Do you like my blog?

Friday, May 24, 2013

second guy :)

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, May 24, 2013 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku berkali-kali kata aku dah get over Noh Salleh kan? tapi tetap terkenang-kenang. cewah. suami orang tu, jangan lah kacau. kan?
lepas tu aku kata aku ambik Johan Asari, tapi dia dalam realiti tak macam yang aku suka.

so let me switch again,

i'm in 'love' with this cute so-malay-looking-guy *ayat tak diketahui susunannya*

*insert fireworks here *

ZULFAHMI KHAIRUDDIN. yes, he's 22 now. (not yet)
our Malaysian Moto3 Rider..

#63. i want his merchandise!!
cute!
hensem :)
haha.this one real cute.
he's cute in his own way; but i love his talent more :)

harap dapat jumpa zulfahmi nanti and tell him ' i 'LOVE' youuuuuuu!!!'. hahahaha amagad nevaaa...

Monday, May 20, 2013

kawan!

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, May 20, 2013 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku janji aku merepek sekejap je.
esok ada viva psikiatrik. dan seperti biasa, otak aku masih gagal berfungsi sampai last minit.aku tak heran lah kan.

by the way, lebih kurang dalam sebulan lebih je lagi to spend time dengan kawan-kawan UKM.hua. tapi kenapa kami act like nothing?

it's all because;

we knows that, no matter how far we are from each other, we are close together at our hearts.

cewah. mohon pelempang drastik.

satu lagi, mungkin nak mohon kerja sama-sama. hee. sebab tu aku sayang dorang lebih.

hopes to be together forever lah.

zaman U dah nak habis?

can't believe. let's continue with studies, boleh? yey. *kalau cell brain masih berfungsi tahap optimum*

iklan billboard bapak perasan hahahaha

Food Hunting : Roti Cheese Naan RSMY Real House of Beriani

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, May 20, 2013 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
dalam minggu2 lepas, kalau korang jenis suka tengok rancangan Jalan-Jalan Cari Makan kat TV3 tu, masa tu perkenalkan Roti Naan Cheese yang ter'famous di KL. tapi aku fikir tak famous mana sebab 4 tahun aku duk KL aku tak tau pun. wakaka. ok gurau.

so aku yang penggemar cheese sejak umur 10 tahun ni, rasa macam, 'PERGH!! NAK SANGAT RASA!!'. dalam TV dia letak gambar cheese tu macam besar penumbuk je dalam roti Naan tu. unbelievable!

aku pergi hari AHAD. okey, itu pilihan yang tidak bijak. surely penuh !

tapi aku bersabar. disebabkan di luar hujan, jadi aku tak kisah untuk stay lama dalam kedai.
dia punya kuah, harga kira lain. ini dhaal paling murah aku pilih, rm2. so Garlic Cheese Naan RM7 tambah Dhaal RM2, RM9. woah. agak mahal la tapi still affordable. nasik aku tak makan pun. pasal kenyang makan benda ni je. hihihi.

cheese nya macam mintak ditumbuk.haha

ini gambar rembat.gambar lama kot.skrg cheese naan rm6, kalo garlic cheese naan rm7.

location : jalan medan tunku, sebelah hotel lotus (1 jalan), alaaa yang kat depan maju junction mall. okeyy!

rating : 4/5

1 - sangat kesian. jangan jual lagi
2 - agak kesian.fikir2kan.
3 - boleh tahan. boleh upgrade lagi
4 - sedap. tahniah.
5 - sangat sedap.tahniah! will come back for more

Saturday, May 18, 2013

dinner kolej 2013 : euphoria di inderaloka

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, May 18, 2013 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
i think i have grown up but i'm not, mentally. well, growing old is mandatory, but growing up is optional. and i choose to stay forever young in heart, and in mind.

semalam ada dinner kolej. well, ini adalah last dinner kolej yang bakal kami student 4th year attend (untuk kolej je la, bukan course). rugi kalau tak pergi. kita dah bayar kan dalam yuran, pergi makan je kan, won't hurt anyway. hihihi. just hurt the weighing scales, a bit, okay okay, a lot. ciss diam.

jadi sebagai student yang memegang watak tahun akhir, aku memilih untuk tidak beriya sangat. faham maksud beriya? beli baju baru, mekap 8 inci, dan berharap untuk dapat title prom queen. ohh so not me. watak aku, pakai lah bagi nampak better dari hari biasa yang aku berniat hanya nak beli makanan kat kedai sebelah plaza, THE RAMS! (ayat nak gojes). jengg.

balik praktikal terus tidur. bangun-bangun, demm, pukul 5. baru nak bukak FB tanya orang dinner kolej kat mana? yang pelik semua orang akan nak bagitau tema kat aku. 'Euphoria di Inderaloka'. apekejadahnya ni?
 euphoria orang gila aku tau la. tapi ada sebut macam magika2, ahh aku tak kisah. aku nak datang dinner pun dah cukup magik.

so setelah disiasat, rupanya dinner dekat je, kat HGH Convention Centre. nak berlari pun boleh. tapi pastikan bawak towel dengan sabun la, peluh macam hujan nanti. sekarang kan panas. jadi aku dan kawan-kawan telah decide untuk naik kereta comel si pas (bukan parti pas, tapi nama manja faz CKB). harap maklum, jangan pro parti mana-mana mem'bashing dan menge'hack blog daku yang murni ini.

inderaloka adekah refer kepada malaria tapioca? haha. okey tak. inderaloka means fairyland.
so Euphoria di Inderaloka means Happiness in Fairyland.
betul ke? ni ikut logic aku dan pakcik google.
tapi meaning dorang bagi 'Celebration of Excellence'.. err

jadi, kami duduk di meja nombor 100, cantik nombor nya, macam orang yang duduk2 kat situ jugak lah wahaha bapak perasan. duduk bersama budak2 medic 2nd year. ni kalau dorang tak tanya kitorang tahun bape, kompem kena cop 1st year. hiahiahia. bukan nampak muda, tapi nampak tak tentu arah.

ada yang pakai macam princess, ada yang jadi pengantin bunian, ada yang jadi witch. ish3. banyaknya duit dorang ni. kalau aku ada duit banyak, aku nak beli rumah je. (lari topik).

aku telah decide memakai jubah sahaja. yang aku beli bertahun lepas, masa pi umrah. wahaha. aku tak selalu pakai jubah. dulu aku 1st time pakai jubah pergi exam, lepas habis exam, dines si classmate 1 Malaysia berkata 'Idati, lepas ni kau ada apa-apa program ke, perayaan ke?'. tu dia stok muka yang tak penah pakai jubah, sekali pakai orang ingat aku ada misi khas. haha. lain kali pakai bikini pegi dinner. kompem orang tak persoalkan. gila. haha.

the highlight of the night, THE FOOD!
i come for you food, lalala, i'm drown for you food, lalala.  (obsess makanan)

korang pernah pergi dinner dapat goodies berupa deodorant tak? haa. ni first time jugak la aku dapat. pasni 1 UKMKL bebas bau ketiak, semua 1 bau je. wangi. sapa busuk, maksudnya dia tak attend dinner.tolak merit dia sampai jatuh longkang. haha.

my hearts.

housemate aku yang tak berhenti menyuap. bila dah kenyang baru termenung.

rancangannya cuba untuk buat gambar macho. tapi?

tunjuk air biru. air sirap kaler biru. sirap lejen kaler merah ok. ini sirap mutate.

kumpulkan puding buat bekalan dunia.

ini tak ramai yang setuju buat masa dinner. semua orang nak gambar dinner cantik kan? kami tak kisah. wahaha.

aww. hipokrit sangat aku ni.





dengan prom queen, the witch!! nama ape tah.

tandas memang tempat paling diberi perhatian oleh gadis2. zaman dulu orang tak masuk tandas bawak kamera. zaman sekarang bawak DSLR masuk jamban adalah pro. kah3. 

eh. mengarut2.kandid.

nombor tak bertuah. puih la. tapi meja bertuah.

okay lah bai.

terima kasih organizer. ini adalah dinner terbaik dalam kenangan dinner kolej kita sepanjang 4 tahun ni. eh tahun lepas aku tak pergi.
THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, May 18, 2013 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku boleh menghembus suku nafas lega sekarang sebab clinical placement sudah tamat bro! sis!

semalam adalah hari akhir di hospital serdang, di pediatrik. walaupun singkat masa nya tapi banyak yang dipelajari. dan presentation case study pun going smooth. unbelievable yet true story. hihihi. thanks to all therapist yang mengajar saya. thanks to patients too. kalau takda patients aku nak rawat siapa?hahaha. eh.


Wednesday, May 15, 2013

macam mana masa mengubah kita.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, May 15, 2013 6 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
daripada kecik, sekarang dewasa.
daripada asyik merengek, sekarang senyum cool sahaja.
daripada tulis surat, sekarang taip SMS.
daripada tak ada duit, sekarang lagi tak ada duit.
daripada hidup dengan keluarga, sekarang bersendiri.
daripada berhati tisu, sekarang berhati batu.
daripada pendiam, sekarang pembising.
daripada baik..

sekarang jahat.

rawak random

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, May 15, 2013 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
as i don't get feelings studying at library with my beloved, i always drag my beloved during weekend nights staying up all night long at McD. well that happens during study weeks. but recently haven't stay at Mcd, yes i'm on my boycott towards Mcd. we choose other places like......(insert places here).

recently I've been a bit exhausted. i don't know why. maybe there's too much to think.

aku ada dapat satu ayat baru. memandangkan aku ni jenis bila ada idea, aku akan kemukakan jugak. kadang-kadang kedengaran harsh. kadang-kadang sampai orang cakap kat aku 'jangan lah marah'. untuk pengetahuan, aku sangat tak suka bila orang cakap begitu. ia seperti memprovoke aku, sedangkan aku tak marah. I never argue, I just want to say why I'm right. bila orang cakap macam tu, aku jadi marah betul-betul. nampak tak permainannya kat situ? jangan provoke aku lah senang cite.

well kalau betul-betul kenal aku, faham lah, memang cara aku cakap kasar. aku ni orang rawa, rawa kalau di direct translate dalam bahasa melayu biasa memang bunyi nya kasar. well i don't blame myself for born as rawa people. my words may sounds nuclear, but the meanings mean cotton. iyah tidak pandai aku membuat idioms. eh?

i like being judge by people. because i can know the way he/she thinks; whether right or wrong.


Saturday, May 11, 2013

..of K-pop and PRU13.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, May 11, 2013 9 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
currently, i guess it's currently, people keep asking about my political views on our beloved country. and about those issues that might concern, well, many of us.

if you mine to read my real political views, you can continue.

Based on my observations through my hectic life as final year students who meets different persons every single days trying to figure out what do they want and been thinking, I'm collecting unofficial data about how people think. How people interact. What is their influences. What made they eligible to come to big conclusion and trying to influence others. How strong is the evidence-based that made people jump to conclusion? and how, their ways of thinking connected to the surroundings.

in this campus life, from all this 4 years of studies(in UKM only), i found most GIRLS and might be some guys, tends to live and dedicates their life just to stay in front of laptop. also that refers me. i understand life in universities required you to be so-called hi-tech minded people, at least knows how to handle MS Words, MS Powerpoint, MS Excel and some editing. lari dah point aku. apa dia tadi?

so, after blending the memories and observations, i post status on FB :

"you don't deserved to speak about politics
when all you do is sit in front of your laptop watching k-pop drama..and gwiyomi?
and scream "cute sangat! hensem !! sweet!!".
dan aku tidak memihak sesiapa.
tapi, mohon terasa."

nampak tak camna permainan aku?

hmm. some people thinks i'm against K-POP and gwiyomi things.

hey NO.

i watch many series of k-pop dramas for leisure.
i shared interesting gwiyomi videos on FB.
i once put k-pop actors pictures named Kim Soo Hyun on my blog sidebar. that means i like him.
there are posts on korean dramas as well.

my point is, i'm giving you a situation.

"aku suka makan cheese cakes. aku tak penah makan kek-kek lain sebab aku tau  kek lain tak sedap. kalau compare dengan semua kek atas dunia ni, kek coklat adalah yang paling tak sedap. "

something wrong with the statement.

you don't taste all the flavours, and you jump into biased conclusion confidently. then you influenced others.

same goes to my stats before,
you don't watch and read much about politics, all you do is sit in front of laptop watching all those stuffs, you don't give a damn about the real atmosphere around you, all you care is how cute the korean heroes are, and how romantics are the stories. then you came out to blog post or fb or re-blog tumblr entitled 'parti sekian-sekian memang tidak betul dan parti sekian-sekian memang tepat lagi sahih'. dan isi nya berupa maki-maki dan tuduhan melulu sedangkan anda tak pernah pun baca more than 50 evidence-based articles yang boleh dipercayai sumbernya. abaikan FB. those are types by politics-biased-people. each party will type bombarded story for people to see they are THE BEST.

my intention is for youngsters to be more alert. don't just live in 1 piece of puzzle from thousands pieces of puzzle in the word.

the korean things is just 1 of my examples.
aku ada contoh-contoh manusia lain yang simply tidak kisah dunia melainkan, hal kereta, hal makmal, hal fesyen, hal games, hal komik, etc. hanya tumpu pada satu, which is not good.

youngsters need to read more.live to gain more experience. think more.

dan itu pengajaran untuk aku.

berbalik pada political views aku, sehingga aku berumur 22 tahun 6 bulan ini, aku sendiri masih tidak faham, siapa betul siapa salah. terlalu melodramatik.

wan asyik berceramah BN pada aku apabila berjumpa mahupun di dalam telefon semasa menjelang PRU13.
di dalam FB kawan-kawan ramai share gambar PR yang bagus-bagus belaka.
di dalam emel dapat pelbagai cerita.
balik rumah ada pelbagai cerita, jiran bagi pendapat lain, mak bapak kata lain.

aku sebagai pengundi yang pertama kali mengundi sampai keliru. aku baca banyak artikel to made the decisions. walaupun aku rasa macam mahu mengundi sekali lagi. i step out from my own world, takkan nak terperuk dengan dunia hospital?

walaupun aku terfikir untuk merosakkan undi kerana terlalu keliru, hampir saja aku menendang peti undi PRU 13 di DUN Teja, aku masih rasional. aku tarik nafas dalam-dalam, dengan nafas bismillahirahmanirahim aku pangkah.
aku cuma kata dalam hati, jika ini perkara yang betul dan keputusan ini tepat, maka ini delegasi mereka. jika bukan, maka aku tau aku silap.

and that indicates, i need to read more, keluar dari comfort zone dan pengaruh orang. cari kebenaran nya.

sekarang aku atas pagar balik. aku masih mengkaji.

Friday, May 10, 2013

sekian lama.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, May 10, 2013 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
dah lama meninggalkan dunia lukis-lukis tapi tetap buruk. wakaka. bila tak siapa yang bagi semangat dengan betul, inilah jadinya. tak berusaha betulkan lukisan sendiri.
aku admit aku adalah seorang 'pengagal' (ayat kegemilangan Vince yang telah digagalkan lebih teruk) di dalam design doodles guna photoshop. tambahan laptop aku mogok tidak mahu keluarkan paparan cs5, lebih dahsyat dan menyakitkan hati, laptop pink aku tengah sakit jiwa. nasib baik tak ada orang refer laptop pergi wad psikiatrik.

hari ni aku yang sedang berpraktikal (last praktikal before graduates hooreyyy!) dalam pediatrik(kanak-kanak), bersama-sama kawan-kawan 1 Malaysia, handled group activity. yeah, bersama gugusan kanak-kanak comel.

aktiviti seni! gila. aku memang suka walaupun aku tak berseni.
nak saja aku pos gambar dorang tadi, tapi macam confidential, so aku simpan saja.

balik tadi aku teringat kad kahwin cousin aku masih belum design. laptop masih buat hal. kalau laptop ada pipi dah lama aku lempang. ini aku masih guna laptop kakak aku.

aku pun mula sketch ikut suka hati aku. rasa macam nak maki diri sendiri. what happen to my hand. keras nya. aku bertumbuk setiap hari ke apa ni?


bluek

sakit jiwa tngok

cubaan mendramatikkan mata

aku mmg suka lukis gambar ni


entah kat mana


Monday, May 6, 2013

kisah chapati istimewa

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, May 06, 2013 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
rumahnya umpama istana,
rumah kita umpama reban.

kita hadir tengok gambar dia,
janji dia datang,
tapi janji 'dichapati',
dia pergi china makan chinese food, chapati tak ada.
tinggal lah balaci makan janji chapati tak kunjung tiba.
hari tanda pangkah lambat lagi, dia buat tak kisah.
hari tanda pangkah menjelang, berdiri tepi highway pegang chapati pun dia suka.
orang bawak kereta, bawak lori, bawak kereta sorong semua dapat chapati dari dia.

tanah lapang penuh belukar, dihantui polong, pocong dan pontianak harum sundal malam.
datang orang baik bersihkan kawasan.
indah pemandangan, luas kawasannya.
semua tarik nafas lega.
orang baik tidak pagar tanah itu,
tapi ini milik siapa, kalau bukan milik Allah?
kita pun milik Allah.

orang kita datang tengok tanah, datang senyum.
ada juga lagi tanah buat anak cucu dirikan rumah.
senang balik beraya kata mereka yang tua-tua,
senang nak jenguk anak cucu lagi kata mereka.
mereka tahu ini tanah milik mereka dari Allah swt.

tapi apa kelompok dia buat?
mematikan harapan orang-orang tua.
dia dan 'kawan-kawan' dia ambil tanah.
banyak-banyak.
ada sedikit yang diberikan pada orang kita, itupun kritikal pemberiannya.

dengar cerita dia mahu ditanam di situ bila mati nanti.
booking tanah kubur kot.
walaupun dia orang kita juga.
sebab itu dia booking 10 lot. senang kalau 1 lot tak selesa boleh bongkar balik tanam dekat lot yang lain.

Dalam kiraan kepala, dah ramai yang mati sebab pilihanraya.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, May 06, 2013 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
anak muda harus ambil kisah,
aku muda, kau muda, yang tua nak perasan muda pun sila ambil perhatian.

siapa kerajaan siapa pembangkang.
fungsi kerajaan memimpin,
fungsi pembangkang, mengkritik untuk perubahan yang lebih baik.
di sini dua-dua mahu memimpin. itu bagus.
tapi tambah pula mengata, mengeji, memfitnah. sedangkan kita tahu dosa fitnah itu lebih besar dari dosa membunuh 1000 umat islam. jadi apakata kita susun 1000 umat Islam Malaysia di tepi jalan raya (karak mungkin?) supaya boleh ditembak beramai-ramai. sama sahaja dosanya. kan. kenapa perlu fitnah? itu baru satu fitnah. berapa fitnah menjelang 'hari bersejarah' semalam?

1 fitnah = 1000 nyawa umat Islam.

kadar fitnah sempena meramaikan pangkah pada kepingan kertas semalam, cukup untuk hapuskan semua umat Islam Malaysia. campur sikit dekat Indonesia dengan Brunei.

Thursday, May 2, 2013

pakwe nye orang tua

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, May 02, 2013 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
2 malam lepas dah start demam *aku ni macam dah tak ada cerita lain*. terima kasih Najib Razak sebab mencadangkan pembinaan Klinik 1 Malaysia, sangat berguna untuk student macam aku yang selalu sengkek. tapi semalam pergi klinik tu tutup, mungkin sebab public holiday. jadi aku pergi klinik panel ukm, thanks UKM. walaubagaimanapun bersyukur ke hadrat Ilahi. itu lebih tepat.

msa keluar dari pudu, aku terserempak dengan perempuan bermuka familiar yang dah bertahun tak jumpa. 4 tahun mungkin.

dia berjalan dengan lelaki tua yang jelas tak hensem. omaigod, is that her bf? pakwe zulaikha macam orang tua siot..rasa nak update FB sekarang..

setelah 2,3,4 saat muka terkejut, kami bersalaman. aku tak sangka dia masih suka letak tangan kat mulut bila bercakap, lepas tu mata pandang lain. SAMA! tak ubah sejak aku kenal dia masa tahun 2003.

yang berubah adalah, fesyen dia yang macam mak datin dan aku yang semakin gemuk. selain itu, tiada perubahan.

dia sempat lagi mengepam lengan aku sambil bercakap "chubby, chubby..". ok, itu memang tak berubah.

dan aku bertanya, "itu pakwe kau ke?"

"mana?"

"tu ahh. yang ikut kau tadi.."

"woii...bukan ahh..itu ulat tiket nak jual tiket kat aku"...

wakaka.



..time pasts..memories never fade.

Wednesday, May 1, 2013

emak, kakak dan kucing buncit kesayangan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, May 01, 2013 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
pada satu hari yang tenang kira-kira 2 tahun lepas, kakak sulung aku yang tinggal sedekat 8km datang melawat ke rumah. berlatar belakangkan anak-anaknya yang sedang bergusti meniru aksi dalam kepala, aku tengah duduk tercengang makan aiskrim. perbualan tercetus antara kakak aku dan mak aku di samping kucing buncit bernama ateh, merangkap kucing kesayangan aku masa susah(kurus) dan masa senang (gemuk).

kakak : *membelai-belai ateh gemuk*.
mak    : *tengah memasak gulai ketam*..
aku     : *makan aiskrim tanpa henti*..
ateh berbunyi sekadar *ekk...ekk*. entah lah aku tak faham kenapa development language utk kucing aku delay sampai macam ni.
kakak  : mak, bila kucing ni nak beranak?
aku      : *menoleh slowmotion*..
mak     : haaa?
kakak  : ateh ni bila nak beranak?
mak     : beranak jadahnya, kucing jantan tuuuuuu!

sebagai kesimpulan, lelaki juga tidak patut buncit, nanti disangka mengandung. kesian kau ateh. wakaka

Pesta Buku Antarabangsa 2013, wah2 skema tajuk aku.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, May 01, 2013 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kepada penggila buku-buku tak kira bahasa atau genre(eh?), maafkan aku penggunaan bahasa aku memang bak Google Translate, sekarang tengah berlangsung Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. (horeyy!)
sekarang tengah sale bagai nak gila ni.

kepada yang masih mempunyai baucar buku tu, memang untunglah. sebab this is real crazy. wah, aku sendiri rasa nak mengamuk, sebab too many books, too many choices. feels like nak ambik semua sekali buku. aku ulang, SEMUA! memang banyak publishers yang open booth kat sana, sampai level berapa entah kat PWTC ada booth jugak. and not to forget, refreshment, of course not for FREE. bayarlah.

kalau aku boleh reflek diri aku dalam cermin masa tu, mata aku umpama haiwan nak memburu sambil terjelir lidah. punyalah gila excited nak mampus, sana-sini buku. bawak not rm100. come on, buku kanak-kanak 12 pages termasuk mukadimah boleh la aku beli satu rm5. eh terpromo pulak kan.

and of course I'm hunting for several publishers' booths. hey penat jugak lah aku melilau. aku pergi minggu lepas, ahad lepas lah. tapi terlalu crowded, yeah aku harus jadi pemburu, tak kira, miahaha.

ini kawan kesayangan aku. peneman setia. sering claim diri penggemar buku, tapi selalu kritik buku2 yang aku baca tak memberikan manfaat. yelah, dia je yang baik baca buku sirah rasul sedangkan aku baca kitab terfaktab. pergh cam langit dengan bumi. lagi dia claim dia baca buku 1 page 2x, so ambil masa yang lama untuk habis satu buku. dan aku? heh..2 hari kalau tak busy, tenang je aku baca buku. tapi aku tak suka baca buku terkocoh2, nanti dah habis buku, dah takde buku nak baca lagi. miahaha. *panjang caption*

si 'kurus' ni mestilah aku. aww. kurus sangat. gittew.

hasil buruan

tada! *astroid jatuh menggantikan firework*

been wanting this limited ed. of short stories since last 3 weeks, i guess. 

and not to be forgotten.

aku memang peminat komik, cuma aku tak ditakdirkan jadi pelukis komik. aku lukis kambing jadi udang celup tepung. hoyeah.


takda duit tapi masih mahu pergi pesta buku? jangan risau, anda boleh dapatkan  goodies bag ini di booth Kementerian Pelajaran Malaysia, for FREE. malaysians do love FREE gifts, or FREE voucher. walaupun voucher tu takkan guna walaupun selepas expired 5 tahun. dan tak lupa, anda juga ada FREE gifts yang banyak berupa, pamphlet buku2 yang terdapat di situ. wakaka!

dalam beg KPM, ada benda ni. ada pensel, pemadam. cukup  senjata nak pergi exam okay.

fufufu. total spending for all the books = MYR 354.00. pheww. 

this precious one cost Rm280. worth it! for my future mother in law. hihihi

kelebihan QUran digital ini!!

isi dalam.

bila pen ditunjukkan pada ayat, ia akan bacakan dengan tajwid yang betul. boleh baca ayat satu2.ada earfon jugak disediakan, so that boleh dengar lagu dalam LRT ke RapidKL dan sbg nya. kalau rasa setail pakai headphone dengar lagu SAYANG, baik pakai earphone dengar ni. hati pun turut rasa COOL!

produk2 lain

no telefon jika berminat

nak beli buku sampai muncung. tak faham kenapa perlu muncung.

what i'm searching for : TERFAKTAB Media, Dubook Press

what i'm searching for : Lejenpress and FIXI

in front of PWTC maindoor,
masa aku kat booth lejenpress + FIXI, aku tengok ramai sangat budak2 muda kat situ. semua macam kelam kabut pilih buku. aku pun curi2 dengar, nak tau apa pandangan masing2. rupa2nya tengah diskus nak beli buku apa. nampaknya masing2 baru nak berjinak dengan buku lejenpress and FIXI ni. baguslah, sekurang2nya anak2 muda nak membaca *apa aku cakap cam orang tua ni?*. aku pun macam nak rekomen buku mana yang best, ohohoho, tetiba aku rasa poyo sangat. dan aku tahu kumpulan anak muda itu *padahal baya2 aku je* merasakan pandangan criminal aku sangat menakutkan. jadi aku pun blah ke kaunter menghulurkan not RM50 tanpa baki. tak perlu tercengan kerana promosi 3 buku RM50 okay.

selain dari FIXI, lejenpress, dubook n terfaktab, aku juga turut mencari GempakStarz dan UJANG. wahaha.    masih tidak mahu melepaskan komik2. yeyy! tapi hari tu aku tak sempat g kat UJANG. pasni aku pi lagi khas untuk itu..wakaka.