- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf rebate smartphone yang menyedihkan aku. | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Tuesday, February 5, 2013

rebate smartphone yang menyedihkan aku.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, February 05, 2013
ahad lepas adalah aku punya tarikh last untuk dapatkan hp rebate 1 Malaysia. by this time, aku ada kat rumah, kat Gopeng, Perak yob. sebab tengok kakak aku dah pun menggunakan rebate nya untuk membeli samsung galaxy y, tapi dia beli dekat dengkil. dengan harga rm199 lepas rebate. guna prepaid sahaja untuk data-plan.

so, aku pun nak lah menggunakan rebate itu dengan besar hati nya sambil berterima kasih kepada kerajaan Malaysia. tapi. ada tapi. aku bawak lah 2 beradik cun a.k.a cousins aku ni pergi sekali, boleh jalan sekali ye dak.

destinasi 1st aku adalah pergi GreenTown Mall (GM). tempat ni kalo orang ipoh tau la memang femes dengan tempat beli hp dengan tempat beli kain murah-murah. so aku bajet memang ada lah rebate handphone kat situ. aku ingat nak cari xperia, atau paling cikai pun galaxy y lah *amboi kau cikai sangat lah kan*.

pusing-pusing dalam GM, satu kedai pun tak ada yang boleh guna rebate. cuma ada 2 kedai je, itupun hp ninetology. made in malaysia. aku bukan tak percaya dengan produk malaysia, tapi aku memang dah target xperia. so, aku blahh dari GM bawak diri sampai st 18, kat tesco nun. tada.! ada rebate apa2 hp pun, tapi kena pakai line lah pulak.
rindu handphone lama yang hilang.

haih.

masa tu dah pukul 6.30 pm. so aku pun give up dah membiarkan rebate aku luput begitu sahaja. good luck kepada yang nak membeli.



4 C.O.M.M.E.N.T.S:

Puteri Iqa Izyan said... [Reply]

Alaaaa. kesiannye. tgk tak laman web telco2? dieorg ade bgtau kat Sen Heng pon boleh :)

Dua bulan lagi try apply balik eh.

yana_popeye said... [Reply]

boleh apply semula lepas dua bulan

Idati Malek said... [Reply]

@Puteri Iqa Izyan
laaaa.........tak tauuuu punnnn

Idati Malek said... [Reply]

@yana_popeye
lambat lagiii... sedihhh