Do you like my blog?

Saturday, March 1, 2014

Sedekah cara online!

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, March 01, 2014
Ada banyak cara untuk bersedekah, lagi mudah dengan dunia di hujung jari. *applause*

selain daripada senyum  dekat tabung masjid *senyum itu sedekah*, kita juga boleh gunakan medium online untuk bersedekah. anda perlu ada online banking atau dalam kes ini, aku gunakan cimbclicks.

sekarang aku nak tunjuk sikit cara bersedekah online untuk palestine *contoh*

langkah 1 : bukak dan login CIMBCLICKS anda (http://www.cimbclicks.com.my/). 

Langkah 2 : Klik 'Pay' di menu, dan pilih options 'Bill'

Langkah 3 : pilih akaun anda yang ada duit di dalam ^.^ di ruangan 'From'.
Utk ruangan 'To', tekan 'Open Billers(Category) dan tekan options 'Zakat/Charities'.

Langkah 4 : Select a biller. dari situ korang ada pelbagai options untuk dipilih. korang nak menderma pada siapa, semua ada. sebagai contoh aku pilih untuk menderma kepada 'Islamic Relief Malaysia - Relief Appeal'

Langkah 5 : Untuk Bill Identification, isi semua yang berkaitan. Untuk appeal categories, aku pilih untuk 'Palestine Emergency Appeal'.
selalu kan korang nampak ada orang mintak derma utk palestin tapi korang ragu2 sebab tak yakin. Jadi, korang boleh derma kat sini ^.^
Langkah 6 : tekan submit. nanti dapatkan TAC number dan submit. siap. semua di hujung jari.


bukan palestine je, untuk somalia, untuk syria tak jumpa lagi, untuk association orang buta, WWF, etc semua korang boleh derma. RM1 setiap minggu atau setiap bulan pun tak apa. janji kita sedekah kan apa yang kita ada dengan seikhlas hati.

sekian, selamat beramal.










1 C.O.M.M.E.N.T.S:

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

Bagusnya. Sedekah klik iklan boleh juga..hehehe.