- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf harap ke-suwey-an ini tertinggal di jam 6 petang tadi | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Tuesday, August 26, 2014

harap ke-suwey-an ini tertinggal di jam 6 petang tadi

THE TYPEWRITER : idati on Tuesday, August 26, 2014
jam 4:30 am. apa ketahian alarm bunyi ni. selang seminit aku maki diri, aku yang azam nak bangun sahur untuk puasa. ada dalam 2 saat aku sengih sorang-sorang dalam gelap, teringat riak muka aku yg berdiri depan cermin "aku nak puasa, boleh kurus!".

tak tahu berapa kerap alasan ni aku pakai, atau lebih senang cakap, umpan. salah sangat niat tu. 

yang aku tahu pagi tadi lepas bangun dari tidur balik, bermulalah saat-saat yang malang. keluar rumah tak bawak helmet, tak bawah handphone, mata tercucuk spek, motor tak mau hidup. aku ingat lepas pukul 6 petang kebahagiaan bermula. rupa-rupanya ada lagi baqhangggg ada lagii.

satu kereta mewah membelok dengan tidak bersignal. mungkin dia perasan dirinya lewis hamilton yg sedang lap di F1 circuit. kepala otak dia. ini 'Ana Carrasco' kembang nak lalu. sempat aku buat cara-cara mengelak macam mat rempit power walaupun aku bermodalkan skuter suzuki yg kurus kering berbanding ridernya.

bila aku dah di hadapan, aku nampak kereta tu terberhenti di situ. tempat yang dia hampir langgar aku dan terpelanting. sekarang siapa yang patut terkejut. 

sepanjang perjalanan ke OU aku sibuk memikirkan apakah ayat yang sesuai digunakan sekiranya aku terkemalangan mcm Kiki. 
baru ingat nak jadi famous tadi.

1 C.O.M.M.E.N.T.S:

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

ala..kenapa HK tak buat. Kalau tak boleh jadi glamor macam QQ. Berhati-hati semasa merempit. Ingatlah orang yang tersayang.. ;-)