Do you like my blog?

Tuesday, April 23, 2013

2 hari berhujan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, April 23, 2013
hari ni dah masuk hari kedua aku posting kat hospital serdang utk bahagian pediatrik.
aku naik motor je pergi sana. 30 minit pergi, 30 min balik *sepatutnya lah*. tapi dalam 2 hari pertama ni aku asyik sesat jalan balik, entah pape je kan?

hari pertama aku sesat, entah aku ikut jalan mana entah. hujan lebat pulak petang semalam. lebat sampai baju hujan aku pun rasa ajaib, macam dah tak pakai baju hujan dah. aku ingatkan baju hujan aku dah terbang, tapi aku still nampak lagi. siap lalu tempat banjir air dah naik nak dekat setengah dari ketinggian skuter aku dah. takde sebijik motor pun yang bergerak masa tu, hanya aku yang tegar mencari pasal.

hari ni pun hujan jugak waktu petang. tapi tak selebat semalam, masih aku sesat. minyak motor tiba-tiba dah nak kering *belum pandai bajet minyak untuk minggu pertama*. aku dah gelabah biawak dah. karang tak pasal aku menolak dalam hujan. dari perjalan 30minit, mau jadi 30 jam. mau kena ambik MC esok. wakaka. ahh tidak2..jangan!!

hari ni aku pakai baju kurung. tapi merempit jugak, aku peduli apa. aku berhenti kat shell sg besi, aku nak isi minyak. dengan basah kuyup *walaupun pakai baju hujan*, merempit sorang2, muka lapa dan kesejukan, aku dapat rasakan semua mata memandang aku yang nampak macam sangat kesian, dengan pandangan yang kesian juga. sampai bangla yang kerja shell tu tolong Q untuk aku lah, supaya aku boleh bayar cepat sikit. bapak kesian muka aku masa tu. kalau ada orang rakam masuk keek, memang aku KEEK kan dia lah kan.

sampai plaza je, aku dah menggigil-gigil macam kambing.

2 C.O.M.M.E.N.T.S:

Hanif Idrus said... [Reply]

hahahahha...alahai muka kecian yek..heheheh
Nice entri.....suka sangat baca...

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

kasihannye.
cari tempat teduh kalau hujan lebat.
bahaya merempit time hujan.
kereta tak nampak.