Do you like my blog?

Thursday, October 24, 2013

Event MOTOGP Sepang 2013

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, October 24, 2013
Jorge Lorenzo, Marc Marquez, Valentino Rossi, Dani Pedrosa, Zulfahmi Khairuddin
ini adalah event yang aku tunggu-tunggu sepanjang tahun ni. in fact, aku lagi menunggukannya lebih dari hari konvokesyen aku sendiri. eh? takpelah aku kasi sama rata lah, aku tunggu dua-dua. oktober ini memang busy, ada banyak benda aku kena buat. birthday pulak tolak tepi dulu la, setiap tahun aku akan sambut birthday pun, tapi depends macam mana surprise yang terjadi ; most of it, tak ada surprise. hahaha. tak tahu kenapa tapi baik ada decent cake and decent wishes saja, aku tak layak benda extravagant ni. lagi pulak aku dah anggap dapat jumpa zulfahmi khairuddin secara personal (lah jugak) adalah hadiah birthday aku.

well, kalau korang kenal aku thru facebook, korang akan mendapati wall korang dipenuhi shared pages oleh aku tentang motogp. terutama zulfahmi khairuddin. ahaha. aku sangat suka beliau. suka in terms of, supporter motoGP dan bila Malaysia sudah ada rider sendiri, kita haruslah memberikan semangat jitu bukan kutukan jitu walau apa terjadi.

apa yang membuatkan aku menggelupur seronok nak pergi motoGP adalah bila diumumkan ada 6 rider Malaysia akan beraksi di MotoGP Sepang 2013. fuh. menyepak-nyepak rasanya perasaan masa tu bila membayangkan sambil menelan air liur keseronokan macamlah motogp ni benda boleh makan hahahaha.
zaqhwan zaidi, hafizh syahrin, azlan shah, zulfahmi khairuddin, hafiq azmi, aizat malik

motoGP sepang 2013 berlangsung pada 11-13 Oktober 2013.

pada minggu aku nak pergi ke motoGP tu mak aku ada bising pasal aku beriya nak pergi ke sepang nak jumpa Fahmi, tapi condition Fahmi masih belum dipastikan. aku tak kisah Fahmi nak race atau tak, sebab aku akan tetap support dia. dia mesti ada jugak kat sana.

plus aku dah menang contest 'Gives Fahmi Wings'. contest ni kita kena bagi inspiration messages kat Fahmi untuk season ni dan tak sangka Redbull bagi aku menang. hadiah birthday la senang kira. so, aku dapat 2 tiket Main Grand Stand + garage tour at Redbull KTM Sepang. dan quotes aku yang menang tu akan di'display kat atas boots yang Fahmi guna, bersama 10 quotes yang lain. Grand prizes contest ni dapat 2 tiket ke MotoGP Japan 2013 + meet & greet riders. yang selebihnya macam aku. tapi dorang takdelah bagi sekaligus ramai-ramai pergi, ikut slot lah so lebih banyak privacy. ahai.
mesej aku ? hahaha... yang some are born great tu....

thank you Redbull KTM for this opportunity.

jadi, aku pilih slot petang jumaat, bersama 2 pairs lagi. so total up 3 pairs.

yang lebih membanggakan dan mengembangkan aku adalah aku satu2nya pemenang perempuan dalam contest ini. pergh. meremang bulu roma dengar pujian. kah kah kah. *apekehe*

tiba-tiba berlaku satu benda epik iaitu pada petang Rabu badan aku menggigil-gigil kesejukan. aku tetiba bangang pergi syak diri sendiri kena kencing  tikus sebab terlalu banyak tikus area sini. nasib baik tak termati. namun semangat nak jumpa fahmi terlalu tinggi, takdelah termati. hihi. tapi simptom memang sama, cuma aku tunggu kalau2 ada demam berlarutan nasib tak ada. kalau tak aku kirimkan nota digital buat Fahmi, ingat daku dalam doamu. eceh apekehe.

petang khamis, 10/10/13 aku pun bertolak ke KL naik bas. semangat kemain kan bagus kalau semangat belajar macam ni. aku kena bertolak awal sebab kalau sampai pagi Jumaat takut member yang aku nak tumpang rumah tu dah nak pergi kerja, kan aku dah menyusahkan beliau. aku taknak bawak kereta sebab nak save. thanks to Ain Keping kerana menumpangkan aku di rumah beliau yang di tingkat 6 tanpa lif. fuh. aku syak aku kurus sikit tau. pergi-pergi macam nak demam, kepala aku macam tingtong, aku dah standby ubat-ubat semua. sampai sana aku tidur kejap, bangun dah sihat. magik. semangat aku kuat macam Zulfahmi Khairuddin. haha.

Jumaat, 11 Oktober 2013.
hari ini ada sesi free practice semua kategori motor. kemain aku bangkit dengan bersemangat waja walaupun tido sekejap je pasal dah jenuh tido hari sebelumnya. lepas breakfast roti canai motoGP (sebab tahun lepas before pergi motoGP pun kami makan roti canai ni), aku bertolak ke Damansara dan baru gerak sekali dengan Jeri dan Eri ke Sepang. siapa Jeri dan Eri? macam kembar je nama, keh keh keh.
naik moto adalah penjimatan terbaik mengelakkan jam

sampai-sampai je menggelupur pergi booths yang ada. booth ni semua adalah tarikan masa motoGP. ramai yang bagi pamplet, kipas, air, macam-macam lah. aku pun verangan jugak lah nak naik superbike, tapi apakan daya hati kering tak guna sampai poket-poket aku pun terkering sekali. superbike konon, basikal pun aku tak mampu beli. haha. tapi masa ni jugak lah kau nak tengok lelaki tak sedar diri ramai kat sini.kemain menggatal peluk-peluk awek-awek litar kat booth tu. ahh, aku kesian. masing-masing aku tengok dah tua dan muka tak market berminyak-minyak, kurang kasih sayang. hanyalah boleh berangan melalui gambar sahaja memeluk gadis-gadis putih gebu tinggi langsing. kalau yang muda-muda, aku ada maaf lagi. eii. tapi menggeletik betul hati aku tengok. macam nak tolong tampar pun ada. haha.
jangan tanya la kenapa aku busy berangan


oh aku lupa dengan semangatnya aku pakai baju Fahmi 63 hari ni. sepasang dengan wan. ini lah couple shirt kami. Kami decide pakai baju ni Jumaat dan Ahad. mestilah kena basuh hoi,thanks to rumah Ain kerana mempunyai mesin basuh yiehaa aku tak payah susah payah membasuh.

aku berimpian nak beli superbike sendiri so as wan.

tengahari tu ada garage mana entah terbakar. berasap2. yang nampak staf nya aje tengah larikan moto keluar. takut motor terbakar sekali.
garage terbakar.

petang Jumaat tu ada Public Pit Lane walk untuk 1500 terawal pemegang tiket Main Grand Stand je. tapi thanks kepada kemenangan aku, aku dan wan tak payah susah2 nak beratur, sebab kami ada pass exclusive!!!! yeyy!!
orang dah start Q nak masuk public pit lane walk pada pukul 3pm. padahal public pitlane tak silap aku pukul 4.30pm or 5pm tak silap aku ha.

Pukul 3.30 pm macam tu kami dah kena gather kat booth Redbull. sementara tu aku dan wan pergi berhibur (lah sangat) kat Redbull booth yang ber'air-cond sambil minum air redbull sejuk. fuhh. air tin redbull pertama aku, demi Zulfahmi Khairuddin. wah.
Get your wings on!

dengan motor fahmi, tapi bukan motor race tu.

my first can of Redbull less sugar. masam2 sikit rasanya tapi memberikan tenaga. dah lah tengah-tengah panas kat Sepang, tiba2 masuk tent redbull siap ada aircond, minum pulak air redbull sejuk. perghh.. nak tertido rasanya gua.

tempat DJ.

our couple shirt! aww sweet tak? hihi

Bila semua dah gather kami pun start lah berjalan. redbull siap bagi aku pinjam payung dan marker pen lagi dan wan yang bijak telah menghilangkan marker. hahaha.

agak jauh dari booth Redbull ke garage. tapi excited punya pasal tak terasa pun. haha. aku suruh wan bawak beg aku yang taktau berat dengan apa; berat dengan dosa kot. haha. walaupun dia kata 'ee kita benci lah kena bawak beg bodoh ni!' tapi tetap bawak.

yey...we are GUEST! tapi sayang kad ni kena bagi balik. cantik sangatt! 

bila kami dah sampai ke garage Redbull KTM, kami disambut oleh staf dia tak silap aku dialah Joan Olive. aku selalu jugak nampak nama dia dekat tweet fahmi. hehe. *kalau salah maafkan aku*
dalam garage Redbull KTM Sepang 2013

depan garage redbull KTM

so Joan terangkan kat kami tentang garage ni, tentang tayar. kami pun menelusuri *kemain* garage itu dan aku terserempak dengan Arthur Sissis yang tengah duduk dan aku boleh senyum macam takde hal. wan pun sama, dia lagi tak kenal muka rider selain Fahmi. sebab dalam kepala aku ingat sissis yang smart dengan leather suit dan kemas, sekarang rambut dah panjang. haha. mesti sissis cakap dalam hati 'siot lah budak ni tak kenal aku'. haha sebab lepas tu aku excited nampak Luis Salom. dua rider ni adalah teammates zulfahmi.
tapi lepas tu aku pergi kat Sissis dan cakap 'Hi, you are Sissis right? Can we take pix?'. tu lah modal aku takde lain. aku tengok orang lain pun sama je macam ternganga2 je. haha. sambil itu wan pun tak kurang menggelupur nak tangkap gambar dengan Sissis dan Salom. kami ada sempat ambil sign dorang atas tiket motoGP kami. tapi respect Salom walaupun dia tengah busy discuss dengan staf pasal motor, dia sanggup berdiri balik nak tangkap gambar dengan Wan. walaupun masa tu kami cakap, takpe tak payah diri pun takpe, tapi dia insist untuk berdiri. bagus dia ni. layan fans dengan baik :D good one Salom and Sissis!
wan dan aku bersama dengan Arthur Sissis #61

wan dengan Luis Salom #39

aku dengan Luis Salom. Salom ni sekarang dalam kategori moto3, dia tengah leading tau. memang hebat. sama macam Fahmi :)



keluar dari garage kami jumpa ayah zulfahmi. adalah sembang2 kejap dengan ayah dia pasal Fahmi. satu family risau pasal dia. aku ni sempat tegur adik dia. mesti adik dia ingat aku peminat gila sampai 1 famili aku kenal. wahaha.kemain aku ni.

kami meneliti motor-motor yang tengah disiapkan. body semua bukak balik, kira macam dorang kena siapkan satu motor dalam 1 hari tu la untuk event. pasal petang tu pun ada jugak free practice. fuh, memang pro dorang ni. kami keluar ke depan garage, tengok ramai orang berjalan untuk sesi pit lane walk. macam pelik je tengok kami ni. mula nya kami dah nak blah so kami berjalan-jalan ikut depan garage lain, best la. boleh la kami mengintai-intai. hihi. depan repsol honda, fans duk panggil marquez keluar. dan setelah beberapa lama mengeluarkan anak tekak memanggil marquez, akhirnya impian mereka been granted.

fuh. macam gila aku tengok fans marquez. ramai mintak sign helmet memahal, poster la. silap peluk dia, yang tak tahan dah macam kunci mati marquez masa tangkap gambar. hahaha. tapi kami yang ada situ taknak kacau, bagi dia masa nak layan orang dari public pit lane walk. lepas tu baru kami sibuk nak tangkap gambar dengan marquez. tapi reramai sekaligus la sebab taknak kacau dia lama. masa ni aku macam nak marah wan jugak sebab hilangkan marker. kan bagus kalau ada marker.haha.
gambar ni aku dah hantar ke FB Fanpage Marquez. dah di poskan pun :)

kami berjalan patah balik ke garage redbull. hah. aku ada kecewa la sebab tak dapat jumpa Fahmi. dia pergi jumpa doktor masa tu. tapi masa kami balik ke garage, dorang cakap Fahmi ada je tapi taktau pegi mana. aku dah excited nak mam dah. punyalah kami merayu kat Jas, tour guide redbull tu supaya tunggu Fahmi kejap. so Jas pun ikutlah. nasib baik. masa tu aku sempat marah wan kenapa hilangkan marker. *tak habis lagi kisahnya*.

masa menunggu2 tu tiba-tiba aku nampak Fahmi datang bagaikan berjalan di sebalik silhoutte cahaya matahari petang. kemain ayat aku. aku macam kaget. tak tau nak buat apa. takkan aku nak menjerit ala-ala histeria macam fans marquez sedangkan aku hanya ada beberapa orang je kat situ. tak ke kau rasa kelakar kalau aku tetiba macam orang gila jerit 'Fahmi I love you!!!!!i love you!!', epik sangat, hahaha. so aku act se'cool mungkin supaya Fahmi tak rasa aku satu ancaman. *kening straight tanda serius*
wan dan aku bersama dengan Zulfahmi Khairuddin. simply said, he's our idol!
tangga. hehe. with Zulfahmi Khairuddin
kami pun greet Fahmi dan tangkap gambar dengan dia. punyalah privacy meeting ini sampai aku sempat mengarut2 depan Fahmi dan wan pun sama. mula2 aku nampak tangan dia berplaster aku terus teringat patient2 aku, maka datanglah dialog yang tercetak di dalam kepala selama ni bila berjumpa patient. ahh jem idati ni! nasib baik Fahmi baik nak jawab soalan aku wuwuwuwuwuwuwuwuwu aku malu kali sejuta tapi Fahmi tetap cool. kami minta Fahmi sign atas tiket guna pen, dakwat pen tak lut. aku nampak fahmi macam terkaku tengok dakwat pen tu, tapi kami macam, takpelahh. entah lah apa aku mengarut depan fahmi, gelabah biawak jadinya. nasib baik tak pitam. dah la pakai baju Fahmi hahahahaha. obses.

kami sempat wish Good Luck kat Fahmi...lepas babai2 fahmi, kami pun berjalan balik dengan ceria macam kanak-kanak ribena. aku tahu wan excited tapi taknak berterima kasih dengan aku, tahun depan kalau menang takmau bawak dia lagi. hahaha. konon.

masa nak keluar aku nampak Marquez naik skuter kat belakang garage. aku cakap kat wan terus wan kelam-kabut suruh nak tangkap gambar ng marquez. oh aku lupa nak cakap dia fans marquez. aku pulak masih setia dengan Rossi dan stoner tapi stoner takde tahun ni. tapi aku lagi setia dengan fahmi.
aku ni memang suka menghalang jalan orang macam gangster kan, hari tu dah halang jalan k-pop pika si Dony kt KLIA sambil menganga, ini halang Marquez pulak sebab nak tangkapkan gambar wan. dah la atas motor pulak tu. kena langgar baru tau. tapi tak dapat jugak, sebab marquez takut dengan wan. kah kah kah.
yang cekci tu Jas namanya. hehe

lepas keluar dari situ, ade bro tegur kami. tanya macam mana kami orang Melayu boleh masuk dalam garage semua sedangkan orang lain kena public pit lane walk. selalu mat2 saleh je dalam garage ni. dia syak kami ni kawan atau sedara Fahmi sebab tu boleh masuk. aku dengan bangganya cakap 'Kami menang contest!' dengan gaya 'Makcik menang motor' dalam iklan courts dulu2. haha.

Sabtu, 12/10/2013.

hari ini pulak kami ke Sepang dan sampai parking kena caj RM10 satu motor. pergh gila mahal. aku tengok ade beribu moto kat situ kau kira je lah sendiri untung macam mana motoGP kali ni. tahun lepas tak kena bayar pun tau.
masa ni ramai yang dah balik dah ni.

kami macam biasa habiskan masa jugak dekat booth2 yang ada sambil berangan nak ada superbike memasing; aku pun taknak ketinggalan. tahun ni takde pameran vespa lagi lah ;'(

kami sempat tengok qualification moto3, dan sorak untuk fahmi. motor dia laju, tapi aku rasa tak selaju kalau dia tak sakit. kesian dia. masa tu harap dia tak apa-apa.

petang tu disebabkan kami semalamnya tak dapat tandatangan yang proper dari fahmi, kami berempat pegi ke booth air asia utk sesi meet and greet the dream teams. team Redbull KTM lah. ada tiga2 riders!kemain aku beratur awal nak jumpa fahmi. ada bro siap bawak moto makeup ala motor fahmi air asia tahun lepas suruh fahmi sign kan. hebat ooo! aku beratur di dalam lelaki2 yang ramai. lepas tu baru marah tak nampak pemandangan sebab semorang tinggi sangat. hahaha. sempat aku sembang ngan pakcik dari Australia ni, dia nak jumpa Sissis sangat. ye lah Sissis kan dari Aus. tapi aku tengok excited dia jumpa semua.

 
sissis yang baik hati! tengok dia senyum. hihihihi

tengok ada bro makeup motor dia jadi macam motor fahmi tahun lepas. ggih oo bawak sini nak mintak fahmi sign kan.

aku dah bawak poster Fahmi untuk sign. aku excited pagi tu beli majalah motoGP ade poster Fahmi, jadi aku nak dia sign poster. awek jaga booth cakap 1 item saja boleh sign tapi aku nak dua, aku nak kat poster dan aku nak poskad fahmi tu jugak. aku haruslah tamak. hahaha. awek jaga booth bagi balik poster aku tanpa sign dgn poskad dan suruh aku blah. tapi Fahmi so sweet ambik balik poster tu dari tangan aku dan sign kan. macam wahhhhhhh! thank Q Fahmi! aku sempat cakap lagi 'Good Luck Fahmi!'.

lepas keluar dari booth tu, orang redbull jemput kami ke booth redbull sebab lepas tu ada session ngan rider kat booth dorang plak. haha. tapi kami bagi peluang kat orang lain lah. dah 2 hari berturut jumpa Fahmi ni, takpelah kan.

tak silap aku petang tu ada race jugak tapi SIC Ninja ke ape tah aku lupa. 600cc kalau tak salah. baru starting je tak lepas lagi 1st turn dah kebabow crash. 1 motor tak boleh masuk gear dan kena rempuh. yang sempat disaksikan Jeri adalah orang yang melambung ke udara macam anak patung dan scene aku tengok adalah orang berterabur dan motor terbakar. fuh. terkejut aku. terus red-flag. race kena start lagi sekali. malang betul.


Ahad, 13/10/2013

Hari ini adalah race day. disebabkan keceluparan mulut wan semalam hari ini dah mendapat. wan kata, Jumaat garage terbakar, sabtu motor terbakar, ahad apa plak yang terbakar?

haa ini lah aku nak citer.

pagi ahad tu lepas hujan jalan licin. kami ride 3 motor ke sepang, sebab memang never ever naik kereta jam wa cakap lu karang orang dapat tengok rossi race live, korang duk jam dalam kereta bunyi moto pun sepoi-sepoi bahasa kuman.  masa exit nak isi minyak aku dengar bunyi gedegang kat belakang adik Wan, si Eri dah ter'eksiden kat belakang kat bawah divider. aku tak terkata. aku cuma kesian sampai tak terkata. handle moto patah pulak. wan pulak aku tengok lagi risaukan motor dari adik dia; dia kata kalau boleh bangun tu ok lah tu. macam tu pulak (-.-"). korang kena tengok part wan lagi risau pasal motor tu lebih dari adik dia. haha.

wan pun bawak lah motor tu sebelah handle sampai jumpa kedai welding. nasib baik ada bukak. nasib baik hoi.

jadi kesimpulannya motor wan pulak yang terbakar kena welding dan tak lupa jugak hati dia turut terbakar tengok handle motor dia patah terkulai. hehehehe.lain kali jangan merepek bukan-bukan.

jadi kami meneruskan perjalanan ke Sepang. excited sangat tunggu moto3 ni. lupa pulak bawak bendera Malaysia. sempat la aku tengokWUP motoGP dan tengok rossi lap2 terus terbaring. kesian.

dalam WUP ada 3 rider Malaysia iaitu kalau tak lain tak bukan Zulfahmi Khairuddin, Hafiq Azmi dan Aizat Malik. hafiq and aizat ni tiket wildcard je buat masa ni, lagipun dorang ni rookie lagi. petak mula fahmi adalah 14 *seingat aku* , jadi aku memang aim petak tu. tapi aku tengok motor lain yang mengisi petak tu masa starting. wan takde kat sebelah aku so aku takde sapa nak cakap aku tak nampak fahmi!!! pastu aku pegi cakap kat pakcik sebelah aku yang aku tak kenal *nak luah perasaan lah ni*, 'pakcik, fahmi takde punn???'.
pakcik tu macam haaa..haaa yekot. tiba2 aku nampak dari jauh fahmi dengan tangan berbalut dekat pit lane tanpa pakai leather suit dia. mesti something happen. aku nampak fahmi jalan sambil angkat tangan kat fans dia. aku terus cakap kat pakcik tu lagi 'pakcik, itu haaa fahmi! dia tak race nii pakcik'. aku rasa pakcik mcm tak kenal je fahmi sapa.

rupa2nya Fahmi dipaksa tarik diri. lepas 1 lap WUP, fahmi masuk pit mengadu tangan sakit. doc bagi 7 injection pain killer pun tak jalan, jadi dia dipaksa tarik diri dari race. kesian dia. sedih sangat aku tengok muka dia masa tu. yelah, home race sendiri takkan tak nak race kan? apa2 pun aku tetap support dia. fer aku memang supporter tegar Zulfahmi Khairuddin harap maklum semua.

masa tu aku nampak Fahmi yang terpaksa melambai dan memohon maaf pada semua fans yang hadir, dalam hari dia hanya tuhan saja yang tau apa dia rasa. moga dia tabah.

memang kita nampak dia senyum tapi dalam hati dia hanya tuhan saja yang tahu. aku tahu dia frust. ini homerace yang dia sangat2 tunggu sepanjang season.


fahmi : good luck bro! buat yang terbaik!
aizat : thanks bro! tabah ok! next year race sini kasi podium!
Fahmi : :')
tapi dalam moto3, hafiq dan aizat dua2 pun crash. tak ada rezeki kan nak buat macam mana.
hari ini race moto2 pun ada crash, bukan simple crash tapi multiple crash libatkan 5 rider. dan salah satu nya rider Malaysia, zaqhwan zaidi #21. crash tu jadi kat bukan site kitorang so tengok dekat screen je, oh menjerit semua orang tengok crash tu. tiba-tiba aku nampak motor no 21 aku terus jerit 'zaqhwan la crash!'.semua orang takut kalau2 hafizh syahrin dan azlan crash. moto2 pun kena redflag, kena start race lagi sekali jugak. fuh. epik betul tahun ni. ada motor yang terbakar jugak. aku amik video bawah ni dari FB fizo omar, dia ada pergi motoGP. bawah ni motor zaqhwan, teruk oo.





lepas tu bila nampak hafizh dan azlan semua orang pun tarik nafas lega. phewww........dan hafizh end up no 16 dan azlan 22. tahniah buat dua2 rider.
moto2 starting grid

hafizh syahrin #55


azlan shah #25

tapi bila starting motoGP aku malas nak duk kat starting grid, sangat2 lah crowded gila punya pack.

ini starting motoGP. amcam jauh tak aku? pack sangat lah,hahahaha
petang tu lepas setel semua race, kami memang dah janji nak pergi booth petronas, nak jumpa hafizh syahrin. memang nasib baik betul dapat jumpa dia. tapi aku tak dapat la tangkap gambar dengan dia, cuma dapat tangkap dengan gambar dia je. wan smpat mintak hafizh sign atas helmet adik dia je. lepas tu kami keluar dari booth tu sebab sesak sangat. takut tersungkur depan hafizh kan ke malu tu.



hafizh tengah sign kat helmet eri :)






selepas tamat semua benda tu, kami pun jalan lah kaki balik ke motor. fuh, memang penat tahun ni. sampai aku krem kaki. rasa tak cukup tidur lagi. hehehe. tapi orang paling malang sekali adalah jeri sebab dia kerja esoknya. lusa pulak raya haji.

tahun depan aku akan beli tiket early bird lagi. nak tengok fahmi lagi. good luck fahmi untuk next year.  Jumpa lagi tahun depan.

3 C.O.M.M.E.N.T.S:

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

seronok ya

Anonymous said... [Reply]

Laaa.tak cerita ada awek siap bagi fahmi gamba dia.meroyan habis wo

Suhaili Mustafa said... [Reply]

Jealousnyaa ~ hahahaha tapi kalau ambil gambar dengan dani pedrosa lagi la saya jealous ! hahahaha XD even dah 8tahun minat and dh masak dgn motoGP ni .. still tak boleh nak pergi :( I'm 17 .. http://suhailimustafamohdyusof.blogspot.com/