- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Cerita K-Pop : Kisah K-POP pertama dalam hidup [Hi Tech YG Dancers] | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Wednesday, January 16, 2013

Cerita K-Pop : Kisah K-POP pertama dalam hidup [Hi Tech YG Dancers]

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, January 16, 2013
untuk pengetahuan semua, aku belum dan tidak akan mentransitkan diri dari seorang peminat setia Malaysia Indie Band kepada K-POPers. aku akan terus setia bersama our local bands.*actually, i'm  universal* tapi nak dijadikan cerita lepas exam Viva semalam, aku ditakdirkan pi KLIA *woah*.

sebenarnya jadah aku tak faham apa dan bagaimana. tapi aku difahamkan ada GDA. - Golden Disk Award, kira macam Grammy Award bagi K-POP lah. so this year diorang buat kat Malaysia. actually dorang memang suka buat kat overseas sebab nak promote negara dorang dari segi tourism dan bakat artis-artis dorang - it's a good idea, Malaysia patut contohi.

berbalik kepada kisah K-POP aku tadi, kawan aku si pika sampai tak tenang nak pergi exam viva sebab terkenang-kenang kan main backdancers YG Family yang dia minat gila, iaitu Prince Kwon yg bernama Dony & Deuk. dorang ni kembar sebenarnya. dia kata orang ramai-ramai kat sana nak sambut GD Bigbang, tapi dia nak jumpa Dony. *rasa bangga sebab aku tau fakta K-Pop*

sumber

so dalam pukul 2.45 petang semalam, aku, pika, farid dan afzan pun naik lah kereta *pinjam dari ihsan* ke KLIA. aku pun macam tak sure dapat jumpa ke tak. tapi tak kisah lah, sebab aku curious sangat macam mana la rupe K-Pop ni, n apa yang best sangat. nak jugak aku tau.so aku pergi atas dasar curiousity. padahal aku ni kalo ade kuiz K-Pop, mampus lah aku orang pertama yang diletakkan dalam rekod repeat paper 3 sem berturut-turut ehem mohon terasa part repeat paper. *kah kah kah*ehem.

so, kami sampai sana dalam pukul 3.30. pika jangka dalam pukul 4.50 pm dorang sampai. aku pun "WHAT??!! 4.50? lambat lagi..haisshhh!!!" *sambil jeling-jeling bas persiaran kat TOL sebelah*. emm aku dapat idea dan cakap "weh aku syak ni bas yang nak angkut K-POP ko pegi hotel". tak tau pulak semua dalam kereta excited dan pika sebagai driver menekan pedal minyak sungguh-sungguh nak kejar bas tu. manakala aku pulak lebih tertarik nak babai2 Zulfahmi kat billboard MotoGP hari tu. epik betul aku ni. *
billboard gambar macam kat tiket MOTOGP hari tu la yang menarik perhatian aku.hihihihi

then lepas parking, masuk dalam KLIA macam cuak-cuak sikit. dah jumpa port fans2 ni berkumpul, pika pun tegur la sorang fan lagi tanya lah pasal K-POP dorang. aku pun OOOO,AAA,UUU je lah. nak menghafal nama Hi-Tech, Dony & Deuk pun amik beberapa jam, apa lagi aku nak memahamkan keseluruhan organisasi K-POP, it will takes forever *dah macam kongsi gelap pulak aku tulis ni*

so, dah tunggu2 tu, berapa jam tak keluar-keluar.fans ramai-ramai pun aku tengok dah makin lemau dah. tapi yang tak boleh blah sorang-sorang fans datang tegur aku tanya-tanya pasal K-pop ehem muka aku macam k-pop sejati ke? haha. *bangga tak tentu hala* ehem aku indie band la, menyesal aku tak pakai baju HUJAN. *bukan merujuk kepada hujan yang air turun dari langit tu, tapi band HUJAN kegemaran* dalam hati aku tiba-tiba berharap zulfahmi ke hafizh syahrin ke baru balik dari overseas, ada kat KLIA masa tu. hihihihihi *mimpi lah kau idati*
farid dan afzan tengah baca nota exam sambil tggu K-POP.bagus, teladan yang baik.

sebelum menjadi lemau

sempat pose lagi.

disebabkan aku bersama-sama dengan fans hi-tech, aku pun dapat sticker hi-tech. hehe. actually sticker ni untuk fans je, tapi aku memang suka kumpul sticker. so aku happy walaupun tak faham.  eh kira aku support apa member aku nak jumpa dorang ni.
seronok dapat sticker

excited nak tau macam mana muka hi tech



collection sticker aku :)
dalam masa lapang menunggu k-pop tu, aku sibuk menengok stewardess2 yang baru habis flight. especially stewardess MAS sebab pakai kain terbelah sampai peha *woi pervert gila aku*. entah lah, irresistable. haha ehem ini kalau perempuan pun macam ni, lelaki macam mana pulak woit. tak terjawab aku.

*malas nak letak gambar stewardess yang aku tangkap.hehe*



dalam pukul 6.30 bila pika dah makin lemau dan dah nak give up menunggu *sambil berdiri woit*, aku nampak sekumpulan manusia yang macam pelik disertai ada orang lain yang terketar-ketar excited, lalu instead of bertanya 'siapa tu' aku cuma tanya 'woi ape tu?' kat pika. tak sangka pulak itulah yang ditunggu-tunggu pika. terus dia menjerit, menggeletar *nasib baik tak kena seizures ke pengsan ke, kalau tak sumpah aku lempang-lempang budak ni sampai bisu*. kelam kabut dia "haa, itu lah dia yang aku tunggu woi!!!!itu!itu!!seluar merah!seluar merah!!seluar merahhh!!!!DONY!!!!DONY!!!" lalu mata aku turut men'scan mana seluar merah.
gambar blur bukti tangan pika menggeletar excited


bila aku dah berjaya mencari seluar merah, aku nampak pika tengah berlari mengejar dorang sambil menepis orang sekeliling. untuk membuatkan scene lebih epik, aku pun turut mengejar pika sambil merakam kejadian untuk dijadikan bahan untuk mengenakan pika. *niat tak menghalalkan cara keh keh keh*. sampai kat depan Dony, nampak si Pika tergamam sampai menggeletar tangan nak tangkap gambar.

dalam pada aku merakam tu, aku sendiri rupanya dah menghalang laluan Dony. aku tengok dia, tergamam. dalam hati 'woo...tinggi!!". dia pun tengok aku yang comot2 berada di tengah laluan, mesti dalam hati 'woo...pendek!!'. haha. tapi of course lah bukan dalam bahasa melayu. masa tu baru teringat yang aku pegang sticker hi-tech sambil menganga..hahaha...macam fans yang tergamam lah konon kan..
dony yang senyum2






screencapture

yang baju merah tu pika yg duk meng'stalk


so, dorang dah bergerak pun, pika turut berkejar. aku pun mengejar sambil menutup muka sebab malu. tak sampai 10 orang yang mengejar sambil terketar-ketar excited dan memang macam fangirl k-pop sebenar, yang menjadikan aku nampak lah sangat obvious berada  di situ. aku tak tau nak buat apa, aku loss. aku tanya pika "wei.kenapa kita kena kejar dorang?", pika hanya mampu reply "ahh, aku nak kejar, biau ahh aku!" dan meneruskan hobi terbarunya iaitu terketar-ketar.

scene seterusnya adalah budak unisel depan aku nak mintak sign dengan gambar dengan Deuk, tapi malu-malu. melompat2 kat tepi Deuk, tapi suara 'her,her,herrr..her,her,herr" yang aku tak faham. disebabkan rasa simpati dengan tremors melampau budak tu, aku nak tolong panggil kan, tapi aku tak tau nama si Deuk tu masa tu, so dalam kepala aku nak panggil 'Bro!'. nasib baik lah aku dengar budak unisel ni panggil "oopa..oppa" dengan ayu gila. so aku pun 'oh, panggil oppa rupenya, bukan Bro'. aku "OPPA!" dengan suara jantannya, tapi still tak pandang. tangan aku dah angkat nak cuit bahu orang tu, tapi tiba-tiba aku teringat K-Pop punya fans tak marah ke aku nak cuit Oppa dorang ni? ahh tak mau aku cari bala. tapi akhirnya budak unisel tu berjaya mendapatkan sign and gambar dengan oppa dia tu selepas beberapa lama tremors dengan teruks kat tepi Deuk tu.
gambar silhoutte yang beri effect coollll!!!


pika tengah excited mintak signature

nampak tak tangan kat belah kanan tu?tu tangan budak unisel yg tgh terketar2 tu..hahahaha

pika pulak tengah buat perkara yang sama kat tepi Dony *tremors sampai semua gigi pun nampak*. ini lagi sorang buat kelakar depan muka aku. okay je dorang ni sebenarnya bila ko nak sign dengan tangkap gambar. aku pun tolonglah tangkap gambar. malang plak sebab membelakangkan cahaya.

masa dorang bergerak nak turun bawah dah, aku malas dah nak kejar, manakala pika terus-terusan stalk dorang sampai dorang naik bas.

gambar seterusnya adalah hasil stalking pika.





pakcik-pakcik yang kerja kat KLIA tu pulak sibuk meng'interview aku pasal K-POP. mula-mula tanya sapa yang pika duk kejar-kejar, aku pun bangga menjawab 'penari korea pakcik!'. pakcik mungkin impress dengan aku, siap panggil kawan-kawan dia dalam 5,6 orang macam tu introduce aku 'haa...kalau korang nak tau apa-apa pasal artis korea ni, tanya dengan budak ni. dia tau semua benda. dia ni la manager!'. aku pun "Whatt???!!" dalam hati. *jadahnya aku tak tau apa-apa, siap ada lagi ajaran sesat aku bagi kat dorang, kesian pakcik2.*

Dorang tanya PSY ada datang tak. aku tau pakcik nak buat oppa gangnam style ramai-ramai. ahahahah.malangnya PSY tak datang. dorang cakap gak yang semalam pun ramai jugak artis, siap polis pun pengsan sebab ramai sangat orang. aku pun "ooo..iye pakcik?ish3". eh aku ni datang KLIA nak tengok k-pop ke nak tengok pakcik? ish3, aku dah hilang tujuan sebenar. haha.

masa aku, farid dan afzan dah pergi surau, si pika masih lagi dengan aktiviti stalk dia tu. tapi sekurang-kurangnya hasrat dia tercapai lah kan. dia dapat sign dony dan deuk  dalam buku YG family dia tu. menjerit-jerit seronok dalam kereta, sampai salah aku masuk simpang highway nak balik KL.


















siap label lagi pen yang dony n deuk pakai.hehehehe :)

#gambar aku ada terselit kat fans pic utk hi tech. kantoi tengah tersengih-sengih, jangan terkejut kalau terjumpa. hahahahaha *sebenarnya aku tengah gelakkan benda lain*
#disebabkan aku terlalu noob nak menghafal nama korea ni aku dah pun labelkan dony & deuk hi tech kepada downy & doka twin tech. bijak tak aku.
# nasib baik tak ada reporter interview aku untuk melodi *eh ini over perasan ni*


5 C.O.M.M.E.N.T.S:

Nisha Nisrina said... [Reply]

Bestynee.. *jelly! XD

Nadya Bubble said... [Reply]

Haha untunglah dapat jumpa. Tapi kelakar pun ada haha.

Idati Malek said... [Reply]

Nisha :
hahahaha..jelly boleh makan!

Idati Malek said... [Reply]

Nadya Bubble :
memang kelakar nak mampus masa tu.rasa nak ttup muka

RadhiahIlyas ッ said... [Reply]

kelakar laa , bestnye :D tgok ni http://catberrymilk.blogspot.com/2013/01/hallu-semuanya-haha-d-hari-ni-keletihan.html