- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Episod Kerja (1) : Mencari Diri melalui Values | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Wednesday, August 27, 2014

Episod Kerja (1) : Mencari Diri melalui Values

THE TYPEWRITER : idati on Wednesday, August 27, 2014
Masa aku umur berapa entah yang aku tau masa tu tinggi aku tak lepas pun lagi dinding pengantara dapur mak aku - mak aku kata dulu-dulu senang nak pergi oversea.  Aku ooo kan je. Dulu-dulu senang nak kerja.
Tapi paling famous di bibir mak aku adalah "kojo kerajaen la sonang" dalam bahasa rawa yg bermaksud "kerja kerajaan la senang". Jangan ingat bahasa nogori, ini bahasa Rawa!
besar lagi dari ni lah masa tu dah start cakap pasal kerja kerajaan dan belajar luar negara. mihmihmih

Selepas beberapa tahun dinosaur, aku tidak bekerja dengan kerajaan. tetapi aku bekerja dengan private sector dan aku masih hidup senang (cukup makan lah maksudnya) dan paling penting, aku bahagia. mesin penimbang saja yang seksa.

Flashback kembali (malas nak hashtag throwback bagai), aku seorang pelajar gemilang (tahap perasan yang tak dapat dikawal), belajar dengan tujuan untuk menjadi doktor. Alah, dari darjah satu sampai form 5 boleh jamin lebih separuh kelas nak jadi doktor walaupun masuk form 4 ambik kelas sastera. tapi sekurang-kurangnya dia ada cita-cita apa. semua tertipu dengan imej bersih doktor di sebalik overall putih, eh aku tak kata doktor jahat. tapi bukan semua doktor baik. pernah dengar doktor sendiri? haaa.
bila dah sampai form 5 barulah aku menggelupur menyedari aku taknak jadi doktor, aku tak mampu jadi doktor. betul, tak tipu. aku layak jadi penipu.

apa-apapun lepas form 5 aku masuk ke matrik penang jugak. dengan hala tuju sains. nampaknya semua orang masih berharap aku menjadi doktor atau pharmacist at least. pergh ingat senang ke nak jadi dua tu. aku masih cuba tunaikan permintaan dan harapan semua orang. sakit, payah,pedih, penghinaan, susah, semua aku tanggung sendiri. pernah sekali je aku call mak aku nangis-nangis sebab result math matrix macam setan. lepas tu setan macam mana pun tak pernah nangis.
masa zaman matrix. eh kawan sebelah tu dah kahwin tau, jangan macam-macam. (itam nye ai)
 masuk ke UKM, aku ambil occupational therapist. kalau orang tak tau beza, orang akan panggil doktor jugak. walaupun terapis. hehehe. aku sempat lah perasan selama 4 tahun. aku belajar macam biasa.
aku sukakan ilmu sains, aku suka bantu orang, aku suka apa yang aku study, tapi ini bukan apa yg aku nak.
aku enjoy tempoh 4 tahun yg diberikan pada aku, masa study adalah masa kau kumpul values. bukan kumpul CGPA 4 flat saja. itu saja tak cukup. tapi cukup utk kata otak kau mampu menjadi mesin fotokopi dan mesin rakaman lecturer. bila tanya values lain, 90% warga 4 flat tercari-cari dan mereka-reka jawapan bila aku lihat riak muka dan anak mata beralih ke satu fokus. iya, sedang menipu.



aku suka sangat buat PG dan treat patient BURN.

subjek kegemaran O&M, sangat seronok. aku suka. tu aku lah yang pegang white cane sambil pakai blindfold.
berjaya siapkan tesis dengan hasil yang aku suka. berbaloi penat lelah aku, alhamdulillah. siap kena viral fever (macam denggi teruknya masa nak hantar soft bound tau)



gambar-gambar ni semua membuktikan yang aku enjoy kehidupan di UKM dan aku treasure semua values yang aku dapat. aku tak pernah buang semuanya walau lari course, aku dengan bangga tetap cakap dulu aku study bahagian medical rehab. kisah konvo di sini.

aku rasa aku lebih daripada ini. lebih macam mana aku pun tak pasti. tak ada pengukur.masa third year di UKM, yang paling menguatkan aku untuk berkata TIDAK pada kerjaya ini adalah terapis itu (ada 2  orang terapis yg aku akan ingat sampai mati kata-kata mereka) sendiri yang maki aku cukup-cukup (aku sempat senyum sinis membalas makian tersebut) sampai self-esteem aku tergolek bagai raksasa sudah jatuh ditimpa tangga, menunggu di'fire pula oleh ultraman di tengah bandar miniature.
terima kasih atas makian bajet baik bajet caring tersebut, dengan itu aku boleh move on dengan berlapang dada tanpa rasa menyesal sedikit pun. bagaimanapun aku tidak prefer di section kebolehan diri dalam resume disertakan kebolehan TAHAN MAKI.

tamat study aku ada jugak cuba bagi peluang pada kerjaya OT. aku pergi interview yang berkaitan dengan OT. aku nak jadi jugak vision therapist sebab aku suka subject O&M dalam OT, aku sanggup interview ke KL dari Gopeng, Perak. aku mohon sana sini. siapa cakap aku tak usaha, aku cuba. bukan aku give up terus. hari-hari aku online, cari kerja. keluar sana-sini tengok ada kekosongan yang sesuai tak. masa tu aku tak tahu apa yang aku boleh buat selain bidang sains,of kos la aku taknak jadi drebar lori yang tak perlukan A dalam sains, tapi takkan drebar lori. nanti tangan tough, lelaki takut. mula-mula keyakinan aku tinggi, tapi lepas dibebel tanpa henti oleh mak aku, self-esteem aku sekali lagi merudum bak rakyat israel tunggu masa dibom oleh bom yang tidak pernah dijangkakan. aku jadi rebel, aku taknak kerja. aku pekakkan telinga, aku buat tak faham, aku taknak faham.


bayangkan ini aku yang sedang rebel dgn bergaya.



masa ni aku kerja parttime jual blazer. susah tau nak cari rezeki, nak yakinkan orang.

satu hari selepas berpuluh-puluh hari yang aku lalui dengan menjadi penanam anggur, mangga, durian, kucing mati dan segalanya, aku baca balik tulisan aku di beberapa blog milik aku. aku tahu aku minat menulis, aku suka mengarang. aku suka buat cerita, aku suka bercerita, aku suka bercakap, aku suka semua tu. semua orang suka puji aku pandai mengarang, tapi terhenti di situ saja. tak ada siapa bagi galakan, bagi aku arah tuju yang tepat ke arah itu. tiada siapa-siapa. hanyalah aku dan diri aku sendiri. sampai aku kenal wan, yang mana adalah orang yang aku sayang lebih dari diri aku sendiri sekarang, berkata "jadilah apa-apa yg awak suka. asalkan gembira, kenapa nak peduli sangat apa orang cakap". self-esteem aku kembali bagaikan gorilla minum horlicks ais. menggelupur gembira.

akhirnya aku jumpa jalan untuk membantu aku mencuba potensi diri aku selain dari OT. aku jumpanya di dalam PROGRAM GEMS 2.0 di bawah Excel Minds Consultancy Sdn Bhd.

Nantikan sambungan mengenai program GEMS 2.0 dalam entri akan datang.

3 C.O.M.M.E.N.T.S:

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

alhamdullilah

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

Apa-apa kerja pun ok. Janji ianya halal dan diberkati. Kerja ikut minat kita lagi bagus. Semoga di mudahkan urusan kerja kat tempat sekarang. Minat menulis..boleh buat income tambahan. Search "Advertorial" dalam blog saya. Peluang baru kepada blogger yang minat menulis.

Winnie Irene said... [Reply]

hehe. cabaran kan. trus terflash back zaman2 menganggur jg. sampai rasa tak nak jd OT da.hoho. no worries la. tak jadi OT pn takpe. OT dlm hati je.