebenar selepas Perak terumbang-ambing di bawah kendalian Spittler

  • 2001 membawa sejarah untuk Noizam Ali Hasan bersama Perak. Beliau yang memenagi anugerah kasut emas Primier 1 tetapi malangnya sikap sambil lewa FAM dalam penyerahan kasut emas tersebut amat dikesali oleh peminat bola sepak Perak.

  • PASUKAN NEGERI PERAK JUGA TIDAK PERNAH TERCICIR DARI PERTANDINGAN PIALA MALAYSIA SEJAK IANYA DIPERKENALKAN HINGGA HARI INI (2002.) - artikel lama

  • April 2002 - Perak meraih RM40,000 selaku juara liga pusingan pertama Liga M musim 2002. Ini adalah tahun yang berbeza dengan sebelum ini kerana Perak sebelum ini Perak di cap sebagai pasukan lambat panas.


    sumber


    itu lah sahaja.sekian.