- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf tips jadi blogger dikenali, tapi aku tak mampu ikut | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Tuesday, June 11, 2013

tips jadi blogger dikenali, tapi aku tak mampu ikut

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, June 11, 2013
5 Tips Menjadi Blogger Dikenali oleh Ben Ashaari dah baca?

pernah dengar pasal tips? macam-macam tips lah. tips exam, tips cari suami kaya, tips pikat burung, tips lulus  test JPJ, tips kurus, tips kurus dan sebagainya. untuk pengetahuan masyarakat dunia yang membaca blog aku sekarang ni, tips ni mudah je  nak dapat kalau korang kenal Google.

yang susahnya nak mengikut tips tu. kan? 90% rakyat dunia bersetuju dengan hutan kabut.

jadi mari kita ulas sikit pasal tips blogger oleh blogger terkenal ni yang best gila hidup dia jadi blogger. upload tajuk pun orang baca jugak. hihihi. Hebat,hebat.

1 - Usaha Tangga Kejayaan - Anda perlu berusaha dengan gigih supaya blog anda boleh ditempatkan dalam ingatan. Anda harus ingat, pengunjung dan pembaca blog anda bukan semuanya blogger atau mempunyai blog, jadi pastikan usaha anda itu menyeluruh. Anda mesti berusaha untuk memikat pengunjung menjadi pembaca setia blog anda. Usaha ini termasuklah mencari ilmu, belajar cara menulis, perkayakan diri dengan informasi dan sebagainya.

[aku] hmm? berusaha ke aku?

2 - Berblog Di Mana Sahaja - Haa ... tips ni mungkin tak ramai yang tahu. Dan kalau tahu pun tak ramai yang ikut. Ramai blogger yang berjaya 'membawa' blog bersama mereka. Jika ada perkara menarik, sepantas kilat akan ada update terbaru. Biasalah, kadangkala idea datang tak ikut masa, maka perlu cepat-cepat dicurahkan agar idea tersebut tidak hilang bisanya.

[aku] wahaha. yang ini tak mampu. sebab bila pergi berjalan aku dah tak sedar diri lagi.

3 - Kreatif - Anda perlu kreatif mengolah cerita dan idea. Mungkin cerita itu cerita biasa seharian, tetapi dengan sedikit lampu kuning menyala di atas kepala, anda boleh mengolah sebuah cerita ABC menjadi sebuah cereka ABCDEFGHIJKL sampai Z. Kreatif memerlukan anda berpandangan kritis, berpandangan jauh, dan menangguk pengalaman lampau samada dari diri, atau sekeliling anda.

[aku] aku ni cepat kering idea. memang tak layak jadi penulis. hik3

4 - Sedia Terima Kritikan - Blogger manusia biasa, kadangkala ada masa betul, ada masa tak berapa nak betul. Bila betul, okaylah, tapi bila tidak betul ... bersedia untuk terima teguran dan kritikan. Anda perlu lapang dada, dan bijaksana hadapi benda-benda yang mungkin parah didengar atau meluat dibaca. Hati kena cekal, dan kesabaran perlu ada.

[aku] boleh terima. tapi..aku...cepat...melenting......

5 - Fotogenik - Ini adalah satu bonus. Kebanyakkan blogger yang dikenali ramai ada raut wajah kacak dan jelita. Ramai blogger wanita khususnya cepat dikenali kerana punyai wajah cantik menarik dan memikat. Bukan setakat sejuk mata memandang di mata lelaki, tetapi juga di mata wanita lain. Blogger yang ada rupa akan senang dapat perhatian oleh blogger lain, dan kebanyakkannya akan dapat promosi percuma oleh blogger-blogger yang kagumi akan wajah fotogenik yang mereka ada itu.

[aku] ini paling melukakan perasaan aku. sangat terluka..


tengok, semua aku tak mampu ikut. padan sangat kenapa blog tak bergerak2 dan orang tak kenal kaw.kih3

2 C.O.M.M.E.N.T.S:

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

great tips

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

Kena ikut yang ni baru boleh berjaya yea. Terima kasih :-)