Do you like my blog?

Saturday, August 31, 2013

handphone kalkulator

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, August 31, 2013
bersempena hari lahir mak aku yang ke 58 januari yang lepas, aku dengan kakak-kakak aku pun telah sepakat menghadiahkan sebijik smartphone. ini selepas ada baur-baur hint dari mak aku yang asyik bercakap pasal hp dalam beberapa minggu ini.

*kalau nak beli hp untuk parents tambah2 smartphone, belilah yang simple penggunaannya macam samsung dan ninetology*

ini sudah masuk berbulan2 sejak kami hadiahkan phone tu.tapi mak aku jarang pakai,dia lagi prefer hp lama dia. lagi pulak takde orang kat rumah. kakak aku siap report mak aku nak campak hp tu kat semak belakang rumah sebab stres guna.

hahahaha.

tapi sejak seminggu dua ni, mak aku dah mula guna balik sebab aku ada kat rumah nak ajar. abah aku pun pakai smartphone tapi dia faham phone dia sorang je. aku teringat dulu pernah terambil hp aku pastu gi masjid. lepas tu gelabah bila hp berbunyi, tak tau nak jawab. ahaha. aku yang dah sedar dia terambik salah hp, dengar bunyi kereta berdesum sambil buat drift. lepas tu bunyi pintu ...'dati!! dati!! hp salah.mana hp abah?'.

padahal dia yang pi amik hp aku. hahaha.

oh. berbalik pada mak aku pagi tadi. masa aku tengah khusyuk baca (cewah skemanya hobi aku), mak aku datang ke bilik sambil bawak smartphone dia.

'ti..ni hp tak mau hidup. entah abah buat apa tah,' sambil aku dengar abah aku cakap dari luar 'ehhh bukan abah buat'. cuak la tu. aku pun cabut bateri ngan simcard .hidupkan semula. boleh. mak aku tanya lagi.

'Ini kalau nak call orang yang dalam hp ada save, tekan ni kan?'

'Ha-ah'

'kalau nak dial nombor lain, tekan KALKULATOR kan?'

'!!!!!'.
ini boleh call orang. ahaii

wah kah kah kah.

pengajaran : tak baik gelakkan orang cc:diri sendiri.

2 C.O.M.M.E.N.T.S:

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

Alhamdulillah. Hebat-hebat. Nanti makin pandai :-)

Hanif Idrus said... [Reply]

hehehehhehe.....happy family...