Do you like my blog?

Thursday, March 28, 2013

muka oval

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, March 28, 2013 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
semenjak makan vitamin c muka aku dah macam haiwan peliharaan. don't believe me?


pay the correct price

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, March 28, 2013 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
lost in guilty.
lost in responsibility.

but still, lives in dignity.


Wednesday, March 27, 2013

ruang delusion personal

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, March 27, 2013 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sekarang adalah masa yang sibuk, tapi cuba cakap bila aku tak sibuk. aku sibuk mencari masa rehat di antara picisan waktu yang tinggal. hanya sipi-sipi hampir jatuh bangunan gamaknya. nampak tenang tapi jangan sangka dalam hati tidak gelabah biawak.

banyak perkara bermain di kepala. macam terlalu crowded, sama crowded macam tong sampah pada hari Jumaat sebelum balik cuti panjang. betul, sumpah aku tak tipu langsung. walaupun muka aku nampak macam penipu bersiri bak buku doraemon 45 jilid, tapi dalam hati aku ada taman. yang penuh pokok kaktus. faham? berduri.

bila melalui rutin yang baru, tidur pun jadi tidak lena. rasa irritable memang tinggi.

perkara yang boleh buat aku gelak macam orang ada delusion adalah ingatan 2 minggu lepas, masa aku posting dekat unit psikiatrik. seorang patient yang suka bersembang tak tentu hala macam baru dapat mulut berkata tentang kawan-kawan se'mental illness dengannya;

"saya tak faham la kenapa arul suka kat rara, padahal rara tu sakit mental".


masa tu aku boleh nampak hati kecik aku tengah gelak berguling-guling macam apa. perasaan yang menggeletek paru-paru untuk bernafas, lalu aku buat terbatuk.

vitamin dilemma

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, March 27, 2013 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
i'm actually at the junction of a huge dilemma. like in 'road not taken', still thinking where this will lead to.
feels like depending on ectasy to survive but it's not that bad.

jadi marilah aku berterus terang.

aku ni jenis manusia yang senang infected dengan demam,batuk, selsema dan sebagainya. once a month aku akan demam or sakit perut or sakit kepala macam nak mampus, but alhamdulillah i'm still alive. yey, congrates to me. still allowed to breath alive.

selepas demam yang panjang, recently, dalam 8 hari hoi, (3x pergi doktor) aku dinasihatkan ambik vitamin oleh sesapa saja termasuk patient psikiatrik. can u imagine how desperate my antibody can be? lucky tak perlu warded, kalau tak wan kena bawak banyak makanan melawat aku.miahaha!

so pada weekend berikutnya,aku telah memburu vitamin di Guardian. aku beli flavettes vitamin C effervescent. sedap hoi, larut dalam air minum rasa macam twister oren tanpa pulps. (eh?)

at first, aku sangat amazed dan tertunggu dengan result. hey hey. tapi hari ni bila aku cek penimbang berat.

i'm saying, shit.

Friday, March 15, 2013

Istimewa untuk BLOGGER UKM!!

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, March 15, 2013 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
maaf kawan-kawan blogger semua dan readers, lately aku sakit jiwa 65% dan sakit badan 87% jadi bila di combine dua-dua telah melemahkan immune system aku, jadi aku tak update blog. ini ada pengumuman penting aku mahu bagi tahu.


Istimewa untuk blogger UKM!

Ketengahkan review anda tentang Majalah Aspirasi edisi ke-35

Letakkan link entri anda di:
Facebook Majalah Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga 1 JUN 2013.
Sebagai tanda penghargaan, SEMUA link blog yang menyertai dan entri pilihan editor akan dimasukkan ke dalam Majalah Aspirasi Edisi ke-36 nanti. Hadiah istimewa menanti entri yang terpilih :)


*kalau tak boleh nak bukak page majalah UKM tu, boleh tinggal link di entri ini. nanti aku tolong letakkan link korang *aku jujur okey*.

JOM SAMA2 promote blog kita di MAJALAH UKM!! yeyyy jom kwan2.

Idola yang mengecewakan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, March 15, 2013 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

Masa zaman dulu-dulu *alat cliché aku*, kita mesti nak ada sorang idol. Heck betol hidup aku macam kehilangan sesuatu, tak ada feel, bila aku tau yang hidup kena idol. Aku selak biodata kawan-kawan masa zaman baru nak up, idol semua artis yang tak berapa nak berseni kalau nak difikirkan balik. Disebabkan aku pun salah satu budak baru nak up, aku pun turut menulis idol aku artis, yang aku pasti bukanlah Ramlah Ram, tapi zaman tu dah berlalu.

Pernah sekali aku admire seseorang untuk ambil perwatakan dia, dan aku tahu aku tak sepatutnya mengambil dia sebagai watak idola, dia lelaki, dan aku perempuan. Bagaimana kecelaruan dan perpendicular line ini berakhir aku pun tak tahu.

Pernah dengar tak kalau kita anggap diri kita seperti parallel line dengan seseorang yang kita suka, nanti ada suara kata “parallel line walaupun selari, tapi takkan bertemu. Maksudnya tak ada jodoh”.
Aku bersetuju 25% walaupun cikgu matematik moden dan tambahan kata ini adalah kenyataan. Yang menurunkan lagi peratus kepercayaan aku adalah ayat ‘tak ada perkara mustahil dalam dunia ni, sedangkan parallel line pun akan bertemu suatu hari nanti’.

Nothing impossible by words.

Zaman tayar basikal aku baru pandai bergolek tanpa bantuan roda tambahan, aku tengok kakak sulung aku yang super garang suka menampal dinding dengan poster ziana zain, erra fazira, KRU, amy mastura dan seangkatan dengannya. Aku ingat itu dalam sekitar tahun 1995, tahun kecemerlangan aku sebagai manusia. Tahun mana adalah tahun paling tak cemerlang, adalah tahun yang tak pernah wujud. Sila naikkan self-esteem sendiri.

Berbalik kepada idol. Aku pernah buat projek sejarah yang menyuruh interview idol kita, aku fikir nak interview diri sendiri. Tapi disebabkan aku tak mahu didiagnose schizophrenia kerana bercakap sendiri, aku hentikan hasrat yang selalu merepek ini.

Idol aku seorang lelaki. Yang aku rasa macam cool dan bijak akhirnya bertukar menjadi makhluk creepy yang mula memakai eye-shadow dan rambut palsu beserta smokey eyes bajet seksi, berjalan lenggang bayam dengan tangan patah.

Hancurnya hati aku ketika kejadian.

Tak, cerita ini hanya rekaan, ada perkara lain di sebalik nya.

Umur dan muka

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, March 15, 2013 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

Aku selalu konfius dengan keselarian umur dan reaksi muka aku.
Apakah cara mendefinisi umur? Tahap kelebaman mata, kedut dahi, ketebalan spek, kegemukan atau pemakaian?

Dulu bila aku berhasrat nak tonton cerita 18SG, budak jaga kaunter mintak IC aku sambil cakap ‘cerita ini untuk 18 tahun ke atas’. Masa tu aku umur 21 setengah. Aku macam bangga, tapi macam marah. *eleleh cakap lah aku bangga*. Ini memang gila.

Tadi aku bercakap dengan pesakit psikiatrik yang mintak dirinya diselamatkan dari wad, dia kata aku umur 28. Aku anggap tujuan dia untuk rasa dilindungi oleh seorang kakak, kerana umur dia 27. Sungguh tua aku di mata pesakit psikiatrik. 28 kau?

Nampaknya aku harus mula membeli pencuci menegangkan kulit muka.

Aku tak seharusnya percaya, tapi aku terasa tempiasnya seperti diserang garuda di dalam rumah yang menanti roboh dimakan oleh anai-anai.
Lalu aku kemas buku-buku sambil memendam perasaan ingin membuat plastic surgery yang menghasilkan muka macam setan kalau tak kena cara.