- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf ruang delusion personal | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Wednesday, March 27, 2013

ruang delusion personal

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, March 27, 2013
sekarang adalah masa yang sibuk, tapi cuba cakap bila aku tak sibuk. aku sibuk mencari masa rehat di antara picisan waktu yang tinggal. hanya sipi-sipi hampir jatuh bangunan gamaknya. nampak tenang tapi jangan sangka dalam hati tidak gelabah biawak.

banyak perkara bermain di kepala. macam terlalu crowded, sama crowded macam tong sampah pada hari Jumaat sebelum balik cuti panjang. betul, sumpah aku tak tipu langsung. walaupun muka aku nampak macam penipu bersiri bak buku doraemon 45 jilid, tapi dalam hati aku ada taman. yang penuh pokok kaktus. faham? berduri.

bila melalui rutin yang baru, tidur pun jadi tidak lena. rasa irritable memang tinggi.

perkara yang boleh buat aku gelak macam orang ada delusion adalah ingatan 2 minggu lepas, masa aku posting dekat unit psikiatrik. seorang patient yang suka bersembang tak tentu hala macam baru dapat mulut berkata tentang kawan-kawan se'mental illness dengannya;

"saya tak faham la kenapa arul suka kat rara, padahal rara tu sakit mental".


masa tu aku boleh nampak hati kecik aku tengah gelak berguling-guling macam apa. perasaan yang menggeletek paru-paru untuk bernafas, lalu aku buat terbatuk.

0 C.O.M.M.E.N.T.S: