Do you like my blog?

Sunday, April 27, 2014

mencari diri yang hilang di dalam kesibukan pesta buku

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, April 27, 2014
sekarang lokasi aku di sudut hujung satu dinding di bangunan pwtc. iya,pesta buku antarabangsa 2014 sedang berlangsung. aku sendiri. mungkin hari ini hari lone-ranger aku. hujan lebat di luar, aku toleh ke skuter pinjaman, masih di situ. mandi hujan.

baru tadi ada satu gadis ayu dari utusan datang interview aku di sudut dinding ini. terus-terang aku kata jawapan aku sangat mengikut skema jawapan. soalan nya, apa yang menarik di sini? buku, orang, makanan (padahal tengok je). oh ya, buku kat sini affordable. affordable sampai habis rm100 affordable apanya.

tadi aku sempat jumpa sir noordin, penulis buku Rahsia 100 Impian. aku beli buku dia dengan harga rm27.90 dengan harapan dapat membantu aku menjadi jutawan dunia n akhirat *berangan*. aku sempat minta dia bagi kata2 semangat kat aku. mana tau terkena tempias jutawan. 

dia minta aku beritahu tarikh lahir. 17 oktober 1990.

"awak ni seorang yang senang cari kawan, tapi susah cari sahabat. lagi, awak ni seorang yang strong personality".

aku terkejut. tentang sahabat. bila aku fikir, memang aku tak pernah ada kawan yang boleh aku betul-betul gelar sahabat. yang tak backstab aku saat aku susah, saat aku gelisah. yang selalu ada bila aku perlu. seingat memori aku macam tak pernah.

dan lagi kata sir noordin, "kamu kena cari sahabat".

mungkin itulah kuncinya. kunci kebahagiaan. baru aku sedar selama ini aku cuma bersahabat dengan diri aku sendiri. aku punya ramai kawan, cakap saja dari ceruk mana in shaa Allah ada. tapi aku tak ada sahabat. wan pun cakap perkara yang sama.

atau aku sendiri yang letak border. aku baru baca beberapa page buku Rahsia 100 Impian. menarik. bermula dari seorang yang corot di dalam kelas, akhirnya sir Noordin menjadi manusia berjaya. nanti aku dah habis baca aku share lagi.

aku? bermula dengan seorang yang cemerlang gemilang terbilang (melampau lah tu) dalam kelas, akhirnya aku tersadai mengejar impian yang semakin kabur ditelan waktu. aku stranded di dalam kata-kata duniawi yang mendesak, menjerit, menggelupur minta diikut jejak-jejak mereka.

current level : pujian (0.1%), kejian (99.9%)






1 C.O.M.M.E.N.T.S:

Noordin Khalid said... [Reply]

Salam hormat
Terjumpa blog cik puan semasa goggle nama sendiri. T/Lahir itu suatu kajian yang barangkali kebetulan. Tetapi yang nyata pada diri itu lebih jelas terpapar jawapan pada 'rahsia diri'. Semoga dengan izin Allah, cik puan dapat mendapat kunci dalam mengejar kejayaan. Kuncinya adalah "carilah sahabat bukan kawan..."

Amin.