Do you like my blog?

Wednesday, August 28, 2013

Cerpen : Penakut (Part 1)

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, August 28, 2013
kalau cakap pasal loser seorang pencinta, siapa boleh expect perempuan pun ada yang jadi loser ni? eh, memang ada,cuma tak ramai.tak se'frust lelaki yang loser dalam cinta tak berbalas.

aku punya tahap loser ni macam aku baru nak pandang seorang lelaki tu, pandangan mata dia pada aku je dah buat aku rasa kena dump 5 kali. itu belum aku mengorak langkah lagi. kalau aku kata 'hai, tumpang tanya jam pukul berapa?', akibatnya lelaki itu akan mengengsot seperti suster ngesot filem Indonesia itu. berapa horror filem itu aku pun tak pasti, tapi namanya pun dah cukup horror bagi aku. satu sebab kukuh untuk aku tidak tonton filem itu.

satu sebab yang buat aku hilang segala-galanya satu ketika dulu. penakut.

1997. darjah 1.
macam budak sekolah rendah biasa di tahun 90-an. pakai pinafore biru gelap, kasut seputih mungkin, stokin tinggi sebelah siap ada tercalit minyak rantai basikal. itu diri aku. rambut diikat dua, balik sekolah getah pula putus dua. setiap hari nyanyi lagu Negaraku yang terhafal secara tak sengaja. mungkin sebab aku bijak lebih, jadi aku senang hafal. angkat diri sendiri memang tagline aku agaknya masa tu.

kebiasaan kanak-kanak suka cerita seram antara kawan-kawan. sekolah aku ini dahulunya tapak tentera Jepun masa zaman penjajahannya. tak tahu lah betul atau tidak. tapi menurut mereka yang konon berani walaupun masing-masing umur 7 tahun lebih kurang, kelibat tentera jepun tanpa kepala yang berkawad sering muncul di sekitar tanah lapang sekolah aku. yang buat lebih seram, aku adalah kanak-kanak yang paling kerap berlari bersuka-ria di situ. dari situ aku develop perasaan takut. bagaimana kalau ketika kau berlari tiba-tiba ada yang berlari sama. dan itu bukan orang melayu. orang Jepun pula, lagi epik, dia bukan lagi orang.

satu hari, ketika aku sedang bodoh-bodoh menghabiskan saki-baki masa rehat yang ditemani hujan lebat dengan melompat-lompat di atas kerusi kantin sekolah dengan kawan-kawan, kami digemparkan ada mayat ditemui berdekatan sekolah.masa itu petang.pukul 5,aku bersekolah agama. malu sebenarnya nak mengaku yang aku pergi sekolah agama  tapi perangai macam tak ada agama. tapi tak seteruk tu.

aku paling suka menyibuk walaupun aku seorang penakut. itu tak dinafikan.

bersambung..

2 C.O.M.M.E.N.T.S:

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

Cerita hantu jepun ni. Jaga-jaga..

akmaL said... [Reply]

tak sabar nak tahu ape jadi seterusnya :P