Do you like my blog?

Wednesday, July 31, 2013

anak kita dibesarkan untuk masuk hospital mental

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, July 31, 2013 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
adakah kita di Malaysia terlalu sibuk berlari mengejar gelaran.

tak tak. bukan berkata tentang Dato', Tan Sri, Datin Paduka etc.

kita terlalu mengejar kecemerlangan. terlalu. aku tanya lah, berapa ramai guru gelabah nak sekolah mereka dapat title Sekolah Kluster? Sekolah Elit? sekolah terbaik negara? atau negeri, maybe? ehh tidak lah aku menuding jari secara random ibarat particles di dalam udara yang sedang dihangatkan menggunakan bunsen burner.

mentaliti rakyat kalau budak pandai, wajiblah beliau mengambil subjek sains, kerana diyakini dapat menambah bilangan doktor. ketahuilah wahai rakyat, kepandaian itu bukan objektif. ia subjektif. ada orang pandai sains, ada orang pandai math, ada orang pandai BM, ada orang pandai melukis, ada orang pandai KH. tapi bagitau aku, berapa ramai nak puji anak kalau result pmr dia 1B 7C, dan B tu KH.

bila semua memaksa untuk pelajar ambil subjek kritikal, siapa yang nak ambil subjek lain? atas sebab kita memperdagangkan nasib dan perasaan pelajar-pelajar pandai untuk 'cuba' menjadi doktor, tahukah kita apa yang kita buat pada mereka?

"Kajian pakar mendapati seorang dari setiap lima orang pelajar di Malaysia pada ketika ini menghidap sakit mental. "- sumber

"27 peratus pelajar sekolah menengah di Malaysia sakit mental iaitu mengalami masalah tekanan, keresahan dan kemurungan yang tinggi, disebabkan pelbagai faktor termasuk peperiksaan dan masalah keluarga. " - sumber

gembira kah anda dengan ini? dengan pelajar-pelajar pandai kita terkurung di hosp tg rambutan, atau hosp permai dan lain-lain dengan diagnosis pelbagai akibat tekanan pembelajaran. sedangkan bila kita buka rekod mereka adalah pelajar straight A's,4.0 flat, anugerah pelajar bestari ,tokoh pelajar dan sebagainya.

itu tidak kira yang berhenti berharap di tengah jalan. yang memilih jalan sebaliknya.

fikirkan masa depan anak-anak anda.

Saturday, July 27, 2013

Orang Buta Jual Tisu, Aku Nak Jual Jugak

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, July 27, 2013 9 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kalau korang berada di area kg baru KL untuk tujuan makan-makan, korang pasti takkan terlepas scenery ni; orang buta bertemankan seorang penjaga datang jual tisu masa korang tengah makan. aku nak share sikit pengalaman aku.

aku boleh katakan setiap kali pergi makan*sebab aku tak memasak*, mesti ada orang jual tisu. aku pun dah tak berapa ingat berapa banyak tisu aku dah beli. sampai wan suggest aku longgokkan tisu yang aku dah beli tu atas meja makan supaya diorang takde nafsu lagi nak jual tisu kat aku bila ternampak longgokan tisu ni.hahaha.

sebagai student occupational therapy (terapi cara kerja) UKM, aku memang belajar pasal pre-cane skills, iaitu teknik penggunaan tongkat putih untuk orang buta. dan ada jugak teknik2 yang digunakan ketika menjadi sighted-guide (orang di samping orang buta bertujuan membantu). in fact, kami sendiri memang lagi pandai berlakon buta. (HAHAHA). aku juga ada simpanan tongkat ini.

jadi bila kami 1 geng lepak2 makan, minum2 (ceh anak dara apa ni?), bila orang buta datang, kami senyum-senyum. bukan nak teasing beliau, tapi sebab kami mempertikaikan kesahihan kebutaan mereka dan cara sighted-guide membawa mereka.

ni adalah beberapa kesalahan orang2 buta dan sighted-guide sekitar kg baru:

1) ketika menjadi sighted-guide, orang buta sepatutnya berada di belakang sighted-guide, bukan di depan (1 tgn memegang tongkat, 1tgn memegang pergelangan siku sighted-guide)
2) ketika dipimpin sighted-guide, orang buta tidak perlu meraba-raba tongkat ke lantai. mereka hanya perlu pegang tongkat tidak mencecah lantai. cara pegang adalah seperti memegang pensel.
3) tidak terdapat cat merah pada tongkat yang menjadi indicator kepada kekurangan (e.g buta, pekak, bisu).


macam dalam gambar atas ni, pada white-cane tu korang boleh nampak ada tanda cat merah pada1 bahagian. itu kalau 1 tanda, maksudnya buta sahaja. kalau ada 2 tanda, maksudnya ada 2 kekurangan contoh buta+pekak atau buta+bisu..kalau ada 3 tanda,3 lah kekurangan. macam tu lah. tapi ada jugak org buta yang tak tahu kenapa perlu ada cat tersebut.

tapi kadang-kdang aku rasa kesian pada orang2 buta ni. kadang2 sighted guide dia garang gila main tolak je org buta tu masa guide mereka. lepas tu kalau kita dah geleng taknak bagi derma, sighted-guide tarik orang buta tu dgn kasar sampai terlanggar meja2 yg ada. yang lagi tak boleh blah bila org buta mintak derma tapi pakai tudung Fareeda,pakai levis, pakai leather shoes. hadoi. epic failed ok. aku dapat rasa duit dorang dapat seminggu lagi banyak dari duit ptptn aku satu sem. so,siapa yang kesian sekarang?

my juniors on training during raining.

yes, that's me.during 3rd year





Segmen Simple Giler by Anis

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, July 27, 2013 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

KLIK BANNER

Tarikh : 25.07.2013 - 24.08.2013

Segmen simple giler dianjurkan oleh www.anisforeveralone.com dan disponsor oleh LS DESIGN , Atie Atiqah , Nasha Ridzuan , Najihah , Norhaziqah , Chocolate AM & The great Little Summer


Segmen ni simple je , Hanya follow , Like , Share & Menang hadiah menarik . 
Jom join :)

28 Hadiah menanti korang !!

Friday, July 26, 2013

ramadhan berlalu separuh

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, July 26, 2013 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
ramadhan dah berlalu separuh .

aku masih tak - buat kuih raya, jahit baju, kemas rumah.

in fact, aku masih gembira menganga. hahahaha.

well ini lah masanya relax dari hectic life masa di ukm. masa yang tenang lagi santai.

ehh kejap. baju ni macam mana..aku malas sangat hoi.

Saturday, July 20, 2013

Final Coursenight Dinner : Plethoras of Colour

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, July 20, 2013 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
okey ini memang post basi. tapi sebab aku busy sangat masa kat kl, memang kena tunggu balik baru boleh post pasal dinner. kalau korang taknak baca tak kisah pun, asalkan aku baca. *gila, baca blog sendiri*.

dinner ni merupakan last coursenight dinner bagi batch kami. sedih memang sedih, tapi tak harus menangis, kita pergi dinner, bukan pergi kenduri tahlil. eh, tahlil ada orang nangis ke? pelik pulak.

jadi dinner ni menjadi kewajipan adik junior 2nd year untuk organize, well, tradisi. kami pun pernah. jadi kami ucapkan terima kasih atas dinner ini kepada semua 2nd year OT UKM tahun ni sebab meraikan kami di restoran yang cantik ni walaupun namanya macam pelik - Bora Ombak.

yang kelakarnya, kami berempat sampai lewat. sebenarnya sebab aku la, takda kasut. sudah nya pakai selipar wedges yang telah dimodified oleh pika dengan jayanya.hehe. sebab aku pinjam baju orang *jujur sungguh*. jadi baju tu labuh sangat, jadi harus pakai wedges yang super tinggi untuk elak baju dipijak orang lain atau terpijak sendiri. tragik. terimakasih pada faeza yang sudi meminjamkan baju dinner beliau. rasa nak post je gambar dia. haha.

disebabkan kami lewat, jadi aku telah terjumpa satu quote yang best :

"It's better to arrive late than to arrive ugly".
well, tahun ni paling tak guna kamera sendiri. sebab aku merampas kamera orang lain. haha. ok. aku memang suka tangkap gambar. kenapa entah. rasa best. tapi sadis sikit la, gambar sendiri tak banyak. puii penipu. kah3. actually, dalam satu group aku semua suka ambil gambar.jadi jumlah gambar kami berempat adalah equal. hik hik hik.

eh jap.bila ke dinner ni? 28 june 2013 tak salah aku. haha. pelupa. di restoran bora ombak, ampang. ala sebelah sports planet ampang tu. kot. haha. tema nya plethoras of colour, aku tak faham. tapi difahamkan 3 warna. ye lah kot.

so here are the pictures :



















our class.


balik tu sebab haus di samping faz nak cuci kete (tengah malam hoi), kami singgah kat kedai makan makan ABC (tengah malam hoi). korang pk la pelik tak pelik pakai dress pergi kedai ABC(tengah malam hoi)..hahaha...nasib baik bukan dress putih semua.

aku terlupa perkara yang penting sekali iaitu,

KAMI BEREMPAT ADALAH SANGAT BERTUAH PADA MALAM DINNER INI.

sebab kami semua dapat lucky draw. eh? takda apa yang nak di'fishy kan okey. hiihii

nani dapat beg yang colourful and cute ni, faz dapat payung, pika dapat frame dan aku dapat purse. just what i need, kerana purse aku dah hampir musnah.hahaha


graduation awal.

gedik .

ok. actually kami ada buat persembahan final year. seriusly only several people are practicing the song 'Season in the sun' and it goes like kindergarten concert. wahaha! and i look terribly fat in the video. demm. haha. so this one lecturer in our department bet all of us are going obese during convocation. phehh..i'm not going to let that happen. hahaha.

ABC pika
on the way nak bukak hadiah!
ni plak namenye muka bersyukur dapat purse. hahaha

what a memories.

scary zulfahmi

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, July 20, 2013 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
i just have a horrible dream last night.

zulfahmi khairuddin di dalam mimpi aku! tapi...tapi dia sangat tak sama dengan apa yang aku bayangkan. makes me more sad. hmm.

eh apa lah, mimpi je.kan fahmi?

hahahaha.

aduh idati.

Friday, July 19, 2013

10 fakta annoying tentang diri sendiri

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, July 19, 2013 6 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
1) suka bagi nasihat kat orang, tapi tak pandai guna nasihat sendiri.
2) mulut senget masa senyum dalam gambar
3) gemok. gemok. gemok. please lah kurus.
4) suka mimpi lawan-lawan tapi tak boleh melawan sebab rasa berat sangat nak lawan
5) gigi bawah senget bila gigi bongsu tumbuh...grr
6) jujur dan penipu dalam masa yang sama
7) senang marah tapi senang cool kalau tak diprovoke
8) impian sampai ke langit tapi setiap hari tengok kartun je
9) cair bila orang minta tolong..why why why
10) poyo macam kuat sangat.

Monday, July 8, 2013

tamat degree

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, July 08, 2013 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
simple je tajuk, tamat degree. tapi dalam nak tamatkan degree dah macam ayam kena sembelih tunggu mati je tau. tapi aku legaaa sangat. fuhh. lupakan segala clinical placement, presentation, Viva dan segala jenis exam serta pengumpulan merit. hahahahaha!! aku bebas!!! yehh.

sebenarnya sekarang dalam tempoh nak memilih untuk kerja bahagian yang sama, kerja bahagian yang lain atau sambung master. larat ke tak nak sambung master, tapi aku rasa okey je. asalkan bukan dalam bahagian yang sama. aku nak cuba perkara lain. sebab rasanya macam aku nak hapuskan istilah 'road not taken'. banyak benda aku nak explore. kita bukan sentiasa muda. sampai masa kita harus pilih satu comfort zone untuk stay. pendapat aku, bukan quote dari sesiapa lah.

aku berlaku rasa konfius bila aku tulis resume aku. degree dalam occupational therapy, tapi aktiviti dan personal interest aku tak membabitkan occupational therapy. siapa sudi ambil aku kerja. aku versetail. yeke?

dalam beberapa hari ni aku sibuk mengemas bilik. barang aku dari ukm dah macam 1 lori. haha. sekali aku kemas-kemas surat pelbagai tu, aku jumpa balik tawaran-tawaran lepas SPM dulu. hmm. apa akan jadi kalau aku ambil tawaran lain selain OT? aku ada pilihan asasi undang2, nursing di USM, medical di padjajaran (which is not suitable at all aku pun taknak)...hmmmm...hmmmm....actually none of them in my interest. keh keh keh..tapi sebenarnya aku minat Law tu. sikit la.

apa agaknya jadi pada aku kalau aku tak memilih OT?

tapi bersyukur lah sebab ada hikmah di sebalik kejadian. aku dapat kawan-kawan yang memberikan pengajaran (yang tunjuk aku manusia bukan ada 1 jenis je, tapi macam-macam), dapat dekat dengan wan, dapat merasa hidup di tengah kota, dan faham penipuan yang sentiasa berlaku. walaupun arwah opah aku selalu pesan jangan nak bergaduh dengan orang lain, jangan suka melawan, tapi aku ni memang keturunan degil tak tau la aku ambik kat belah mana. aku jenis senang lupa, senang maafkan. tapi aku senang annoyed dengan orang. tapi perkara yang paling penting adalah, kalau aku dah betul-betul tak suka, tak ada apa yang boleh buat aku undur balik perasaan tu.

terima kasih, sepanjang di ukm aku kenal apa itu erti persahabatan, setia, kemiskinan, kekayaan sementara dan pengkhianatan.

sekian, aku yang sudah di kampung halaman.




jangan jadi perempuan fake macam ni, baik jadi pondan je

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, July 08, 2013 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
untuk menjadi jujur,
aku bukan seorang perempuan yang ayu lemah gemalai liuk lentok boleh masuk renang berirama.
kerana itu akan menjadi lebih fake dari seekor pondan.

nak tau apa yang fake bila menjadi perempuan?

dalam monorel/LRT depan lelaki ramai kau bagi tempat duduk kau depan pakcik atau makcik yg dah tua.
dalam lif, kau dah naik dulu, lepas tu kau ternampak ada lelaki pun nak naik lif, kau tolong tahan pintu lif.

tapi

bila tak ada lelaki ramai, kau biar je makcik atau pakcik tua melekat kat tiang sedangkan korang sedap duduk.
bila perempuan lain yang nak tahan lif, kau buat tak tau je. tak tahan pun pintu lif walaupun orang tu dah kata 'tunggu'.

malu woi jadi perempuan macam ni.

Sunday, July 7, 2013

Fast Food vs Nasik Lauk

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, July 07, 2013 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tengok iklan kat TV, fast food sana sini. pada pendapat aku, fast food sekarang sangat berleluasa. aku pun tak tahu kenapa, sebab makanan kat mamak pun lagi mahal. ayam goreng berempah seketul rm5.00 kat mamak, nasik rm2.00, teh ais rm 3.00. kalau tambah sayur, lagi rm 3.00. kalau kuah lebih lagi rm 1.50.  rm14.50 kat mamak. sedangkan dengan harga tu kau boleh dapat X'Meal kat KFC yang ada 1 air, 1 burger, 1 ayam dan 1 fries. untuk orang muda, well aku muda hoi, pilihan kedua lebih menggoda.

zaman dulu, nak makan fast food tu kena tunggu abah aku dapat gaji atau ada apa-apa nak diraikan famili aku. pergi KFC dah cukup mewah bagi kami. nak makan KFC tu excited. kadang-kadang balik sekolah petang-petang lepas main lumpur dengan kawan-kawan (masa sekolah rendah), tiba-tiba abah aku kata 'malam ni nak pergi makan KFC'. bahagia sangat aku rasa. sebab aku orang kampung, bukan mudah nak pergi makan fast food pada zaman 90 an. cheese pun aku tak kenal apa benda entah.

balik pada dunia realiti di mana aku diami sekarang. tengah keluar dengan kawan-kawan ni kat timesquare (ceh taknak kalah), tiba makan tengahari, di sini terdapat 2 situasi yang mungkin akan terjadi :

aku     : lapar la. jom makan weh. KFC?
kawan : ok. (tanpa ada nada excited lagi seperti zaman dahulu).

atau.

aku      : jom makan tengahari. KFC nak?
kawan : ala bosan la KFC. aku nak try Seoul Garden. (taknak kalah)

cedap nyew. *uhuk*


lapa tak?

kalau dikira betul-betul macam mana duit aku habis, memang habis kat makanan. selagi boleh, aku memang tak nak makan fast food, tapi kalau kedai jual nasik lauk biasa pun harga dah mencekik, nak buat macam mana? dekat kolej, tak boleh masak. tapi kalau boleh masak, bila aku nak memasak? tak ada masa, lepas praktikal, haruslah terbongkang dan malam study lagi. cakap aku, bila nak masak? ini kalau jadi ibu berkerjaya entah macam mana. ibu berkerjaya, anak jadi roti kaya, laki kawen dua. eh? tak tak. jangan.
huu.

punca kegemukan. lagi satu.

cis.

aku nak buat tajuk tesis seterusnya; faktor penyebab kegemukan di ukm kl.


Tips buat rider motor perempuan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, July 07, 2013 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku tengah melangut di rumah pada ahad ini. kalau tak,aku mesti tengah merempit dekat sekitar KL. ceh merempit sangat. sebab aku bukan macam perempuan-perempuan belajar kat U ni, hujung minggu pergi shopping.

so not me.

satu sem aku pergi beli barang mungkin dalam 2 kali. mungkin 3.
selebihnya beli makan.
jadi bila masa lapang, dan aku tak mahu terkurung di 'kondominium' tingkat 11 tu, aku jalan guna motor. save. tak ada tol, kalo parking pun tak mahal. kadang-kadang tak payah bayar pun.

tips untuk rider perempuan :

1) jangan ride sorang-sorang lebih dari pukul 9 malam. (depends pada keselamatan area korang).

2) sentiasa bawak satu senjata dalam beg, atau dalam poket seluar, atau dalam box motor (e.g spanar, playar, payung, spray ridsect, dan sbg nya)

3) kalau boleh berteman sentiasa

4) pakai jaket. jgn nampak sangat korang tu perempuan dengan tudung terbang2 aww ayu sangat bagai. terlalu menggoda. kot. kot la kan.

5) pakai helmet dengan wiser yg kalau boleh tutup muka penuh. tak payah nak show off sangat mekap tu.

6) paling penting, jangan cilok-cilok kalau tak pandai. nanti mati terkepit macam lipas terkepit pintu jamban. (hodoh bunyinya)

7) jangan terdedah sangat letak handbag dalam raga motor, nanti kena ragut haa.

8) kalau ada mat rempit mengada ajak korang race masa korang tengah gembira bersiar sorang-sorang atas motor, sila buat muka paling hodoh korang ada. gerun mat rempit tersebut. betul.aku pernah buat.

9) kalau ada orang nak tolong korang keluarkan motor dari parking sebab tak larat, sila jangan berterima kasih atau bersembang dengan suara ayu. tendency untuk diminta nombor telefon sangat tinggi. ada kisah yang kalau tak bagi nombor, dia follow korang sampai dapat. nak?

10) sentiasa bawak lock lebih untuk motor anda.

11) tongkat 2 motor anda masa parking, untuk elakkan orang langgar side mirror korang lalu patah.

12) tips tambahan, sila berlagak macho masa naik motor walaupun anda perempuan. komfem takde sapa kacau.
ride idaman. hehe.

sekian saja tips bawak motor yang boleh dipraktikkan buat rider-rider perempuan untuk menjaga keselamatan anda.