- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Idola yang mengecewakan | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Friday, March 15, 2013

Idola yang mengecewakan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, March 15, 2013

Masa zaman dulu-dulu *alat cliché aku*, kita mesti nak ada sorang idol. Heck betol hidup aku macam kehilangan sesuatu, tak ada feel, bila aku tau yang hidup kena idol. Aku selak biodata kawan-kawan masa zaman baru nak up, idol semua artis yang tak berapa nak berseni kalau nak difikirkan balik. Disebabkan aku pun salah satu budak baru nak up, aku pun turut menulis idol aku artis, yang aku pasti bukanlah Ramlah Ram, tapi zaman tu dah berlalu.

Pernah sekali aku admire seseorang untuk ambil perwatakan dia, dan aku tahu aku tak sepatutnya mengambil dia sebagai watak idola, dia lelaki, dan aku perempuan. Bagaimana kecelaruan dan perpendicular line ini berakhir aku pun tak tahu.

Pernah dengar tak kalau kita anggap diri kita seperti parallel line dengan seseorang yang kita suka, nanti ada suara kata “parallel line walaupun selari, tapi takkan bertemu. Maksudnya tak ada jodoh”.
Aku bersetuju 25% walaupun cikgu matematik moden dan tambahan kata ini adalah kenyataan. Yang menurunkan lagi peratus kepercayaan aku adalah ayat ‘tak ada perkara mustahil dalam dunia ni, sedangkan parallel line pun akan bertemu suatu hari nanti’.

Nothing impossible by words.

Zaman tayar basikal aku baru pandai bergolek tanpa bantuan roda tambahan, aku tengok kakak sulung aku yang super garang suka menampal dinding dengan poster ziana zain, erra fazira, KRU, amy mastura dan seangkatan dengannya. Aku ingat itu dalam sekitar tahun 1995, tahun kecemerlangan aku sebagai manusia. Tahun mana adalah tahun paling tak cemerlang, adalah tahun yang tak pernah wujud. Sila naikkan self-esteem sendiri.

Berbalik kepada idol. Aku pernah buat projek sejarah yang menyuruh interview idol kita, aku fikir nak interview diri sendiri. Tapi disebabkan aku tak mahu didiagnose schizophrenia kerana bercakap sendiri, aku hentikan hasrat yang selalu merepek ini.

Idol aku seorang lelaki. Yang aku rasa macam cool dan bijak akhirnya bertukar menjadi makhluk creepy yang mula memakai eye-shadow dan rambut palsu beserta smokey eyes bajet seksi, berjalan lenggang bayam dengan tangan patah.

Hancurnya hati aku ketika kejadian.

Tak, cerita ini hanya rekaan, ada perkara lain di sebalik nya.

0 C.O.M.M.E.N.T.S: