Do you like my blog?

Sunday, July 7, 2013

Fast Food vs Nasik Lauk

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, July 07, 2013
tengok iklan kat TV, fast food sana sini. pada pendapat aku, fast food sekarang sangat berleluasa. aku pun tak tahu kenapa, sebab makanan kat mamak pun lagi mahal. ayam goreng berempah seketul rm5.00 kat mamak, nasik rm2.00, teh ais rm 3.00. kalau tambah sayur, lagi rm 3.00. kalau kuah lebih lagi rm 1.50.  rm14.50 kat mamak. sedangkan dengan harga tu kau boleh dapat X'Meal kat KFC yang ada 1 air, 1 burger, 1 ayam dan 1 fries. untuk orang muda, well aku muda hoi, pilihan kedua lebih menggoda.

zaman dulu, nak makan fast food tu kena tunggu abah aku dapat gaji atau ada apa-apa nak diraikan famili aku. pergi KFC dah cukup mewah bagi kami. nak makan KFC tu excited. kadang-kadang balik sekolah petang-petang lepas main lumpur dengan kawan-kawan (masa sekolah rendah), tiba-tiba abah aku kata 'malam ni nak pergi makan KFC'. bahagia sangat aku rasa. sebab aku orang kampung, bukan mudah nak pergi makan fast food pada zaman 90 an. cheese pun aku tak kenal apa benda entah.

balik pada dunia realiti di mana aku diami sekarang. tengah keluar dengan kawan-kawan ni kat timesquare (ceh taknak kalah), tiba makan tengahari, di sini terdapat 2 situasi yang mungkin akan terjadi :

aku     : lapar la. jom makan weh. KFC?
kawan : ok. (tanpa ada nada excited lagi seperti zaman dahulu).

atau.

aku      : jom makan tengahari. KFC nak?
kawan : ala bosan la KFC. aku nak try Seoul Garden. (taknak kalah)

cedap nyew. *uhuk*


lapa tak?

kalau dikira betul-betul macam mana duit aku habis, memang habis kat makanan. selagi boleh, aku memang tak nak makan fast food, tapi kalau kedai jual nasik lauk biasa pun harga dah mencekik, nak buat macam mana? dekat kolej, tak boleh masak. tapi kalau boleh masak, bila aku nak memasak? tak ada masa, lepas praktikal, haruslah terbongkang dan malam study lagi. cakap aku, bila nak masak? ini kalau jadi ibu berkerjaya entah macam mana. ibu berkerjaya, anak jadi roti kaya, laki kawen dua. eh? tak tak. jangan.
huu.

punca kegemukan. lagi satu.

cis.

aku nak buat tajuk tesis seterusnya; faktor penyebab kegemukan di ukm kl.


0 C.O.M.M.E.N.T.S: