Do you like my blog?

Saturday, April 27, 2013

jom berkenalan dengan alatan medical rehab ;occupational therapy 1

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, April 27, 2013
aku teringin jugak sebenarnya nak buat entri berilmiah sikit. tapi kepala asyik merapu tak tentu hala.wakaka.

hari tu masa posting O&M kat jabatan sendiri, ada team dari Politeknik Port Dickson buat lawatan ke jabatan untuk tengok alatan2 rehab kat OT UKM ni. untuk pengetahuan semua, alatan2 dalam medical line ni biasanya di caj mahal, mungkin dalam 3 atau 4 kali ganda dari harga yang sepatutnya. so our brillian Dr Sazlina and of course the occupational therapist in the UKM itself, telah mencadangkan our malaysia polytech students to do their final year project based on the product use in medical rehab.  Jika kita boleh hasilkan produk yang mempunyai konsep dan kelebihan yang sama dengan harga yang lebih  berbaloi, adalah lebih baik. barang2 medical rehab kebanyakannya diimport dari oversea, come on lah, xkan lah nak mandi guna long-handled sponge pun kena tunggu pos dari UK?

macam masa aku posting di hospital ipoh, ayah sorang patient ni buatkan rollator sendiri untuk anaknya. barang-barang boleh cari kat hardware. aku pandai je cakap hardware, macam aku tau  sangat. izinkan aku poyo sekejap.

Contoh modifikasi yang terdapat di dalam occupational therapy/ pemulihan cara kerja;

Feeding utensils;

ini namanya 'Palmar Pocket'. boleh digunakan untuk patient yang ada masalah dalam grasp (lemah  kekuatan untuk menggenggam) atau yang tak jari untuk grasp. boleh jugak digunakan pada patient yang tak ada tangan, tapi kena besarkan lagi strap tu supaya boleh balut bahagian tangan/tapak tangan yang masih ada/boleh digunakan. boleh buat sendiri guna strap 'hook and loop'. 

'Weight utensils'. ini berat berbanding sudu biasa. sesuai untuk yang mengalami tremors (menggigil) seperti pesakit Parkinson. 


large-handled utensils. sesuai untuk yang mengalami  lemah dalam genggaman atau genggaman  yang tidak penuh seperti tangan yang normal. tubing ni korang boleh beli kat hardware. atau guna je towel good morning yang kecik tu, balut2 kat sudu supaya handle nya jadi besar. beneficial kan?

  
ini adalah beg feeding kit. dalam nya ada pelbagai jenis sudu, ada yang bengkok, ada yang berat,. pisau2 pun ada. yang bengkok2 tu untuk patient yang tak boleh membengkokkan bahagian tangan (siku, pergelangan tangan) semasa aktiviti makan tu.

gunting yang telah di modifikasikan. bila guna gunting ni tak perlu susah2 untuk  extend jari2 untuk bukak gunting. cuma perlu flex jari sahaja. 

kalau korang perasan pinggang ni ada satu bahagian tepi pinggan tu tinggi sikit tebingnya. ini design khas utk pesakit yang lemah sebelah tangan atau cuma ada sebelah tangan sahaja. di mna 1 tgn shj yang dia akan guna untuk makan. bila kita makan, kita ada tendency utk menolak makanan ke tepi pinggan spaya ia naik ke atas sudu/garfu anda. kalau anda ada tgn, boleh la nak manipulate guna sudu lain dgn bantuan tgn sebelah lagi. tapi kalau tak ada, inilah fungsi pinggan ni. nampak simple, tapi beneficial.

dua gambar di atas ni adalah 'adaptive cutting board'. berguna untuk pesakit yang boleh  guna sebelah tangan sahaja untuk memasak. kita2 yang normal ni mesti guna 2 tangan. tapi yang kurang bernasib baik ni, adaptive cutting board adalah jalan penyelesaian. mcm gambar kat atas tu, buah/sayur yang nak dipotong tu, cucukkan ia atas paku (yang tidak berkarat sama sekali) supaya ia x bergerak2, dan potongkann! mudahhhh!
sama macam cutting board, yang ini pulak adaptive butter spreading board. bila dah guna sblah tangan je, konfem roti pun sama nak berlari seperti jaguh. jadi kita loserkan beliau dengan menahannya di petak dilarang berlari di satu corner, sperti dalam gambar di atas. yey. boleh sapu jam dengan tenang.  

alat2 lain.

untuk yang berkerusi roda, utk yang pendek, yang selalu nak capai barang yang tinggi tapi tak sampai, inilah REACHER untuk anda. bukan M16 ya kawan2, ia tidak meletup sama sekali. kat Daisou ada rasanya.

inilah long-handled sponge yang aku cakap tadi. jenuh tunggu UK nak pos benda ni takkan lah korang tak nak mandi sebulan?  boleh buat sendiri maaa.janji konsep tercapai. untuk bantu yang ada limited range of motion(ROM) atau limitasi capaian pergerakan di bahagian tangan, so masa mandi bhgian belakang memang susah nak disental. 
yang paling bawah tu untuk pakai stokin. masukkan yang macam plastik tu dalam stokin, turunkan alat ke kaki, tolak kaki sikit masuk dalam, sentapkan alat ke atas. ahhh mcm mana nak demo ni? ala yang penting korang tak perlu susah2 nak tunduk2 120degree untuk pakai stokin. 
alat2 ni kalau korang boleh buat sendiri, lebih jimat. tak payah nak mengharap oversea sangat kan.



nanti sambung lain.

3 C.O.M.M.E.N.T.S:

Mary @ cheap flights to beirut said... [Reply]

I’m surprised! Simply the best info found for the day, pretty interesting a useful too.

hafizuddin kaha said... [Reply]

mane boleh beli weighted utensils ni kat malaysia?

idati said... [Reply]

@hafizuddin kaha

weighted utensils ni actually bukan buatan malaysia; they r imported nnd kalau nak beli, price quite high, x berbaloi dgn barang.

and my suggestion would be, u buat sendiri.

mcm sudu tu, pemegang dia u balut dengan towel kecik (contohnya towel good morning)..sebelum balut tu u lekatkan pemberat contohnya kepingan besi or pasir dalam plastik or ape2 yg berat tapi tak la besar sngt as long sudu tu selesa dipegang masa makan oleh patient.

err..u got my idea x?

tapi kalau nak beli jugak, boleh tanya kat farmasi2 yg jual alatan rehab or pergi ke bahagian rehab hosp tanya.

:)

hope this is useful for u.