- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf August 2013 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Saturday, August 31, 2013

handphone kalkulator

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, August 31, 2013 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
bersempena hari lahir mak aku yang ke 58 januari yang lepas, aku dengan kakak-kakak aku pun telah sepakat menghadiahkan sebijik smartphone. ini selepas ada baur-baur hint dari mak aku yang asyik bercakap pasal hp dalam beberapa minggu ini.

*kalau nak beli hp untuk parents tambah2 smartphone, belilah yang simple penggunaannya macam samsung dan ninetology*

ini sudah masuk berbulan2 sejak kami hadiahkan phone tu.tapi mak aku jarang pakai,dia lagi prefer hp lama dia. lagi pulak takde orang kat rumah. kakak aku siap report mak aku nak campak hp tu kat semak belakang rumah sebab stres guna.

hahahaha.

tapi sejak seminggu dua ni, mak aku dah mula guna balik sebab aku ada kat rumah nak ajar. abah aku pun pakai smartphone tapi dia faham phone dia sorang je. aku teringat dulu pernah terambil hp aku pastu gi masjid. lepas tu gelabah bila hp berbunyi, tak tau nak jawab. ahaha. aku yang dah sedar dia terambik salah hp, dengar bunyi kereta berdesum sambil buat drift. lepas tu bunyi pintu ...'dati!! dati!! hp salah.mana hp abah?'.

padahal dia yang pi amik hp aku. hahaha.

oh. berbalik pada mak aku pagi tadi. masa aku tengah khusyuk baca (cewah skemanya hobi aku), mak aku datang ke bilik sambil bawak smartphone dia.

'ti..ni hp tak mau hidup. entah abah buat apa tah,' sambil aku dengar abah aku cakap dari luar 'ehhh bukan abah buat'. cuak la tu. aku pun cabut bateri ngan simcard .hidupkan semula. boleh. mak aku tanya lagi.

'Ini kalau nak call orang yang dalam hp ada save, tekan ni kan?'

'Ha-ah'

'kalau nak dial nombor lain, tekan KALKULATOR kan?'

'!!!!!'.
ini boleh call orang. ahaii

wah kah kah kah.

pengajaran : tak baik gelakkan orang cc:diri sendiri.

Wednesday, August 28, 2013

Cerpen : Penakut (Part 1)

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, August 28, 2013 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kalau cakap pasal loser seorang pencinta, siapa boleh expect perempuan pun ada yang jadi loser ni? eh, memang ada,cuma tak ramai.tak se'frust lelaki yang loser dalam cinta tak berbalas.

aku punya tahap loser ni macam aku baru nak pandang seorang lelaki tu, pandangan mata dia pada aku je dah buat aku rasa kena dump 5 kali. itu belum aku mengorak langkah lagi. kalau aku kata 'hai, tumpang tanya jam pukul berapa?', akibatnya lelaki itu akan mengengsot seperti suster ngesot filem Indonesia itu. berapa horror filem itu aku pun tak pasti, tapi namanya pun dah cukup horror bagi aku. satu sebab kukuh untuk aku tidak tonton filem itu.

satu sebab yang buat aku hilang segala-galanya satu ketika dulu. penakut.

1997. darjah 1.
macam budak sekolah rendah biasa di tahun 90-an. pakai pinafore biru gelap, kasut seputih mungkin, stokin tinggi sebelah siap ada tercalit minyak rantai basikal. itu diri aku. rambut diikat dua, balik sekolah getah pula putus dua. setiap hari nyanyi lagu Negaraku yang terhafal secara tak sengaja. mungkin sebab aku bijak lebih, jadi aku senang hafal. angkat diri sendiri memang tagline aku agaknya masa tu.

kebiasaan kanak-kanak suka cerita seram antara kawan-kawan. sekolah aku ini dahulunya tapak tentera Jepun masa zaman penjajahannya. tak tahu lah betul atau tidak. tapi menurut mereka yang konon berani walaupun masing-masing umur 7 tahun lebih kurang, kelibat tentera jepun tanpa kepala yang berkawad sering muncul di sekitar tanah lapang sekolah aku. yang buat lebih seram, aku adalah kanak-kanak yang paling kerap berlari bersuka-ria di situ. dari situ aku develop perasaan takut. bagaimana kalau ketika kau berlari tiba-tiba ada yang berlari sama. dan itu bukan orang melayu. orang Jepun pula, lagi epik, dia bukan lagi orang.

satu hari, ketika aku sedang bodoh-bodoh menghabiskan saki-baki masa rehat yang ditemani hujan lebat dengan melompat-lompat di atas kerusi kantin sekolah dengan kawan-kawan, kami digemparkan ada mayat ditemui berdekatan sekolah.masa itu petang.pukul 5,aku bersekolah agama. malu sebenarnya nak mengaku yang aku pergi sekolah agama  tapi perangai macam tak ada agama. tapi tak seteruk tu.

aku paling suka menyibuk walaupun aku seorang penakut. itu tak dinafikan.

bersambung..

Tuesday, August 27, 2013

Old-Time Buddy Wedding : dearly Hafizah & Agnia Amr

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, August 27, 2013 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
wah. ini rupanya sudah zon kawan-kawan mula membina masjid. nampak nya aku masih lagi lone ranger, so as kawan-kawan yang tak kawin lagi. tapi aku tak kisah sangat being single for time being *unmarried but unavailable*.

(post raya pun lupa nak up)

so, minda aku ter'throw back pada zaman 97, masa darjah 1 di SK Sg Itek, Gopeng. di situ la aku mula kenal fizah. dia memang sejak aku mula kenal lagi dah jadi budak paling comel, dan bila dah besar stil lagi sangat  cantik. innocent je mula2 kenal dia. masa darjah 1 dia tak pandai ikat tali kasut. haha. dia pandai melukis dan mewarna. kalau ada projek seni, dia lah master. aku pulak akan menghasilkan produk yang comot. tapi tak tau kenapa bila sekolah menengah aku suka pada seni, walaupun aku buta seni. tragik tapi benar.

bia aku tunjuk dulu zaman kegemilangan kami di zaman kanak2. oh how i love 90's.

fizah no 3 dari kiri. aku yg tengah yg pendek tu.*kesian*

tak tau ape kena ng gamba ni. aku rasa aku conteng tanpa sedar. haih.. fizah yg pegang mic tu.

ini hari keluar result upsr. fizah depan sekali belah kanan. taktau lah kenapa gmbar ni ter'cut out.hahahaha.

dan.tiba lah ke hari wedding. tada













rembat nani punya gambar.ahaha


haha. itulah saja gambarnya.sekian.
selamat pengantin baru fizah. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. :D

Monday, August 26, 2013

Jagalah hidung

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, August 26, 2013 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku yang sedang bercuti sambil menganggur ni memang mempunyai masa lapang yang lebih. jadi masa banyak digunakan untuk mengira whitehead di muka. fuh,memang berkelapangan sangat aku sekarang.

satu hari anak sedara aku yg sulung bernama ica bertanya,

'cut..cut ada tak ulat kat hidung mcm ayah?'.

'ulat hidung?'

'ala..dia warna putih2 kat hidung'





dem. itu whitehead & blackhead. bahasa melayu jadi ulat hidung.