- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Orang Buta Jual Tisu, Aku Nak Jual Jugak | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Saturday, July 27, 2013

Orang Buta Jual Tisu, Aku Nak Jual Jugak

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, July 27, 2013
kalau korang berada di area kg baru KL untuk tujuan makan-makan, korang pasti takkan terlepas scenery ni; orang buta bertemankan seorang penjaga datang jual tisu masa korang tengah makan. aku nak share sikit pengalaman aku.

aku boleh katakan setiap kali pergi makan*sebab aku tak memasak*, mesti ada orang jual tisu. aku pun dah tak berapa ingat berapa banyak tisu aku dah beli. sampai wan suggest aku longgokkan tisu yang aku dah beli tu atas meja makan supaya diorang takde nafsu lagi nak jual tisu kat aku bila ternampak longgokan tisu ni.hahaha.

sebagai student occupational therapy (terapi cara kerja) UKM, aku memang belajar pasal pre-cane skills, iaitu teknik penggunaan tongkat putih untuk orang buta. dan ada jugak teknik2 yang digunakan ketika menjadi sighted-guide (orang di samping orang buta bertujuan membantu). in fact, kami sendiri memang lagi pandai berlakon buta. (HAHAHA). aku juga ada simpanan tongkat ini.

jadi bila kami 1 geng lepak2 makan, minum2 (ceh anak dara apa ni?), bila orang buta datang, kami senyum-senyum. bukan nak teasing beliau, tapi sebab kami mempertikaikan kesahihan kebutaan mereka dan cara sighted-guide membawa mereka.

ni adalah beberapa kesalahan orang2 buta dan sighted-guide sekitar kg baru:

1) ketika menjadi sighted-guide, orang buta sepatutnya berada di belakang sighted-guide, bukan di depan (1 tgn memegang tongkat, 1tgn memegang pergelangan siku sighted-guide)
2) ketika dipimpin sighted-guide, orang buta tidak perlu meraba-raba tongkat ke lantai. mereka hanya perlu pegang tongkat tidak mencecah lantai. cara pegang adalah seperti memegang pensel.
3) tidak terdapat cat merah pada tongkat yang menjadi indicator kepada kekurangan (e.g buta, pekak, bisu).


macam dalam gambar atas ni, pada white-cane tu korang boleh nampak ada tanda cat merah pada1 bahagian. itu kalau 1 tanda, maksudnya buta sahaja. kalau ada 2 tanda, maksudnya ada 2 kekurangan contoh buta+pekak atau buta+bisu..kalau ada 3 tanda,3 lah kekurangan. macam tu lah. tapi ada jugak org buta yang tak tahu kenapa perlu ada cat tersebut.

tapi kadang-kdang aku rasa kesian pada orang2 buta ni. kadang2 sighted guide dia garang gila main tolak je org buta tu masa guide mereka. lepas tu kalau kita dah geleng taknak bagi derma, sighted-guide tarik orang buta tu dgn kasar sampai terlanggar meja2 yg ada. yang lagi tak boleh blah bila org buta mintak derma tapi pakai tudung Fareeda,pakai levis, pakai leather shoes. hadoi. epic failed ok. aku dapat rasa duit dorang dapat seminggu lagi banyak dari duit ptptn aku satu sem. so,siapa yang kesian sekarang?

my juniors on training during raining.

yes, that's me.during 3rd year





9 C.O.M.M.E.N.T.S:

hana hadi said... [Reply]

wah bestnya belajat pasal tera[pi cara kerja.. hana pun belajar tapi sekadar belajar yang asas ja untuk kanak-kanak pendidikan khas :)

tq info ni

Invisible Me said... [Reply]

Kiranya awak boleh kesanlah yg mana menipu yg mana jujur kan.
Boleh sharing sharing lagi ni, info berguna.
Sy dah tekan awak punya nuffnang, awak bila lagi. Hehehe :)

Teena Tna said... [Reply]

Baru tahu ada sighted-guide bg org buta.

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

Nanti boleh tengok orang buta betul tak ni. :-)

Idati Malek said... [Reply]

@hana hadi
ouh yeke?
hana cikgu pendidikan khas ke?

Idati Malek said... [Reply]

@Invisible Me
hahaha..tak la kesan sngt...tp agak2 sket je bleh kot~

Idati Malek said... [Reply]

@Teena Tna
mmg ada..kalau kita xde pengalaman jadi sighted guide pun, tapi ttiba kita bantu org buta lintas jalan..
so, itu kira kita lah sighted-guide dorang..ok?

Idati Malek said... [Reply]

@Pokok Manggis Depan Rumah
tu kena cungkil mata dye baru taw buta tak..wahaha

lakov said... [Reply]

kasim selamat ohh kasim selamat kenapa engkau butakan mata kamu dgn chopstick kasiimm!!