- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Tips buat rider motor perempuan | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Sunday, July 7, 2013

Tips buat rider motor perempuan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, July 07, 2013
aku tengah melangut di rumah pada ahad ini. kalau tak,aku mesti tengah merempit dekat sekitar KL. ceh merempit sangat. sebab aku bukan macam perempuan-perempuan belajar kat U ni, hujung minggu pergi shopping.

so not me.

satu sem aku pergi beli barang mungkin dalam 2 kali. mungkin 3.
selebihnya beli makan.
jadi bila masa lapang, dan aku tak mahu terkurung di 'kondominium' tingkat 11 tu, aku jalan guna motor. save. tak ada tol, kalo parking pun tak mahal. kadang-kadang tak payah bayar pun.

tips untuk rider perempuan :

1) jangan ride sorang-sorang lebih dari pukul 9 malam. (depends pada keselamatan area korang).

2) sentiasa bawak satu senjata dalam beg, atau dalam poket seluar, atau dalam box motor (e.g spanar, playar, payung, spray ridsect, dan sbg nya)

3) kalau boleh berteman sentiasa

4) pakai jaket. jgn nampak sangat korang tu perempuan dengan tudung terbang2 aww ayu sangat bagai. terlalu menggoda. kot. kot la kan.

5) pakai helmet dengan wiser yg kalau boleh tutup muka penuh. tak payah nak show off sangat mekap tu.

6) paling penting, jangan cilok-cilok kalau tak pandai. nanti mati terkepit macam lipas terkepit pintu jamban. (hodoh bunyinya)

7) jangan terdedah sangat letak handbag dalam raga motor, nanti kena ragut haa.

8) kalau ada mat rempit mengada ajak korang race masa korang tengah gembira bersiar sorang-sorang atas motor, sila buat muka paling hodoh korang ada. gerun mat rempit tersebut. betul.aku pernah buat.

9) kalau ada orang nak tolong korang keluarkan motor dari parking sebab tak larat, sila jangan berterima kasih atau bersembang dengan suara ayu. tendency untuk diminta nombor telefon sangat tinggi. ada kisah yang kalau tak bagi nombor, dia follow korang sampai dapat. nak?

10) sentiasa bawak lock lebih untuk motor anda.

11) tongkat 2 motor anda masa parking, untuk elakkan orang langgar side mirror korang lalu patah.

12) tips tambahan, sila berlagak macho masa naik motor walaupun anda perempuan. komfem takde sapa kacau.
ride idaman. hehe.

sekian saja tips bawak motor yang boleh dipraktikkan buat rider-rider perempuan untuk menjaga keselamatan anda.

0 C.O.M.M.E.N.T.S: