- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf November 2012 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Thursday, November 29, 2012

aku serius, kau?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, November 29, 2012 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kadang-kadang aku rasa lagu terkini macam tak cukup lirik.asyik ulang benda yang sama.
tak boleh nak feel. penyanyi tak cukup educated nak hafal lirik sendiri ke?eh lupa penyanyi kita tak ramai yang tulis lagu sendiri. kalau kat japan dah kena cop ghost writer.eh yeke term tu?

lagu melayu mendayu2, asyik putus cinta, sweet2, ngada2.
lagu indon asyik kekasih gelap, orang ketiga, mati entah ke mana.
lagu omputih menjerit2 entah apa dia mencarut aku tak faham.

dengar nasyid, mula la ada orang tanya "serius kau?".

Thursday, November 15, 2012

manusia kurang sense

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, November 15, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
biar buta mata,

jangan buta hati.


masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
masuk tempat yang bajet bagus?

kena buat diri dorang macam bagus. kena jugak buat.

sebab kalau tak buat, nanti kau kena tepek kat dahi 'aku budak loser'.

whatever aku malas nak kisah sangat. aku juz holding on to memories. to hopes.

apa orang tu cakap aku malas nak ambik port. bukan dia bayar gaji aku. bukan dia biaya study aku. bukan dia yang tanggung makan pakai aku.

dan paling penting, bukan dia yang tentukan semuanya. tapi Dia. perkara yang sebenar akan terbongkar satu hari nanti. tunggu je. sampai masa kau tahu la langit tu tinggi ke rendah.

masa tu, kau nak tau aku buat apa?

ha?

gelak?

tak tak. aku tak kejam macam kau. aku takkan malukan kau depan semua orang.


aku tangkap gambar kau dan blog kan. biar satu dunia tahu siapa kau. yang sekarang di ambang kebagusan.


semoga kau..rasai apa yang aku rasa. sebab kau kurang sense.

Wednesday, November 14, 2012

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, November 14, 2012 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku tak boleh ingat hari yang kau tiada dalam senarai orang terpenting bagi aku.

betul-betul tak boleh ingat apa aku rasa.
apa aku fikir.
apa aku nak.
apa aku ragui.
apa aku kisahkan.

sekarang aku meragui apa aku akan end up jika hari aku tiada kau.

bagaimana?

Saturday, November 10, 2012

cerita pencuci muka

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, November 10, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
bila cerita tentang pencuci muka, pertama sekali aku ingat adalah bau epal. itu sebab masa aku umo dalam 8 tahun cmtu mak dan kakak aku berkongsi pencuci muka Avon yang berbau epal, jadah namanya aku tak ingat. aku ingat satu hari dulu masa umur 7,8 tahun, aku pernah jadikan ia sebagai sabun badan sbb suka bau tu. tapi muka aku pedih.so as satu badan aku; menggelupur.
pengajaran

sejak tu aku tak buat dah benda separa keji macam tu.

perkara kedua yang aku teringat tentang pencuci muka adalah pasal kakak aku nana. masa tu dia mungkin umur 12-14 tahun. satu hari dia terlibat dengan kem apa tah yang tido sana 2,3 hari. aku tak amik port sangat.

yang aku tau selama tempoh dia pergi, singa betina a.k.a kak yong aku macam tak senang duduk dalam rumah. aku fikir, mungkin dia rindu nana. tapi possibility untuk itu berlaku adalah setinggi 0.0000000001%.

hari Nana balik, dia riuh bercerita. aku tak faham. ingatan aku paling ingat lepas tu ada peperangan kat bilik air.
kak yong : apahal bawak aku punya pencuci muka???!!!! (note that dlm bahasa rawa)


nana       : (menangis2)..ala orang lain bawak, aku pun nak bawakk!!



kak yong : dah tau tak ada tak payah la bawak !!!  (melempang2...)



VIctory.

sengal.

tahun 2002 masa akhir tahun darjah 6, masa aku tau je aku nak masuk sekolah berasrama, aku excited gilos. aku nak beli pencuci muka walaupun aku tak pernah guna. mungkin semua makhluk asyik ingatkan umur 13 adalah awal remaja. jadi aku fikir pakai pencuci muka adalah gaya hidup remaja. jadi aku mesti memiliki pencuci muka sebagaimana remaja zaman sekarang eager nak memiliki DSLR.

aku beli pencuci muka Fair & Lovely beserta krim pencerah. ini adalah pendedahan awal dari kakak aku tanpa aku ketahui side effect nya. aku pakai tak okey. lepas habis aku tak beli dah. tiba2 ada cikgu praktikal suggest kami yang muda belia pakai lah hazeline snow macam dia ( sambil tunjuk kulit muka nya yang cantik). jadi aku pun terpengaruh,aku pun laju2 beli. pun muka aku tak jadi cantik. plus ada macam pedih sikit. aku biar je pencuci muka tu.

yang paling hot diperkatakan oleh kawan rapat aku syah (sekarang sya), pakailah Dove! kul-kecoh ceriit tangan pun makin lembut. oh. aku pun pakai. and aku find out Dove memang serasi dengan aku. aku pakai Dove sahaja sampai form 5. aku rasa kulit muka aku okey saja. cuma nampak pucat. aku memang pucat pun. sampai akhir tahun form 5, kecoh cerita Dove tak halal. aku habis sekolah, Dove aku pun tamat riwayat nya. sejak tu aku tak pakai pencuci muka. kalau kat rumah tiba2 muka rasa gatal, aku pakai sabun penyamak Taharah tu je. hahaha. sukahati aku je belasah.

then aku masuk matriks, aku still tak ada pencuci muka. sampai nak masuk 2nd sem, tiba2 pakar kecantikan dalam bilik aku bernama syer berkata  "EHHH...DATTTT!!!HG XLEH X PAKAI PENCUCI MUKA. NANTI MUKA HG LG TERUK, PORI2 MAI TERSUMBAT KLO HG DX GUNAA...HG KENA LAA PAKAI HAT YANG SESUAII NAA..." entah lah macam mana dia cakap, tapi macam tu lah lebih kurang.
masa matrix.sebelum sambung guna pencuci muka :'(

masa itu hari sabtu aku ingat. sebelum pergi beli lunch, aku kelam-kabut beli pencuci muka. Aku beli Safi. aku ingat mak datin dalam bilik aku ada cakap kawan dia pakai Safi sampai sekarang elok. aku amik je. terus balik cuci muka. aku rasa muka aku tegang macam dicucuk botox. aku terselamat dari pori2 tersumbat bak tauhu sumbat, aku rasa la.

satu lagi masalah adalah aku sangat lah mundur bab penjagaan muka. muka aku asyik mengelupas, aku malu nak berhadapan dengan orang. konon la. *bajet iklan kecantikan* terima kasih kepada datin seri atiqah kerana men'suggestkan aku dengan krim pelembap safi gamat yang aku gunakan sehingga sekarang.

dan muka aku sampai sekarang sama je, cuma dulu comel sikit. sekarang comel banyak. kah kah kah.
1st year.


mmg tak penah flawless dengan kehadiran taik lalat berbentuk segi tiga bermuda 2nd year muka cm org tua.
recent banyak flaw.yang paling kanan tu effect flash jd putih plak. n nampak dongga.hahaha


untuk mengatasi habuk2 di KL, aku juga turut beli skrub. tapi watch out, scrub tak boleh pakai selalu. dan tak sesuai untuk kulit berjerawat.



baru2 ini aku perasan muka wan macam penuh bintik2 hitam dan putih. aku tak sangka dia menggelupur bila aku bagi tau "eh macam mana nak buat ni? tak hensem la macam ni!". aku selaku beauty consultant yang jelas tak beauty, men'suggestkan dia memakai pencuci dan skrub.
beberapa hari sebelum mencuci muka.
Guardian telah menyelamatkan muka wan. aku suggest dia beli pencuci skrub SG Men dan turbo light Garnier for Men.  esok pagi aku jumpa dia bintik hitam dah kurang sangat-sangat. aku tanya dia skrub macam mana, dia kata dia skrub satu badan.  adoi bijak sangat bf aku. ahhahaha. takpelah janji hensem. tapi betul weh aku cakap, hilang bintik2 hitam tu. mungkin sesuai dengan muka dia. hee.




sehari selepas mencuci muka, aku dapati muka wan telah semakin hensem dan berseri2.lihat saja gambar di bawah. :D


wan yang sekarang.



#kalo rasa2 wan makin hensem tu, terima kasih pada SG Men dan Garnier :)

hahaha :P

Tuesday, November 6, 2012

35th Ed of MA UKM dah keluar..finally

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, November 06, 2012 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
after all we going through, here we go...our officially 35th student magazine of UKM. enjoy people.

read read.enjoy i said.

thank you all friends :'P panjang umur ada jodoh, kite jumpa lagi, insyaAllah. (meet ukm bangi  & ukm kl)
the cutest cover girl ever :D

us.

my dearly friends :')

i miss US.

Monday, November 5, 2012

aktiviti memandang dinding

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, November 05, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
bukan kerana aku menganggur atau menyetrawberry mahupun mendurian. tapi aku terlalu eager nak baca buku ni.


di  mana bila aku dah start baca, HKL kena bom kat sebelah ni pun aku tak sedar.

Saturday, November 3, 2012

Food Hunting : Burger Bakar Abang Burn

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, November 03, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
semalam pagi aku mengerekot sakit perut dan asyik berlumba lari seorang diri ke toilet. setelah beberapa jam menyatakan ketidakhadiran aku guna sms, perut aku semakin baik bak tuannya. keh3.

aku telan ubat. lama jugak baru reda. tengahari dah better, boleh lah aku berkemas2 rumah dan bilik yang macam sarang ular.

slack badan je panas. adus. sudah nak demam pulak. tapi kalau aku layankan makin menjadi.

so, untuk melengkapkan list food hunting aku 2 hari lepas, aku ajak si buah hati sapa lagi (kui kui kui) wan tersayang. hahaha. pergi dagang avenue kat ampang. dari tempat aku (jln raja abdullah)ke sana dalam 10-15 min je.

peta untuk memudahkan pencarian.

kalau kat Dagang Avenue ni, korang boleh lah paksa sesapa je untuk teman korang makan kat situ. sebab kalau dorang takmau makan burger bakar, ada macam2 lagi makanan yang boleh dimakan. ala-ala food court.(mmg food court). ada western,nasik lemak, nasi ala kampung, nasi goreng2, otak-otak (aku dengan wan selalu guna dialog ni bila makan 'ni otak aku,tu otak ko..makan la'..tak aku gurau je hahaha sebenarnya tiap kali makan aku akan berdialog 'otaakkk..ootaakkkk' ala2 citer zombi kg pisang dan wan akan buat muka tak amik port sambil geleng2), tako yaki(aku nak makan ni, tapi dah terkenyang makan burger) dan tak lupa, air untuk mengelakkan tercekik. nak amik air sembahyang pun boleh.

apa? semua tak berkenan? makan je la batu tepi jalan. tiang letrik pun ada.

nak menangis kena paksa makan

muka demam macam orang tua


burger yang telah dikecah2 oleh aku

wan tengah mengkecah2 burger nya

rating : 4/5

1 -  sangat kesian. jangan jual lagi
2 - agak kesian.fikir2kan.
3 - boleh tahan. boleh upgrade lagi
4 - sedap. tahniah.
5 - sangat sedap.tahniah! will come back for more