Do you like my blog?

Thursday, May 2, 2013

pakwe nye orang tua

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, May 02, 2013
2 malam lepas dah start demam *aku ni macam dah tak ada cerita lain*. terima kasih Najib Razak sebab mencadangkan pembinaan Klinik 1 Malaysia, sangat berguna untuk student macam aku yang selalu sengkek. tapi semalam pergi klinik tu tutup, mungkin sebab public holiday. jadi aku pergi klinik panel ukm, thanks UKM. walaubagaimanapun bersyukur ke hadrat Ilahi. itu lebih tepat.

msa keluar dari pudu, aku terserempak dengan perempuan bermuka familiar yang dah bertahun tak jumpa. 4 tahun mungkin.

dia berjalan dengan lelaki tua yang jelas tak hensem. omaigod, is that her bf? pakwe zulaikha macam orang tua siot..rasa nak update FB sekarang..

setelah 2,3,4 saat muka terkejut, kami bersalaman. aku tak sangka dia masih suka letak tangan kat mulut bila bercakap, lepas tu mata pandang lain. SAMA! tak ubah sejak aku kenal dia masa tahun 2003.

yang berubah adalah, fesyen dia yang macam mak datin dan aku yang semakin gemuk. selain itu, tiada perubahan.

dia sempat lagi mengepam lengan aku sambil bercakap "chubby, chubby..". ok, itu memang tak berubah.

dan aku bertanya, "itu pakwe kau ke?"

"mana?"

"tu ahh. yang ikut kau tadi.."

"woii...bukan ahh..itu ulat tiket nak jual tiket kat aku"...

wakaka.



..time pasts..memories never fade.