- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf crush zaman sekolah | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Saturday, January 12, 2013

crush zaman sekolah

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, January 12, 2013
sebagai seorang yang gender dalam ic nya perempuan, masa sekolah dulu paling tidak mesti pernah ada crush dengan mana-mana budak laki satu sekolah, satu daerah ke, apa-apa jelah.atau macam Farah, si pembenci cicak, ada crush dengan budak 1 kawasan dengan dia yang selalu naik bas sama-sama tanpa tau nama sampai ke sudah. *aku tak tau pulak ada perempuan yang jadikan perempuan jugak crush dia* demm itu bengong namanya.

so bila tengok cerita "A Little Thing Called Love", seakan membawa aku balik ke masa yang lepas. masa sekolah menengah dalam form 2 macam tu, bila dalam satu group, masing-masing ada crush *bukan boyfriend*. sebelum ni aku tak pandai nak ber'crush2 bagai, mau kena hempuk dengan mak aku. tapi tengok kawan-kawan, aku pun tak nak kalah.
siapa yang taknak crush macam ni? ehem taste aku dah lain la dah lain lalalalalala

so, bila dah ada crush, dia macam satu kerja lain ko kat sekolah la, buat mengisi masa lapang, boleh jadi alasan ko seronok nak pergi sekolah setiap hari sebab ada crush. katakan lah crush ko tu form 5, ko form 2. nanti nak pergi lab ke, pergi rehat ke, sengaja je nk lalu depan kelas dia, padahal ko tau ada displacement yang 10 kali ganda lebih dekat kalau ko tak lalu kelas tu. lepas tu masa lalu kat kelas dia, ko berdebar-debar macam kena heart attack, kawan-kawan pulak buat bunyi-bunyi (macam zoo pulak) nak menarik perhatian crush korang tu. hahahaha. sambil lalu sambil mengintai-intai.

setiap hari korang buat macam tu. terserempak kat mana-mana mesti rasa cuak habis, merah je muka. padahal orang tu tak tau pun ko suka.

paling tak boleh blah kalo crush korang tiba-tiba je bercakap dengan korang. tak kira lah hal kecik macam nak pinjam pemadam ke, tanya jam ke, tanya pendapat ke, semuanya memang buat korang rasa nak menjerit dari puncak gunung tertinggi kat dunia waktu tu. lepas dia blah, terus semua kawan-kawan korang melompat dan sama-sama jerit "AAAAAAA!!!!!!DATIIIII!!!!HIHIHIHIHI!!!AAAAA..APA DIA CAKAP WEIIIII?????!!!BTAU2!!!" lebih kurang la ehem itu contoh kalo yang ada crush tu namenye dati. hehe. pada fasa ini, kawan-kawan sangat lah supportive. dan tidak mengenali erti sailang crush member. ahh i miss that time a lot. *crush je kot, bukan bf*.

then, for the whole year, korang easily get excited just to hear his name. kalau ada apa-apa aktiviti involve crush korang tu, korang dengan tiba-tiba bersemangat waja mengalahkan jaguh lari dalam guni. nampak lah korang berseri-seri, excited walaupun tak faham amende pun. malang sekali kalau tak dapat rumah sukan sekali, sebab korang takkan mampu melihat muka crush korang sebagai watak jahat *kan nak compete antara rumah sukan* dan korang terpaksa sokong ahli rumah sukan yang sangat out of question. korang menyokong dengan air mata seperti sungai di dalam hati sambil berharap diri bertukar menjadi rumput padang sekolah.

oh ada lagi perkara yang  tak boleh blah iaitu bila korang terdengar lagu yang macam ada sangkut paut dengan kisah korang yang meminati crush senyap-senyap tu, akhirnya cinta tak terbalas T.T , dalam hati korang akan berharap yang crush korang dengar lagu tu dan memahami isi hati korang. *woooooooooottttt wooottttt*

masa paling ditunggu-tunggu adalah birthday crush dan jugak annual dinner. birthday sendiri dah tak penting lagi sebab birthday crush lagi nampak menarik. korang mungkin jugak berharap birthday korang paling koman pun dalam bulan yang sama dengan crush. kikikiki ai aku pulak excited semacam apahal.

masa pergi jalan-jalan korang belikan hadiah birthday siap-siap walaupun sekarang bulan 1, tapi birthday crush bulan 4. korang dah balut siap-siap, kad semua dah beli. cuma tunggu harinya je.

bila sampai hari yang korang dah rehearse cara bagi, akhirnya korang tak bagi sebab malu nak mampus. so korang letak senyap-senyap bawah meja crush. dan sepi, tanpa khabar berita.

dan...dan..dan.....akhirnya tibalah hari kemenangan. iaitu hari annual dinner. korang persiapkan baju cantik-cantik, mandi wangi-wangi, mekap nampak cantik sikit, sediakan kamera dan buat muka slumber.
bajet comel macam ni lah kot muka masa dinner.

masa semua orang tengah kalut nak tangkap gambar berdua-dua, korang pun pura-pura slumber, padahal dalam hati dah macam kena baling cili hijau, mintak dengan crush nak tangkap gambar. siap dah pesan kat member snap gambar 2,3 kali takut gambar slack. masa tangkap gambar, perasaan tak dapat bayang, macam nak pengsan. lepas tangkap gambar, ucap terima kasih, terus berlari macam orang gila. hahahaha. bila gambar dah cuci*zaman masih pakai filem* cepat-cepat simpan gambar crush, takut mak nampak. keh keh keh.lepas tu setiap hari tengok. bangga dengan kemenangan korang. hahahahaha.

lepas tu bila crush dah habis sekolah, sedih. tapi berapa minggu je dah ada crush baru. hahaha.

itu semua masa sekolah. crush ni bukan ada heart feeling sangat pun sebenarnya. lebih kepada ikut kawan buat apa dan nak isi masa lapang.
macam sekarang ni, aku takde masa nak crush-crush lagi dah, sebab aku dah pun jumpa yang steady. :)

<3 .="." p="p" ridwan="ridwan">




8 C.O.M.M.E.N.T.S:

Nana said... [Reply]

haha..teringat zaman skolah dulu..form 1 terus dah ade crush..senior form 2..lpas senior tu dh grad..cari junior plak..keke -nana

Idati Malek said... [Reply]

hihihihi..same lah kite....senior dah xde, junior lak jadi mgsa..kekekeke

noor liyana said... [Reply]

tak pernah crush masa zaman sekolah dulu..masa tu budak hingusan lagi kot..xtau pe2...

Idati Malek said... [Reply]

liyana : ohhh budak baik la kire nyeee nihhh..hahahaha,,....bagus2

Farah Serabai said... [Reply]

taik idong mu.....kater ak yer....ak smpy skrg pn x tau name dye n ak x ingt dh pn ak suker dye....tp ade wktu kte matrik dulu, ak g pasar sabtu...jumper dye, bwk mak dye...wahhh, msih mcm dulu, dye x pnh segan dgn ape yg dye wat wlupun remaja lain hangout ng kwn2, dye siap teman mak dye beli brg dapur....~ wuhoooo.....pikir2 blik, suker balik la...tp ak suker hakeem dak area ko 2 dati..~

Idati Malek said... [Reply]

farah :
ko tak habis ng akim....dah la panggil dye 'aaadammmmm!!!' smbil buat muka tak bersalah..kah3....

hana hadi said... [Reply]

menarik.. agak2 kebanyakan pelajar mcm tu lah..

Erni Hasmiza said... [Reply]

hehe teringat masa sekolah dulu dulu *sengih lebar*