Do you like my blog?

Saturday, November 15, 2014

pun boleh.

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, November 15, 2014
selamat tiba di kampung halaman, sekarang jam 1:05 am. sudah masuk sabtu.

tadi lebih kurang jam 9, wan hantar aku ke pudu sentral. sedang kami jalan di depan deretan kedai sebaris KFC pudu, seorang pakcik india yang aku tak boleh nak agak umurnya, tengah melayang-layangkan flyers berkerepot walaupun di'laminate. mulutnya kumat-kamit. aku cuba mendengar butiran.

mula-mula aku cuma dengar

"ini..ini..aaa...qqo..uu..aa...wii..muu...aaa,"

ai pakcik ni ingat aku orang india ke? bulu kening pun tak cukup ni.

sekali lagi aku bagi peluang. wan pun dah start berkerut-kerut. aku syak dia ingat pakcik tu nak jual rumah.tapi,

"ini..ini...bilik okey, ada surau ada astro ada air-cond. nak tinggal berapa lama?" matanya mengerling beg baju busuk aku yang dipegang wan.

"tak pe...kami baru nak balik kg," kata wan.

"takpa2 kalau tak mau tidur. short term punya pun ada. 2,3 jam boleh..,"

saat pakcik tu cakap macam ni, aku rasa nak baling beg baju busuk tu kat muka dia. biar dia tercirit dalam seluar penangan baju busuk maha kepam aku.

1 C.O.M.M.E.N.T.S:

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

Apalah yang di fikirkan pak cik ni kan. Macam-macam ada manusai ni.

ada cerita Hutan Kabut dalam entri ni.

http://pokok2u.blogspot.com/2014/11/cpuv-earning-inti-2015-cycle-1-degree.html