Do you like my blog?

Sunday, October 20, 2013

ulang tahun 23

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, October 20, 2013
hai segala pembaca. tempoh hari yang bertarikh 17 Oktober 2013, umur aku sudah injak 23 tahun. satu angka yang aku fikir cukup besar, dan patut sudah matang dari tahun-tahun yang sebelumnya. aku macam rasa baru lagi aku sambut harijadi aku tahun lepas. macam terlalu baru.

masa itu aku ingat aku praktikal di PPUKM. malam itu aku macam biasa sambut harijadi depan laptop tengok notification masuk macam mercun papan meletup (laju sangat). dan tak lupa kawan-kawan hantar sms serta call, yang kebanyakan cakap 'call balik, kau ada free call kan?'. esoknya aku ingat farid bagi aku kek marshmellow secret recipe dan aku makan tak ingat dunia. nice one. tak penah makan lagi. tiba-tiba dapat phone call, wan dah sampai kat bawah apartment. aku turun tengok dia ada pegang dua ice-cream cornetto. dia bagi aku 1 dan cakap,

'makan cepat nanti cair..'
'hehe.. ini sempena hari jadi kite ke?'
'eh mana ada. ini sebab murah, kita beli dua..' mata tengok tempat lain.
'hehe thank u.'

oh. mesti korang tak faham kenapa aku nak terharu sangat kan? sebab wan tak suka aku makan ice-cream, dia kata lepas tu dia tak larat nak dengar aku komplen 'kite gemuk dahh!!!sedihh!!'.  dia tak pernah belikan aku ice-cream sepanjang 7 tahun kenal ni, walaupun aku sangat suka.

true story.

lain pulak halnya tahun ni. aku melangut dalam bilik seorang diri depan laptop. balas wish orang kat facebook dan aku yang call wan pukul 1.30 pagi dan paksa dia nyanyi lagu birthday kat aku. hehehe.

walaupun tahun ni kita tak pergi makan burger bakar nak celebrate, tapi tetap ceria je. hehe.

dan esoknya aku keluar dengan jiro dan syah. aktiviti : gelak, minum, makan, karaoke, gelak, tangkap gambar.

bila lagi nak combine gambar macam budak-budak

Jiro , syah dan aku di hari jadi yang ke 23. thank q frens

masa ni takde beli kek pun, ini hanyalah kek khayalan.hahahaha

oreo cheese-cake aku yang ditulis guna hershey chocolate topping, haruslah cair. hahaha.
p/s : aku skip dulu post pasal motogp sepang 2013.

2 C.O.M.M.E.N.T.S:

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

Selamat hari Lahir HK. Semoga panjang umur dan sihat selalu. Mesti semangat Wan nyanyi lagu hari jadi jam 1.30 pagi.

ohpanduan panduan said... [Reply]

Selamat Hari Jadi Idati. Semoga sentiasa ceria dan ceria sentiasa. Tak sabar nak dengar cerita Zulfahmi Khairuddin #63 di sepang hari tu kat sini.