- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf semua orang nak putih, siapa nak jadi hitam? | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Saturday, April 20, 2013

semua orang nak putih, siapa nak jadi hitam?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, April 20, 2013
sejak akhir-akhir ini, perempuan sebaya/setara umur aku sibuk nak cerah. kalau cakap sibuk nak kurus tu, tu dah lama dah. sejak aku kurus, sampai aku gemuk, aku pun asyik nak kurus lagi dan lagi. tapi tergemuk pulak. apedehal. kah kah kah.

nak cakap pasal kecerahan kulit pulak, aku tengok sana sini jual Vitamin C 1000mg, kolagen dan bedak sejuk, eh. takde kot. ada yang beli kat stokis jamu, ada yang beli online, tapi belum lagi yang aku tengok memborong sekotak oren setiap hari.

difahamkan semua rakyat jelata ni bahawa vitamin C yang berdos tinggi mampu memberikan kecerahan berganda. ibarat dari kulit tone macam abah aku, boleh terus jadi aaron aziz. nak tau tone kulit abah aku, rujuk sahaja warna kulit tergelap dalam pita ukur kecerahan garnier tapi darab lagi dua kegelapannya. cuba bayangkan lah, sapa taknak dari kulit tone macam bontot kuali tiba-tiba jadi neelofa. macam hiperbola sikit tapi hakikat lah kot.

sekarang ni ada macam-macam jenis vitamin C. tapi aku tak kisah sangat, biarlah aku bersyukur dengan kulit sedia ada, kalau cerah sangat nanti aku kena albino. aww.puteri lilin sangat nanti. *gedik gedik*.

nak dijadikan cerita walaupun aku ni nampak semangat je tapi hakikatnya antibodi aku sangat lah weak tahap baby. senang infected. sebab tu aku paling benci orang bersin atau batuk berdekatan aku. yang menanggungnya aku jugak. ya aku faham orang lain tak bersalah tapi ......ahh.

masa posting aku selalu demam. asyik demam. asyik batuk. sakit perut lah jadah berbagai lagi sakit aku sampai satu tahap aku fikir mungkin ke nazak sangat badan aku ni. lepas aku bagitau terapis pasal condition aku ni *aiceh macam nak mampus pulak bunyi*, dia nasihat aku ambil supplement and pergi exercise. aku stres betul la. aku badan memang la emm tak kurus tapi aku ni rajin jugak gi joging kat tasik. even once a week pun jadi la *berlagak nya nada ku*. aku buat untuk kardiovaskular, yelah dalam line family aku kalau ikut genetic ada yang kena hypertension and myocardial infarct, it's all about jantung lah. jadi aku kena jaga diri aku, walaupun lebihan kasih sayang ni memang terlebih.

sambung balik, jadi disebabkan Vitamin C ni bagus untuk imun sistem, aku pun travel dari kedai jamu ke farmasi mencari vit c yang sesuai. yang kat jamu semua yang jenis ada kolagen untuk memutihkan, bukan untuk imun sangat pun, walau muka bertopengkan vitamin c. tengok kat advantages, paling atas sekali dia letak untuk mencerahkan kulit, so itu bukan yang aku cari. akhirnya aku pergi Guardian je, aku tanya kat budak jaga kedai tu, dia pun suggest aku beberapa Vit C yang okay untuk imun sistem. setelah berkira-kira dan juga memilih-milih aku decide untuk ambil Flavettes Vitamin C Effervescent 1000mg. harga nya dlm rm30/pek, ada 30 soluble tablet. 1 tablet sehari. rasanya memang sedap, macam minum air twister woi. eh dah macam iklan pulak.

aku dapati bila aku makan vitamin ni masa pagi, aku ada tendency untuk makan dan makan. dan hasilnya muka aku macam haiwan peliharaan. bulat dan gebu macam marshmellow bulat yang gemuk. tapi setakat ni tak ada kanibal yang cuba memburu aku, yang nak memburu cinta pun tak ada. ekekeke. jadi aku twist masa makan, aku minum sebelum tidur malam. badan aku rasa ringan, segar, muka rasa bersih bila bangun. dan selera makan sama, takde lah craving sangat. dan muka tak jadi marshmellow dah.

aku ni kira beruntung sebab housemate aku student pharmacist. aku suka la tanya dia pasal ubat-ubat. aku duk menanya apa vitamin bagus, lepas tu aku sibuk menilik vitamin2 kat meja study dia. kalau dah student pharmacist yang beli, mesti la bagus kan.hehehehehe. kita hanya perlu tiru sahaja!!

dua hari lepas vitamin aku dah habis. so aku pergi lagi guardian tu. budak yang jaga tu dah cam muka aku. oh, kali kedua aku datang nak beli vitamin untuk wan pulak. sorang lagi yang tak cukup energy. kali ke3 lah ni aku pergi. budak tu ada lah cerita kalau yang makan2 kolagen ni, patut stop bila dah dapat kesan yang diingini. sebab kalau terus ambil, and then overdose, nanti efek lain pulak. sama jugak macam vitamin c. ni perkara yang sama housemate aku cakap, kalau aku rasa badan aku dah ok, aku tak payah ambil lagi vit c ni. tapi setakat ni aku masih perlukannya. badan aku pun macam weak je.

persoalan aku adelah, kalau semua nak cerah, sapa yang nak gelap?
aku tak minat mamat jambu. hiewhiw..

4 C.O.M.M.E.N.T.S:

hana hadi said... [Reply]

hana makan vitamin blackmores beli kat farmasi. vitamin yang org duk jual tu hana xpercaya sangat wlupun dah ramai org yang makan. hehe

ada ke makan vitamin kulit jadi putih? cm xlogik. vitamin tu bkn untuk kulit putih.

Idati Malek said... [Reply]

@hana hadi
hahaha adeee,,banyak sangat kottt!!!!

fasla said... [Reply]

setau gue bitamin c ni mmg ader fungsi utk putihkn klt klo diambil dlm dos yg tnggi..kire 1000mg sehari la kate org! ape2 brand pon ok tp gue sujeskn bitamin c dari brand GNC ato Shakley yg time relesed tu laa...baguih dok ada! try la! nak puteh kombine dgn pil L-Glutathion rembat dgn bit E skali..kesan klt jadi malatop mcm Neelofa! btoii..x tipu! he he he...jgn mara na

Split Queen Box Springs said... [Reply]

Good sharing, Blackmores Collagen 10,000mg which is enhanced with Grape Seed Extract and Vitamin E for complete skin rejuvenation in just six to 12 weeks. If your collagen breakdown in your skin is much faster and at a higher rate than what your body is manufacturing and the amount you are taking via collagen drinks/ supplements, you may need a longer time to see the benefits of collagen. For detail visit:
http://kidbuxblog.com/blackmores-introduces-collagen-10000mg-to-fight-the-effects-of-stress-and-maturing-hormones/