Do you like my blog?

Wednesday, November 26, 2014

Kes 'anak tengking bapa tak reti pam tayar'; farahsyazwanimj mohon maaf

THE TYPEWRITER : idati on Wednesday, November 26, 2014

Ini adalah aku repost semula dari post cousin aku di FB, sesungguhnya kami sekeluarga amat terkilan dengan perkara ini yang jelas2 mengundang damage dan makian.

"Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamualaikum.

Saya wakil ahli keluarga dari mangsa dalam viral "anak tengking bapa sebab xreti pam tayar kereta". Berkenaan dengan isu ini, ahli keluarga saya telah menerima kecaman hebat apabila page2 FB & blog2 menyiarkan tweet dari seorang mahasiswi yg akaunnya bernama 'farahsyazwanimj'.

Kami menafikan sekeras2nya fitnah daripada tweet tersebut kerana kejadian tengking-menengking sama sekali tidak berlaku. seperti tweet farahsyazwanimj, "she shouted at her dad in public just because x reti pamkan angin.The dad was nicely attired for her convo. I cried"; translation : Dia marah kat ayah dia depan orang ramai sebab ayah dia tak reti pam angin. Ayah dia berpakaian kemas semata-mata nak hadiri convo anak dia.

Yang pertama, mangsa tidak menengking ayahnya. sebaliknya sedang membetulkan semula tekanan angin dalam tayar. ibu mangsa juga berada di dalam kereta. kedua2 ibu bapa mangsa turut menafikan kejadian tersebut.

Yang kedua, mangsa BUKAN pergi konvo. Mangsa dah lama konvo, dah kerja dah pun. Mereka dalam perjalanan ke JB atas tujuan menghadiri majlis kahwin sanak saudara.

Keluarga kami telah berjaya menghubungi farahsyazwanimj utk bertanyakan ttg viral yg disebarkan.dan beliau telah mengeluarkan kenyataan maaf atas kesilapannya mengeluarkan 'tweet' sebegitu di atas akaun baru twitternya.



Sebahagian damage dari 5k+ yang mostly negative

Sebahagian damage dari 5k+ yang mostly negative

Sebahagian damage dari 5k+ yang mostly negative

Berupa ancaman kepada mangsa

Berupa ancaman kepada mangsa


mesej dari abang farahsyazwanimj





report polis yang dilakukan oleh keluarga mangsa viral

Kenyataan maaf oleh farahsyazwanimj melalui akaun twitter barunya yang ditujukan pada mangsa dan keluarga..

Kami sekeluarga sepakat memaafkan farahsyazwanimj. Dengan kes ini, kami berharap agar semua orang berhati2 terhadap apa yang ditulis. walaupun negara ini negara demokrasi, tapi perkara2 beginilah yang boleh meruntuhkan akhlak masyarakat. Lihat saja komen2 negatif yang ditulis, sangat mencerminkan peribadi masing-masing. wallahualam.

kami juga berharap fitnah2 di blog2 dan page fb dapat dipadamkan dengan segera, sila hormati perasaan orang lain.