- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Food Hunting : Gomok Cafe at Ipoh Town | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Wednesday, December 31, 2014

Food Hunting : Gomok Cafe at Ipoh Town

THE TYPEWRITER : idati on Wednesday, December 31, 2014
Hai, rasa dah begitu lama aku tak food hunting. belakangan busy job hunting kan? biasalah baru habis study zaman sekarang pulak competition sangat tight.

berbalik pada job hunting aku tadi, aku nak membawa korang kembali ke hometown ku di perak. aku orang gopeng, perak. Ipoh pulak adalah tempat sekolah aku, bainunians, kalau korang nak tahu la.

sempena dengan akhir2 tahun ni aku pun nak jugak menggunakan annual leave aku yang berbaki 9 hari. banyak pulak kan? tapi tak ada lah one shot aku nak 9 hari. seminggu lah aku cuti, tambah dengan MC sebab viral fever second time ni ha. *nangis*

Macam biasa bila cuti2 macam ni lah aku nak mengacau syah, kawan sejak bainun aku. memang dah selalu aku menempel kat umah sewa dia kat ampang ipoh.hik2.

Malam tu dia bawak aku ke restoran classic, kat fairpark ipoh. tapi full gila orang, so dia bawak aku ke kafe baru bukak, Gomok Cafe namanya. kalau korang nak cari gamba mungkin akan kecewa, aku sejak akhir2 ini penyegan sikit nak bergambar. kih3.sangat kan. Gomok ni agaknya dari perkataan Gemuk. sapa2 yg nak kurus jngan masuk Gomok Cafe, ok gurau wahahaha
sumber: Google

Masa mula2 sampai tu, aku tengok, kecik comey je cafenya. tempat full. alhamdulillah ada kosong satu meja. aku dengan syah pun masuk belek2 menu. boleh tahan harganya, tapi mengenangkan bukannya selalu kau nak makan camni kan...pilih2.

malam tu aku rasa nak makan pasta. so apalagi, spaghetti carbonara RM 18  dengan recommended beverage, Berry berry smoothies RM10. baru launch katanya hari itu.

berry2 smoothies

spaghetti carbonara

Syah pulak order Mooooo Burger RM22 dengan Virgin Pina Colada RM8. pina means pineapple. so ia adalah minuman nenas ada susu macam milkshake. tak tau aku nak terangkan tapi ianya sedap! hehehe. berry2 smoothies pun sedap tau!
syah dan air virgin pina colada nyee

Moooo Burger

yang paling best sebab waitress dia peramah ooo. tanya la macam2 pasal menu dia, semua dia rajin jawabkan. dia recommend menu special tapi sebab harganya RM60, tak termampu lah aku nak order kan. disebabkan aku hanya orang biasa, makanya aku order menu yang biasa lah.


Wei tambahan wei, aku baru tau gomok cafe ni ownernya adalah ex bainunians. Wah senior2 gua tu bhai. Pergh bangga habis. Bainun habis tau. Disuggest kome2 pegi le ke kedai senior gua tu okey.



rating : 4/5

1 - sangat kesian. jangan jual lagi
2 - agak kesian.fikir2kan.
3 - boleh tahan. boleh upgrade lcagi
4 - sedap. tahniah.
5 - sangat sedap.tahniah! will come back for more

Bagi yang berminat nak pergi ke Gomok Cafe dan menggomokkan diri, silalah ye:


 Alamat Gomok Cafe :No 1, Jalan Leong Sin Nam,30100 Ipoh, Perak
No Telefon :013-348 2636
Facebook Page :https://www.facebook.com/pages/Gomok-Ipoh/ 
Instagram : http://instagram.com/gomokipoh


0 C.O.M.M.E.N.T.S: