Do you like my blog?

Wednesday, December 31, 2014

Food Hunting : Gomok Cafe at Ipoh Town

THE TYPEWRITER : idati on Wednesday, December 31, 2014 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Hai, rasa dah begitu lama aku tak food hunting. belakangan busy job hunting kan? biasalah baru habis study zaman sekarang pulak competition sangat tight.

berbalik pada job hunting aku tadi, aku nak membawa korang kembali ke hometown ku di perak. aku orang gopeng, perak. Ipoh pulak adalah tempat sekolah aku, bainunians, kalau korang nak tahu la.

sempena dengan akhir2 tahun ni aku pun nak jugak menggunakan annual leave aku yang berbaki 9 hari. banyak pulak kan? tapi tak ada lah one shot aku nak 9 hari. seminggu lah aku cuti, tambah dengan MC sebab viral fever second time ni ha. *nangis*

Macam biasa bila cuti2 macam ni lah aku nak mengacau syah, kawan sejak bainun aku. memang dah selalu aku menempel kat umah sewa dia kat ampang ipoh.hik2.

Malam tu dia bawak aku ke restoran classic, kat fairpark ipoh. tapi full gila orang, so dia bawak aku ke kafe baru bukak, Gomok Cafe namanya. kalau korang nak cari gamba mungkin akan kecewa, aku sejak akhir2 ini penyegan sikit nak bergambar. kih3.sangat kan. Gomok ni agaknya dari perkataan Gemuk. sapa2 yg nak kurus jngan masuk Gomok Cafe, ok gurau wahahaha
sumber: Google

Masa mula2 sampai tu, aku tengok, kecik comey je cafenya. tempat full. alhamdulillah ada kosong satu meja. aku dengan syah pun masuk belek2 menu. boleh tahan harganya, tapi mengenangkan bukannya selalu kau nak makan camni kan...pilih2.

malam tu aku rasa nak makan pasta. so apalagi, spaghetti carbonara RM 18  dengan recommended beverage, Berry berry smoothies RM10. baru launch katanya hari itu.

berry2 smoothies

spaghetti carbonara

Syah pulak order Mooooo Burger RM22 dengan Virgin Pina Colada RM8. pina means pineapple. so ia adalah minuman nenas ada susu macam milkshake. tak tau aku nak terangkan tapi ianya sedap! hehehe. berry2 smoothies pun sedap tau!
syah dan air virgin pina colada nyee

Moooo Burger

yang paling best sebab waitress dia peramah ooo. tanya la macam2 pasal menu dia, semua dia rajin jawabkan. dia recommend menu special tapi sebab harganya RM60, tak termampu lah aku nak order kan. disebabkan aku hanya orang biasa, makanya aku order menu yang biasa lah.


Wei tambahan wei, aku baru tau gomok cafe ni ownernya adalah ex bainunians. Wah senior2 gua tu bhai. Pergh bangga habis. Bainun habis tau. Disuggest kome2 pegi le ke kedai senior gua tu okey.



rating : 4/5

1 - sangat kesian. jangan jual lagi
2 - agak kesian.fikir2kan.
3 - boleh tahan. boleh upgrade lcagi
4 - sedap. tahniah.
5 - sangat sedap.tahniah! will come back for more

Bagi yang berminat nak pergi ke Gomok Cafe dan menggomokkan diri, silalah ye:


 Alamat Gomok Cafe :No 1, Jalan Leong Sin Nam,30100 Ipoh, Perak
No Telefon :013-348 2636
Facebook Page :https://www.facebook.com/pages/Gomok-Ipoh/ 
Instagram : http://instagram.com/gomokipoh


Monday, December 29, 2014

Suspected denggi, again.

THE TYPEWRITER : idati on Monday, December 29, 2014 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Suspected denggi untuk yang kedua kalinya.

Kali lepas viral fever macam nak mati,bengkak2 muka. Masa tu nak kena submit soft bound thesis. Dugaannya masa tu hanya tuhan yang tahu.

Kali ni pulak masa workload banyak. T.T
Ini bukan masa yg sesuai utk kena denggi. *nangis*

Kata denggi,ada masa plak update blog?
Well utk pengetahuan semua,denggi or suspected denggi ni,corak demamnya.on off. Mcm semalam pukul 12pm aku tengah bahagia bermekap2 pergi kenduri cantik2,pukul 12.45pm aku menggigil2 kat rumah kenduri macam kat eskimo. Tau2 pukul 2.30pm diagnose suspected denggi.

So sekarang tengah off denggi.mintak2 off terus la denggi ni,aku nak sihat.

posted from Bloggeroid

Sunday, December 21, 2014

Wan mencarut

THE TYPEWRITER : idati on Sunday, December 21, 2014 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
"Kite nak bukak babi manager japp"

"Ape?babi? Mencarut!!"

"Ni laa..kan gamba babi," sambil menunjuk apps Money Manager yg menggunakan ikon babi.

Oooh

Aku yg perkenalkan apps tu rupenya. Lupaa.

posted from Bloggeroid

trend bridesmaid

THE TYPEWRITER : idati on Sunday, December 21, 2014 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sejak akhir-akhir ini, aku banyak attend kenduri kawin kawan-kawan. yeah tibalah masanya untuk aku berhenti attend kenduri kawin anak kawan2 mak aku, dan sekarang masa untuk pergi kenduri membe2 pulak.

tapi stil aku attend je kenduri kawin kawan2 mak aku tau.orang dah jemput, rezeki jangan ditolak. sambil2 tu doakan pengantin juga. amin.

dan tak lupa jugak, timeline aku dibanjiri dengan gamba kenduri kawin dan tunang. sempena musim cuti sekolah kan, mmg tiap minggu gantung periuk la tengahari kan.

tapi satu yang menangkap lensa mata aku ewah lensa bagai kan, sekrang ni trend kawin ajak kawan2 jadi bridesmaid. selalunya yg jadi bridesmaid ni, selalu kawan-kawan baik atau cousin2 yg rapat.

pastu photoshoot cam2 gaya aihhhh...comei2 semua baq hanggg...monopod wajib wei.

itu takde hal lah.

tapi aku macam terfikir, kalau nak invite kawan2 yg rapat kan, ramai. kau sekolah rendah kawan baik lain, sekolah menengah lain, matrix lain, U lain, kerja lain. macam mana kau nak manage untuk jemput semua yg pernah jadi kawan baik kau tu?

contoh kau cuma jemput orang yang terdekat ngan kau je masa tu jadi bridesmaid. tiba2 bestfriend kau masa matrik datang ke majlis, kau busy tak sempat layan semua orang. gamba pun bridesmaid2 ni je yang conquer kan. serius kalau aku di tempat itu, aku sangat terasa hati. aku datang jauh2 nak raikan kau, sebagai seseorang yang pernah jadi kawan baik masa matrix kau kan. sebagai kawan yg excited tunggu kad kawen kau every year sejak tahu kau dah bertemu seseorang yg special.
tapi yelah. aku matrix setahun je ngan kau. kau U 4 tahun dengan dorang yg jadi bridesmaid.

tapi kalau aku tak ada apa2 pertalian sahabat, aku tak kisah pun suke kau lah kan. haha

macam tu lah perasaannya. tapi kalau kau dah take consideration atas semua ni, jangan risau. aku pun malas nak cakap bebanyak, karang aku pulak kawin ber'bridesmaid bagai.hahahah malu aku terus delete entri ni woi.

ok bye, esok kenduri leen plak. leen x ajak aku jadi bridesmaid aku paham, aku gmok,haha tunggu aku kurus berebut orang nak aku jadi pengapit tauu..

gambar sekadar hiasan. rembat dari Google.

Saturday, December 13, 2014

Cause I'm Happy :)

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, December 13, 2014 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
just a short update hello you all.

hari ni genap 6 tahun aku dan dia, tapi aku sedang bekerja. T.T

nanti baru update.

Happy birthday 24 dear Ridwan :) (12/12/2014)

Happy 6th year together (13/12/2014)

Friday, December 5, 2014

K Colly Sweet 17 Original; ini buktinya

THE TYPEWRITER : idati on Friday, December 05, 2014 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Hai, again aku tak sempat nak cerita tentang khasiat K Colly Sweet 17 ni. Walaubagaimanapun hasil berbeza2 bagi setiap orang ya!



Ni adalah hasil bila saya scan QR barcode k colly sweet 17 yang saya beli. Original tau! Terbukti!

Kalau nak boleh place your order via whatsapp;

Sebelum ni adalah RM 169!

Sekarang saya jual RM100 termasuk penghantaran.

Btw, Secret Skin White Kawaii pun saya jual tau. Whatsapp saya.

0175527072 (Idati)

posted from Bloggeroid

Wednesday, December 3, 2014

K Colly Sweet 17 Original Hanya RM100!

THE TYPEWRITER : idati on Wednesday, December 03, 2014 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Hai, aku masih belum berkesempatan nak cerita lebih lanjut tentang khasiat k colly sweet 17 ni pada semua.

Tapi kalau masing-masing dah buat research, dan decide nak beli, aku ada jual ye!

Instead of RM 169, aku jual

RM 100 sahaja!

Termasuk kos postage.
Untuk sabah/sarawak saja tambah lagi rm5.

Harap maaf,luar malaysia aku tak pos,buat masa ni.







posted from Bloggeroid

Wednesday, November 26, 2014

Kes 'anak tengking bapa tak reti pam tayar'; farahsyazwanimj mohon maaf

THE TYPEWRITER : idati on Wednesday, November 26, 2014 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

Ini adalah aku repost semula dari post cousin aku di FB, sesungguhnya kami sekeluarga amat terkilan dengan perkara ini yang jelas2 mengundang damage dan makian.

"Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamualaikum.

Saya wakil ahli keluarga dari mangsa dalam viral "anak tengking bapa sebab xreti pam tayar kereta". Berkenaan dengan isu ini, ahli keluarga saya telah menerima kecaman hebat apabila page2 FB & blog2 menyiarkan tweet dari seorang mahasiswi yg akaunnya bernama 'farahsyazwanimj'.

Kami menafikan sekeras2nya fitnah daripada tweet tersebut kerana kejadian tengking-menengking sama sekali tidak berlaku. seperti tweet farahsyazwanimj, "she shouted at her dad in public just because x reti pamkan angin.The dad was nicely attired for her convo. I cried"; translation : Dia marah kat ayah dia depan orang ramai sebab ayah dia tak reti pam angin. Ayah dia berpakaian kemas semata-mata nak hadiri convo anak dia.

Yang pertama, mangsa tidak menengking ayahnya. sebaliknya sedang membetulkan semula tekanan angin dalam tayar. ibu mangsa juga berada di dalam kereta. kedua2 ibu bapa mangsa turut menafikan kejadian tersebut.

Yang kedua, mangsa BUKAN pergi konvo. Mangsa dah lama konvo, dah kerja dah pun. Mereka dalam perjalanan ke JB atas tujuan menghadiri majlis kahwin sanak saudara.

Keluarga kami telah berjaya menghubungi farahsyazwanimj utk bertanyakan ttg viral yg disebarkan.dan beliau telah mengeluarkan kenyataan maaf atas kesilapannya mengeluarkan 'tweet' sebegitu di atas akaun baru twitternya.



Sebahagian damage dari 5k+ yang mostly negative

Sebahagian damage dari 5k+ yang mostly negative

Sebahagian damage dari 5k+ yang mostly negative

Berupa ancaman kepada mangsa

Berupa ancaman kepada mangsa


mesej dari abang farahsyazwanimj





report polis yang dilakukan oleh keluarga mangsa viral

Kenyataan maaf oleh farahsyazwanimj melalui akaun twitter barunya yang ditujukan pada mangsa dan keluarga..

Kami sekeluarga sepakat memaafkan farahsyazwanimj. Dengan kes ini, kami berharap agar semua orang berhati2 terhadap apa yang ditulis. walaupun negara ini negara demokrasi, tapi perkara2 beginilah yang boleh meruntuhkan akhlak masyarakat. Lihat saja komen2 negatif yang ditulis, sangat mencerminkan peribadi masing-masing. wallahualam.

kami juga berharap fitnah2 di blog2 dan page fb dapat dipadamkan dengan segera, sila hormati perasaan orang lain.
































Sunday, November 23, 2014

Anak tengking bapa tak pandai pam angin tayar [Siapa farahsyazwanimj?]

THE TYPEWRITER : idati on Sunday, November 23, 2014 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Sejak pagi tadi viral berupa 'anak tengking bapa tak reti pam angin tayar' dah tersebar. Di sebalik penyebaran berita adalah empunya akaun twitter 'farahsyazwanimj'.

Difahamkan setelah disoal beberapa kali oleh pengguna twitter mengenai kesahihan "cerita" yang disebarkan, pemilik akaun tersebut telah menukar nama akaun dan gambar beberapa kali sebelum mendelete akaun tersebut.

Siapakah farahsyazwanimj? Kenapa rakyat malaysia suka mempercayai viral begini tanpa tahu hujung pangkal cerita tahu2 dah jadi keyboard warrior?

Mohon farahsyazwanimj tampil memberikan keterangan terhadap kesahihan maklumat. Ataupun terus berhubung dengan perempuan yg dikatakan itu.


Friday, November 21, 2014

Bumi penang sekali lagi

THE TYPEWRITER : idati on Friday, November 21, 2014 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Aku menjejakkan kaki lagi di bumi penang. Dalam banyak2 kali aku ke penang, hanya 4 dalam ingatan.

1, masa darjah 6. Melancong ke sini dengan famili. Terlalu excited sampai hari ke 3 kena demam panas. Siap pakai topi mat salleh bajet anak omputeh.

2, matrik penang. Di mana setahun aku bertapa di sini, hidup macam biasa.linear. tak rajin merayau, tak membazir.baik.in fact,sangat baik.

3,praktikal hospital penang. 5 minggu di sini. Antara praktikal yang bermanfaat sebab dapat belajar banyak benda.

4,kerja. Aku ke career fair usm. Helli again penang.

Nampak tak pembesaran di situ.

Saturday, November 15, 2014

Makan Dip n Dip, The Curve

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, November 15, 2014 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sejak akhir-akhir ni, aku jarang dapat nak mendedikasikan masa aku untuk menulis.kalau ada pun, micro blogging di twitter. micro blogging wa cakap lu. haha. orang busy katanya. sangat.

weekend lepas atas akta hasutan dari foodporn dan cousin aku yang terlalu suka makan, tasya nama dia, aku terpengaruh untuk makan di Dip n Dip. tau tak pasal dip n dip ni? setahu aku ada dua tempat. satu di bangsar, satu di the curve. of course aku pergi the curve, 5 min dari rumah *saja nak cakap the curve tu belakang rumah aku hahahaha*

aku pergi bersama kawan baik merangkap bakal segalanya, wan, sapa lagi. sapa lagi yang suka paksa dia try benda-benda pelik kalau bukan aku. mihmihmih. sampai saja, orang beratur.ini kalah nasik kandaq beratuq bak hang. buruk benor pronunciation kedah teman.

bagi sesapa yang tak pernah pi dip n dip, and takut nak try sebab rasa tempat ni terlalu bombastik untuk dicuba, biar aku explain sikit. lepas ni boleh lelaju pi cuba.

cara nak order/makan dip n dip (eating dip n dip for dummies) 
1) Pegi Dip n Dip Bangsar atau The Curve.. atau ada cawangan lain aku tak tahu.
2) Kalau tak ada orang beratur ; terus jumpa waiter untuk dapat seat/ terus duduk sesuka hati
    Kalau ada orang beratur ; sila beratur, tunggu turn, nanti waiter akan bawak korang ke meja.
beratur sambil duduk 
3) Menu sampai. order lah sesuka hati. tips aku kalau order benda manis ni, jangan air nak milkshake bagai. jap gi muntah balik segala.order air mineral tak sejuk. kalau nak order makanan coklat tu, aku syorkan share la sepinggan 2,3 orang. bukan sorang 2,3 pinggan.

4) Makan. Bila dah habis makan dan yakin korang takkan mampu menelan walau setitik coklat pun lagi, panggil la waiter nak buat bayaran.
aku bawak pulang tisu ni sebagai ole-ole utk housemate, pqa.
wan dan coklat waffle harga rm 17.manis melekat bak hang
Brownies Chocolate Rich RM11. kurang sikit manis dari waffle cekelat tu.
Triple crepe. RM 17. manehh melekat jugak weh. 

5) bayar dan menangis dengan harga. hehehehe
total RM55 termasuk tax. 


wan mula-mula makan waffle coklat yang melimpah ruah tu siap cakap,
"kalau nanti dah habis ni, nak jilat pinggan boleh? sedap la coklat dia.."
aku hanya angguk-angguk.

selang 10 minit makan, waffle dah habis, tinggal banjir coklat di atas pinggan wan, dia mula kata,
"biasa je coklat dia,.rasa cam choki2,"

tengok, aku dah kata. dia kalau dah kenyang memang macam tu.

p/s: tasya kata kalau taknak manis sangat boleh order dark chocolate. aku makan ni, biol sampai 2,3 hari.sebab manis sangat.


pun boleh.

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, November 15, 2014 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
selamat tiba di kampung halaman, sekarang jam 1:05 am. sudah masuk sabtu.

tadi lebih kurang jam 9, wan hantar aku ke pudu sentral. sedang kami jalan di depan deretan kedai sebaris KFC pudu, seorang pakcik india yang aku tak boleh nak agak umurnya, tengah melayang-layangkan flyers berkerepot walaupun di'laminate. mulutnya kumat-kamit. aku cuba mendengar butiran.

mula-mula aku cuma dengar

"ini..ini..aaa...qqo..uu..aa...wii..muu...aaa,"

ai pakcik ni ingat aku orang india ke? bulu kening pun tak cukup ni.

sekali lagi aku bagi peluang. wan pun dah start berkerut-kerut. aku syak dia ingat pakcik tu nak jual rumah.tapi,

"ini..ini...bilik okey, ada surau ada astro ada air-cond. nak tinggal berapa lama?" matanya mengerling beg baju busuk aku yang dipegang wan.

"tak pe...kami baru nak balik kg," kata wan.

"takpa2 kalau tak mau tidur. short term punya pun ada. 2,3 jam boleh..,"

saat pakcik tu cakap macam ni, aku rasa nak baling beg baju busuk tu kat muka dia. biar dia tercirit dalam seluar penangan baju busuk maha kepam aku.

Sunday, August 31, 2014

Salam kemerdekaan ke 57 negaraku Malaysia

THE TYPEWRITER : idati on Sunday, August 31, 2014 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

Tiada lain yg dapat ku nyatakan selain rasa syukur yg mendalam ke hadrat Ilahi terhadap 57 tahun kemerdekaan negara ini.

Ya Allah, lindungilah negaraku Malaysia.
Terima kasih kepada para perwira negara yg telah gugur ataupun yg masih hidup ketika mempertahankan dan memperjuangkan kedaulatan bangsa dan negara. Kami warisanmu berterima kasih atas pengorbanan generasi terdahulu.

#merdeka57 #malaysiamerdeka #samasama

Wednesday, August 27, 2014

Episod Kerja (1) : Mencari Diri melalui Values

THE TYPEWRITER : idati on Wednesday, August 27, 2014 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Masa aku umur berapa entah yang aku tau masa tu tinggi aku tak lepas pun lagi dinding pengantara dapur mak aku - mak aku kata dulu-dulu senang nak pergi oversea.  Aku ooo kan je. Dulu-dulu senang nak kerja.
Tapi paling famous di bibir mak aku adalah "kojo kerajaen la sonang" dalam bahasa rawa yg bermaksud "kerja kerajaan la senang". Jangan ingat bahasa nogori, ini bahasa Rawa!
besar lagi dari ni lah masa tu dah start cakap pasal kerja kerajaan dan belajar luar negara. mihmihmih

Selepas beberapa tahun dinosaur, aku tidak bekerja dengan kerajaan. tetapi aku bekerja dengan private sector dan aku masih hidup senang (cukup makan lah maksudnya) dan paling penting, aku bahagia. mesin penimbang saja yang seksa.

Flashback kembali (malas nak hashtag throwback bagai), aku seorang pelajar gemilang (tahap perasan yang tak dapat dikawal), belajar dengan tujuan untuk menjadi doktor. Alah, dari darjah satu sampai form 5 boleh jamin lebih separuh kelas nak jadi doktor walaupun masuk form 4 ambik kelas sastera. tapi sekurang-kurangnya dia ada cita-cita apa. semua tertipu dengan imej bersih doktor di sebalik overall putih, eh aku tak kata doktor jahat. tapi bukan semua doktor baik. pernah dengar doktor sendiri? haaa.
bila dah sampai form 5 barulah aku menggelupur menyedari aku taknak jadi doktor, aku tak mampu jadi doktor. betul, tak tipu. aku layak jadi penipu.

apa-apapun lepas form 5 aku masuk ke matrik penang jugak. dengan hala tuju sains. nampaknya semua orang masih berharap aku menjadi doktor atau pharmacist at least. pergh ingat senang ke nak jadi dua tu. aku masih cuba tunaikan permintaan dan harapan semua orang. sakit, payah,pedih, penghinaan, susah, semua aku tanggung sendiri. pernah sekali je aku call mak aku nangis-nangis sebab result math matrix macam setan. lepas tu setan macam mana pun tak pernah nangis.
masa zaman matrix. eh kawan sebelah tu dah kahwin tau, jangan macam-macam. (itam nye ai)
 masuk ke UKM, aku ambil occupational therapist. kalau orang tak tau beza, orang akan panggil doktor jugak. walaupun terapis. hehehe. aku sempat lah perasan selama 4 tahun. aku belajar macam biasa.
aku sukakan ilmu sains, aku suka bantu orang, aku suka apa yang aku study, tapi ini bukan apa yg aku nak.
aku enjoy tempoh 4 tahun yg diberikan pada aku, masa study adalah masa kau kumpul values. bukan kumpul CGPA 4 flat saja. itu saja tak cukup. tapi cukup utk kata otak kau mampu menjadi mesin fotokopi dan mesin rakaman lecturer. bila tanya values lain, 90% warga 4 flat tercari-cari dan mereka-reka jawapan bila aku lihat riak muka dan anak mata beralih ke satu fokus. iya, sedang menipu.



aku suka sangat buat PG dan treat patient BURN.

subjek kegemaran O&M, sangat seronok. aku suka. tu aku lah yang pegang white cane sambil pakai blindfold.
berjaya siapkan tesis dengan hasil yang aku suka. berbaloi penat lelah aku, alhamdulillah. siap kena viral fever (macam denggi teruknya masa nak hantar soft bound tau)



gambar-gambar ni semua membuktikan yang aku enjoy kehidupan di UKM dan aku treasure semua values yang aku dapat. aku tak pernah buang semuanya walau lari course, aku dengan bangga tetap cakap dulu aku study bahagian medical rehab. kisah konvo di sini.

aku rasa aku lebih daripada ini. lebih macam mana aku pun tak pasti. tak ada pengukur.masa third year di UKM, yang paling menguatkan aku untuk berkata TIDAK pada kerjaya ini adalah terapis itu (ada 2  orang terapis yg aku akan ingat sampai mati kata-kata mereka) sendiri yang maki aku cukup-cukup (aku sempat senyum sinis membalas makian tersebut) sampai self-esteem aku tergolek bagai raksasa sudah jatuh ditimpa tangga, menunggu di'fire pula oleh ultraman di tengah bandar miniature.
terima kasih atas makian bajet baik bajet caring tersebut, dengan itu aku boleh move on dengan berlapang dada tanpa rasa menyesal sedikit pun. bagaimanapun aku tidak prefer di section kebolehan diri dalam resume disertakan kebolehan TAHAN MAKI.

tamat study aku ada jugak cuba bagi peluang pada kerjaya OT. aku pergi interview yang berkaitan dengan OT. aku nak jadi jugak vision therapist sebab aku suka subject O&M dalam OT, aku sanggup interview ke KL dari Gopeng, Perak. aku mohon sana sini. siapa cakap aku tak usaha, aku cuba. bukan aku give up terus. hari-hari aku online, cari kerja. keluar sana-sini tengok ada kekosongan yang sesuai tak. masa tu aku tak tahu apa yang aku boleh buat selain bidang sains,of kos la aku taknak jadi drebar lori yang tak perlukan A dalam sains, tapi takkan drebar lori. nanti tangan tough, lelaki takut. mula-mula keyakinan aku tinggi, tapi lepas dibebel tanpa henti oleh mak aku, self-esteem aku sekali lagi merudum bak rakyat israel tunggu masa dibom oleh bom yang tidak pernah dijangkakan. aku jadi rebel, aku taknak kerja. aku pekakkan telinga, aku buat tak faham, aku taknak faham.


bayangkan ini aku yang sedang rebel dgn bergaya.



masa ni aku kerja parttime jual blazer. susah tau nak cari rezeki, nak yakinkan orang.

satu hari selepas berpuluh-puluh hari yang aku lalui dengan menjadi penanam anggur, mangga, durian, kucing mati dan segalanya, aku baca balik tulisan aku di beberapa blog milik aku. aku tahu aku minat menulis, aku suka mengarang. aku suka buat cerita, aku suka bercerita, aku suka bercakap, aku suka semua tu. semua orang suka puji aku pandai mengarang, tapi terhenti di situ saja. tak ada siapa bagi galakan, bagi aku arah tuju yang tepat ke arah itu. tiada siapa-siapa. hanyalah aku dan diri aku sendiri. sampai aku kenal wan, yang mana adalah orang yang aku sayang lebih dari diri aku sendiri sekarang, berkata "jadilah apa-apa yg awak suka. asalkan gembira, kenapa nak peduli sangat apa orang cakap". self-esteem aku kembali bagaikan gorilla minum horlicks ais. menggelupur gembira.

akhirnya aku jumpa jalan untuk membantu aku mencuba potensi diri aku selain dari OT. aku jumpanya di dalam PROGRAM GEMS 2.0 di bawah Excel Minds Consultancy Sdn Bhd.

Nantikan sambungan mengenai program GEMS 2.0 dalam entri akan datang.

Tuesday, August 26, 2014

harap ke-suwey-an ini tertinggal di jam 6 petang tadi

THE TYPEWRITER : idati on Tuesday, August 26, 2014 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
jam 4:30 am. apa ketahian alarm bunyi ni. selang seminit aku maki diri, aku yang azam nak bangun sahur untuk puasa. ada dalam 2 saat aku sengih sorang-sorang dalam gelap, teringat riak muka aku yg berdiri depan cermin "aku nak puasa, boleh kurus!".

tak tahu berapa kerap alasan ni aku pakai, atau lebih senang cakap, umpan. salah sangat niat tu. 

yang aku tahu pagi tadi lepas bangun dari tidur balik, bermulalah saat-saat yang malang. keluar rumah tak bawak helmet, tak bawah handphone, mata tercucuk spek, motor tak mau hidup. aku ingat lepas pukul 6 petang kebahagiaan bermula. rupa-rupanya ada lagi baqhangggg ada lagii.

satu kereta mewah membelok dengan tidak bersignal. mungkin dia perasan dirinya lewis hamilton yg sedang lap di F1 circuit. kepala otak dia. ini 'Ana Carrasco' kembang nak lalu. sempat aku buat cara-cara mengelak macam mat rempit power walaupun aku bermodalkan skuter suzuki yg kurus kering berbanding ridernya.

bila aku dah di hadapan, aku nampak kereta tu terberhenti di situ. tempat yang dia hampir langgar aku dan terpelanting. sekarang siapa yang patut terkejut. 

sepanjang perjalanan ke OU aku sibuk memikirkan apakah ayat yang sesuai digunakan sekiranya aku terkemalangan mcm Kiki. 
baru ingat nak jadi famous tadi.

Monday, August 25, 2014

Holland Code Career Test

THE TYPEWRITER : idati on Monday, August 25, 2014 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
This section describes your top interest area.

You're a Creator

Your primary interest area is Artistic, which means you are a creator interested in imagination, self-expression, and artistic experience. Creators enjoy drama, fine arts, music, and creative writing. They like to work with visual elements such as forms, colors, and patterns.
Creators like an unstructured work environment where they can be free to express their individuality. They usually like to avoid work settings with a lot of strict rules or standard procedures that must be followed.
Creators like their work best when they can think outside the box and put their own personal spin on what they do. As a Creator, your primary career goal will be to find a job where you can use your imagination and solve creative problems in a unique and original way.
Some sample careers for Creators include graphic designer, musician, journalist, novelist, and architect.

SECTION II: YOUR SCORE SUMMARY

In this section, you will see how you scored for each of the 6 interest areas.

Building

Building careers are those that involve mechanics and construction, working with machines, or using physical skills. Builders are often attracted to careers in the military or law enforcement, construction, mechanics, and athletics.
Your interest level for the Building career area is low.

Thinking

Thinking careers are those that involve research, analysis, and solving abstract or theoretical problems. Thinkers are often attracted to careers in the sciences, computers and technology, mathematics, and medicine.
Your interest level for the Thinking career area is low.

Creating

Creating careers are those that involve artistic expression, imagination, and the creative use of language. Creators are often attracted to careers in performing or visual art, music, writing, and all areas of design.
Your interest level for the Creating career area is high.

Helping

Helping careers are those that involve assisting, teaching, or taking care of other people. Helpers are often attracted to careers in education, counseling, health care, social service, and human resources.
Your interest level for the Helping career area is high.

Persuading

Persuading careers are those that involve leading, influencing, or managing others. Persuaders are often attracted to careers in business, management, sales, retail, and entrepreneurship.
Your interest level for the Persuading career area is high.

Organizing

Organizing careers are those that involve managing data, files, and processes. Organizers are often attracted to careers in accounting, computers and information systems, administration, and office management.
Your interest level for the Organizing career area is low.

SECTION III: CAREERS TO EXPLORE

Following are some career ideas that match your interest profile. Use this list as a starting point, but you may also want to browse through other careers using this career finder tool.

Career Ideas for You

Following are some careers you can consider. These are all careers which match your primary interest area. We have also filtered out careers that match areas you are not interested in.
Not every career on this list will be right for you. Some will sound more appealing than others. To find out more about a career, click on the name for a full description.
TITLESUMMARYEARNINGSGROWTH
ActorActors express ideas and portray characters in theater, film, television, and other performing arts media. They also work at theme parks or other live events. They interpret a writer’s script to entertain or inform an audience.$33,18013%
AnnouncerAnnouncers present music, news, and sports and may provide commentary or interview guests about these topics or other important events. Some act as masters of ceremonies (emcees) or disc jockeys (DJs) at weddings, parties, or clubs.$25,900-4%
Art DirectorArt directors are responsible for the visual style and images in magazines, newspapers, product packaging, and movie and television productions. They create the overall design of a project and direct others who develop artwork and layouts.$76,98012%
Barber, Hairdresser, or CosmetologistBarbers, hairdressers, and cosmetologists provide hair styling and beauty services.$24,33320%
EditorEditors plan, review, and revise content for publication.$49,9900%
Graphic DesignerGraphic designers create visual concepts, by hand or using computer software, to communicate ideas that inspire, inform, or captivate consumers. They develop the overall layout and production design for advertisements, brochures, magazines, and corporate reports.$42,40013%
Interior DesignerInterior designers make interior spaces functional, safe, and beautiful by determining space requirements and selecting decorative items, such as colors, lighting, and materials. They read blueprints and must be aware of building codes and inspection regulations.$44,95019%
Interpreter or TranslatorInterpreters and translators convert information from one language to another. Interpreters work in spoken or sign language, translators in written language.$38,85022%
Multimedia Artist or AnimatorMultimedia artists and animators create animation and visual effects for television, movies, video games, and other forms of media.$56,33014%
Music Director or ComposerMusic directors (also called conductors) lead orchestras and other musical groups during performances and recording sessions. Composers write and arrange original music in a variety of musical styles.$47,3505%
Musician or SingerMusicians and singers play instruments or sing for live audiences and in recording studios.$43,7038%
Writer or AuthorWriters and authors develop original written content for advertisements, books, magazines, movie and television scripts, songs, and online publications.$53,07015%

SECTION IV: NEXT STEPS

1. Do your research

Now that you have a better idea of your interests, use this career browser to get more information about different options.

2. Share this test with friends

Curious how your friends would score? Post this quiz to Facebook so they can take it too.



Read more: Your Results for Holland Code Career TestAugust 25, 2014, 4:35 am | Truity http://www.truity.com/personality-test/test-results/410738#ixzz3BNLbv9Oa 
Follow us: @truitylabs on Twitter


source : http://www.truity.com/personality-test/test-results/410738