Do you like my blog?

Monday, July 8, 2013

tamat degree

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, July 08, 2013
simple je tajuk, tamat degree. tapi dalam nak tamatkan degree dah macam ayam kena sembelih tunggu mati je tau. tapi aku legaaa sangat. fuhh. lupakan segala clinical placement, presentation, Viva dan segala jenis exam serta pengumpulan merit. hahahahaha!! aku bebas!!! yehh.

sebenarnya sekarang dalam tempoh nak memilih untuk kerja bahagian yang sama, kerja bahagian yang lain atau sambung master. larat ke tak nak sambung master, tapi aku rasa okey je. asalkan bukan dalam bahagian yang sama. aku nak cuba perkara lain. sebab rasanya macam aku nak hapuskan istilah 'road not taken'. banyak benda aku nak explore. kita bukan sentiasa muda. sampai masa kita harus pilih satu comfort zone untuk stay. pendapat aku, bukan quote dari sesiapa lah.

aku berlaku rasa konfius bila aku tulis resume aku. degree dalam occupational therapy, tapi aktiviti dan personal interest aku tak membabitkan occupational therapy. siapa sudi ambil aku kerja. aku versetail. yeke?

dalam beberapa hari ni aku sibuk mengemas bilik. barang aku dari ukm dah macam 1 lori. haha. sekali aku kemas-kemas surat pelbagai tu, aku jumpa balik tawaran-tawaran lepas SPM dulu. hmm. apa akan jadi kalau aku ambil tawaran lain selain OT? aku ada pilihan asasi undang2, nursing di USM, medical di padjajaran (which is not suitable at all aku pun taknak)...hmmmm...hmmmm....actually none of them in my interest. keh keh keh..tapi sebenarnya aku minat Law tu. sikit la.

apa agaknya jadi pada aku kalau aku tak memilih OT?

tapi bersyukur lah sebab ada hikmah di sebalik kejadian. aku dapat kawan-kawan yang memberikan pengajaran (yang tunjuk aku manusia bukan ada 1 jenis je, tapi macam-macam), dapat dekat dengan wan, dapat merasa hidup di tengah kota, dan faham penipuan yang sentiasa berlaku. walaupun arwah opah aku selalu pesan jangan nak bergaduh dengan orang lain, jangan suka melawan, tapi aku ni memang keturunan degil tak tau la aku ambik kat belah mana. aku jenis senang lupa, senang maafkan. tapi aku senang annoyed dengan orang. tapi perkara yang paling penting adalah, kalau aku dah betul-betul tak suka, tak ada apa yang boleh buat aku undur balik perasaan tu.

terima kasih, sepanjang di ukm aku kenal apa itu erti persahabatan, setia, kemiskinan, kekayaan sementara dan pengkhianatan.

sekian, aku yang sudah di kampung halaman.




3 C.O.M.M.E.N.T.S:

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

Tahniah.
Selamat bercuti.
Rasa pening-pening nak sambung master atau nak kerja. Boleh buat solat istikarah. Insyallah Allah akan tunjuk pilihan yang terbaik :-)

Hanif Idrus said... [Reply]

Tahniah...
Salam Ramadhan dari saya

Hanif Idrus said... [Reply]

Tahniah yek...
Kalau rajin better sambung master