Do you like my blog?

Monday, May 6, 2013

kisah chapati istimewa

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, May 06, 2013
rumahnya umpama istana,
rumah kita umpama reban.

kita hadir tengok gambar dia,
janji dia datang,
tapi janji 'dichapati',
dia pergi china makan chinese food, chapati tak ada.
tinggal lah balaci makan janji chapati tak kunjung tiba.
hari tanda pangkah lambat lagi, dia buat tak kisah.
hari tanda pangkah menjelang, berdiri tepi highway pegang chapati pun dia suka.
orang bawak kereta, bawak lori, bawak kereta sorong semua dapat chapati dari dia.

tanah lapang penuh belukar, dihantui polong, pocong dan pontianak harum sundal malam.
datang orang baik bersihkan kawasan.
indah pemandangan, luas kawasannya.
semua tarik nafas lega.
orang baik tidak pagar tanah itu,
tapi ini milik siapa, kalau bukan milik Allah?
kita pun milik Allah.

orang kita datang tengok tanah, datang senyum.
ada juga lagi tanah buat anak cucu dirikan rumah.
senang balik beraya kata mereka yang tua-tua,
senang nak jenguk anak cucu lagi kata mereka.
mereka tahu ini tanah milik mereka dari Allah swt.

tapi apa kelompok dia buat?
mematikan harapan orang-orang tua.
dia dan 'kawan-kawan' dia ambil tanah.
banyak-banyak.
ada sedikit yang diberikan pada orang kita, itupun kritikal pemberiannya.

dengar cerita dia mahu ditanam di situ bila mati nanti.
booking tanah kubur kot.
walaupun dia orang kita juga.
sebab itu dia booking 10 lot. senang kalau 1 lot tak selesa boleh bongkar balik tanam dekat lot yang lain.

2 C.O.M.M.E.N.T.S:

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

Cuba teka..
ini gurindam ker pantun ker puisi ker sajak ker.. N3 sempena PRU13 kot. :-)

Hanif Idrus said... [Reply]

Dakam ayat2 tu..kikikiki