- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf April 2012 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Thursday, April 26, 2012

aku depress, depress, depress dan depress.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, April 26, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
celah mana ayat depress yang tak dapat difahami.

Wednesday, April 25, 2012

pujian

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, April 25, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
dalam banyak-banyak perkara, aku rasa antara perkara yang susah adalah menerima pujian.
aku tak tahu nak react macam mana.
nak cakap thank you macam riak je(konon kau mengakui, yaa!aku memang hebat)
nak senyum macam tak betul.
nak marah, tak pasal je orang yang memuji tu.

lagipun puji2an tu hanya layak untuk Allah SWT.

kes cemburu

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, April 25, 2012 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku memang tak ada kemampuan untuk blushing.
tapi tiba-tiba ada bila sampai satu situasi yang sangat memalukan - tercampak ayam goreng dari pinggan aku ke pinggang orang lain ;lebih parah lagi meja itu selang 2 meja dari aku sedang duduk.
tak tau, aku tak dapat kawal.
pada masa tu first time manusia cakap "muka awak merah".

jadi aku normal rupanya.
tapi muka aku muka tembok jugak lah.kah3.

ok lah esok ada viva drop-off untuk O&M, aku tak dapat tidur sebab aku rasa gabra tahap gaban. aku dah praktis tapi, entahlah.mudah-mudahan semuanya berjalan lancar esok.Amin.

dan aktiviti malam, ada booth lepak@redaksi UKM. i'm trying to convince others to make crowd. tapi tak tahu.esok lihat hasil; kalau aku ingat nak tangkap gambar sangat.

aku terbaca satu quotes berbunyi lebih kurang kita cemburu sebab kita tak ada apa yang orang itu ada.
well aku kurang bersetuju.
sebab aku cemburu lain - aku cemburu sebab aku suka.

dan selamat malam dunia.

Saturday, April 21, 2012

hipokrit di sekeliling maya

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, April 21, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kita yang ada ni tak lari dari hipokrit, jadi tak payah lah kita nak sebut-sebut "aku benci orang hipokrit".
cuba lari dari jadi cliche adalah cliche. cuba lari dari jadi hipokrit, akan end-up jadi hipokrit.

macam aku.
kadang-kadang aku pun tak faham apa aku buat.
let say i'm saying bout someone I don't get along with a.k.a doesn't like much; dan aku masih berpura-pura jadi kawan dan saying "nanti keluar lagi or nanti sembang lagi".

tak tahu ini dikatakan simpati, just trying to be friendly atau simply hipokrit.
kadang-kadang aku suka bila aku rebel, ada pendirian sendiri. bukan macam lalang, ikut flow orang dan end-up dipijak-pijak. tapi ramai tak prefer aku rebel dan ada vision and they just said I should slow down and go with the flow.

so I'm cooling down. but still, no cool at all.

jadi di setiap caption pergerakan aku, macam tersurat kehipokritannya.

bebaskan aku.

pencari atensi yang serba kurang

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, April 21, 2012 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
semalam lepas aktiviti pusing keliling KLCC naik skuter, sandang backpack merah, aku balik. aku tahu lepas Isyak aku terbaring. masa tu pukul 10.30 malam.
aku sedar-sedar ayam, aku dengar bunyi burung "cip, cip, cip..". hari dah terang benderang; walaupun bilik aku turut terang dengan lampu pendafluor  yang tak tutup selama 9 jam.
Jam pukul 7:48 pagi. what the fishmonger. aku dah pengsan dan mimpi pasal K-Pop Malaysia.

aku text salah satu raksasa gorgon UKM, "weh nak join O&M". O&M = orientasi dan mobiliti (O&M) untuk Low vision and blind. sebab aku teringat ujian drop-off lagi beberapa hari. aku memang manusia tak pernah ada komitmen untuk bangun pagi. tapi hari ini boleh.

aku ke tasik titiwangsa lepas breakfast Kopi-O yang aku bikin. abang guard tengah tahan-tahan kereta, hari ni ada masterchef dalam kolej ; which is aku memang tak patut kisah - aku yang tak berbakat. (sebelum ada dapur meletup). jadi dengan kasut hijau tali oren aku yang berharga RM10, aku memberikan komitmen untuk O&M. orang sekeliling jangan kisah lah, memang ramai pengacau. ala, kalau nak tau sangat kenapa kami kena jadi orang buta, why don't you come & ask. malu bertanya sesat jalan. ini buat-buat jalan dekat dengan kami lepas tu bising-bising buat distraction pada so-called-blind-people yang tengah praktis.

that's what we used to say in our class : attention seeker yang lonely. even kucing pun tak mahu menyayangi mereka. siput babi pun tak mahu.


Wednesday, April 18, 2012

mendakap kenangan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, April 18, 2012 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
mencari-cari titik mula yang kabur.

makin tipis pandangan yang semakin hilang.

lihat ke belakang, masa yang lampau,sunyi. kawan-kawan sudah pergi. yang tinggal hanya kenangan-kenangan kita. suara gelak tawa sudah sayup-sayup.

ah masa yang lepas. aku sangat rindukannya.
dakaplah aku masa kenangan.

Friday, April 6, 2012

langkawi again.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, April 06, 2012 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
bertolak ke Langkawi malam ini.
akan teringat kenangan-kenangan manis dengan ex-practicummate(susah nya eja) KMPP masa kat sana.

T.T. dulu pergi masih kurus. senget.

buchuk kena tinggal dengan Uncle Mafia. uncle mafia jangan lupa bagi makan okay.

Tuesday, April 3, 2012

gerimis

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, April 03, 2012 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
"gerimis di lautan, mendayung sampan ke muara".

gerimis di hati..
ke mana arah nya..

berikan jawapan yang paling tepat.

Monday, April 2, 2012

Wedding Puan Aifah Jamaluddin, our lecturer :D

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, April 02, 2012 6 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
semalam adalah salah satu hari yang bersejarah dalam hidup lecturer/tutor kami, Cik Aifah Jamaluddin (Puan Aifah Jamaluddin) yang maintain cantik, cute...which is her wedding day.

the day before was so frustating, nak pergi ramai-ramai, ingatkan akan bawak mafia sekali sebab ada hotguys lain yang pergi, nanti tak ada kawan; then mereka terpaksa tengok semua 'adey manees' ni merepek tak tentu hala, kan itu situation yang sangat memilukan bagi gentlemen. terpaksa bercakap dengan dinding bila aweknya dah jumpa kawan bergosip dan tak sedar dunia, juga tak sedar diri. jadi konklusinya, bawak mafia sekali.

cuba lah aku mencari kereta dari kawan-kawan, dapat! but last minute kawan ada hal. cuba bincang dengan mafia elok-elok *nak naik motor pun best apa!*, tapi mafia 'marah' aku dan aku like patah hati lah nak pergi.  jadi menulis status di facebook yang i'm giving up. pagi-pagi buta sudah ada Ecot datang bagi idea macam mana nk buat.

dipendekkan cerita, aku pergi jugak! yey! mafia pun. majlis di Presint 16, Putrajaya..

so, pergi satu kereta tumpang itu encik afiq azwar dan kawan ku faz. balik pulak dengan abe afiq ecot. HAHA. tapi sampai KTM Serdang je, naik bukan koc wanita yang dipenuhi orang hitam yang memakai baju hitam dengan bau ketiak yang menjulang-julang di depan muka. yg bagusnya aku pakai serba pink.
failed betul la.

thanks to both afiq.

berjimba-jimba dalam kereta tanpa air-cond *sauna free!!yey!!*
kah3.....overexcited & pokerface..hahahaha
warna pink tak menghalang aku menjadi macho
puan aifah dan suami :D
pikatak dan sitiang.
dua rakyat Johore.
ecot, aku, faz
abe afiq(besfren), wan (rumput), afiq (waiter)
terlalu banyak kamera, tak boleh fokus!
aku yang sedang menjahanamkan bunga
rumput hijau dan bunga pink(ke?)
spek yang melorot mcm org tua