Do you like my blog?

Saturday, May 3, 2014

Watak

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, May 03, 2014
malam ini pukul 2:36 pagi aku mahu taip tentang watak.

kita saling berjalan di atas muka bumi. kita saling jadi watak.
aku sebahagian watak dari hidup kamu,
dan kamu sebahagian watak dari hidup aku.

aku, dia, beliau, baginda, kita, kami, kamu, mike, hangpa ; ini semua watak.
watak aku kepada dia; kawan.
watak aku kepada beliau; pelajar kurang perhatian.
watak aku kepada baginda; rakyat tak dikenali.
watak aku kepada kita; kawan buat kerja gila.
watak aku kepada kami; kawan ponteng kuliah dan lari panjat pagar.
watak aku kepada kamu; orang lalu lalang depan kamu dalam pawagam tengok movie Harry Potter.
watak aku kepada mike; orang menganga dekat Kg Baru tengok orang busking.
watak aku kepada hangpa; seorang blogger yang asyik hilang barang dan hilang diri sendiri.

banyak lagi. macam-macam watak kita semua boleh jadi.
yang penting aku tak mahu jadi watak yang hodoh lagi menjengkelkan dalam hidup semua.
aku mahu jadi watak yang linear buat semua yang ada.


0 C.O.M.M.E.N.T.S: