Do you like my blog?

Wednesday, July 31, 2013

anak kita dibesarkan untuk masuk hospital mental

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, July 31, 2013
adakah kita di Malaysia terlalu sibuk berlari mengejar gelaran.

tak tak. bukan berkata tentang Dato', Tan Sri, Datin Paduka etc.

kita terlalu mengejar kecemerlangan. terlalu. aku tanya lah, berapa ramai guru gelabah nak sekolah mereka dapat title Sekolah Kluster? Sekolah Elit? sekolah terbaik negara? atau negeri, maybe? ehh tidak lah aku menuding jari secara random ibarat particles di dalam udara yang sedang dihangatkan menggunakan bunsen burner.

mentaliti rakyat kalau budak pandai, wajiblah beliau mengambil subjek sains, kerana diyakini dapat menambah bilangan doktor. ketahuilah wahai rakyat, kepandaian itu bukan objektif. ia subjektif. ada orang pandai sains, ada orang pandai math, ada orang pandai BM, ada orang pandai melukis, ada orang pandai KH. tapi bagitau aku, berapa ramai nak puji anak kalau result pmr dia 1B 7C, dan B tu KH.

bila semua memaksa untuk pelajar ambil subjek kritikal, siapa yang nak ambil subjek lain? atas sebab kita memperdagangkan nasib dan perasaan pelajar-pelajar pandai untuk 'cuba' menjadi doktor, tahukah kita apa yang kita buat pada mereka?

"Kajian pakar mendapati seorang dari setiap lima orang pelajar di Malaysia pada ketika ini menghidap sakit mental. "- sumber

"27 peratus pelajar sekolah menengah di Malaysia sakit mental iaitu mengalami masalah tekanan, keresahan dan kemurungan yang tinggi, disebabkan pelbagai faktor termasuk peperiksaan dan masalah keluarga. " - sumber

gembira kah anda dengan ini? dengan pelajar-pelajar pandai kita terkurung di hosp tg rambutan, atau hosp permai dan lain-lain dengan diagnosis pelbagai akibat tekanan pembelajaran. sedangkan bila kita buka rekod mereka adalah pelajar straight A's,4.0 flat, anugerah pelajar bestari ,tokoh pelajar dan sebagainya.

itu tidak kira yang berhenti berharap di tengah jalan. yang memilih jalan sebaliknya.

fikirkan masa depan anak-anak anda.

4 C.O.M.M.E.N.T.S:

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

Assalamualaikum
Salam ramadhan ke 23
singgah sini pagi ni :)

idati said... [Reply]

@Nurzakiah Hanum
thanks anum!

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

Inyallah nanti ada rezeki yang sesuai. Tak semestinya orang pandai dapat kerja bagus.begitu juga sebaliknya. Masing-masing kena usaha untuk jadi bagus dan baik.

Hanif Idrus said... [Reply]

Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Rakan-Rakan Blogger ..
Blogwalking Malam Raya...hehehehe.

Dari Hanif Idrus Blog and Family.
Thanks be my friend