Do you like my blog?

Saturday, May 31, 2014

cerita zaman bainun tentang demon perut

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, May 31, 2014 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sudah jadi kebiasaan bila pukul 2.20pm rakyat bainun mula disampuk demon kebuluran yang meracau-racau minta ditenangkan. setiap hari kecuali hari jumaat, sabtu dan ahad. hari jumaat demon keluar awal. manakala hari sabtu dan ahad demon keluar sesuka hati yang menyebabkan kekurangan dana pembangunan manusia akibat menyara demon perut.

dari tahun 2003 hingga 2007, demon aku tidak begitu mengada minta dipersembahkan dengan makanan seperti jaguh. malah demon ini berusaha keras agar biarkan aku tidur dan kurus. entah mengapa sejak 2010 demon mengganas dan menggigit serta menggapai segala makanan agar puas hati sebelum tersandar terlentok .pejam. bangun dan gemuk dengan jaya. 

begitulah flashback saya.

pilihan

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, May 31, 2014 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
bukan senang nak senang,
tapi bukan susah nak susah.

aku fikir kerana itu ramai pilih jadi gelandangan.
cuma fikiran aku.

iya.

Thursday, May 8, 2014

dunia jaguh tonggang-terbalik

THE TYPEWRITER : idati on Thursday, May 08, 2014 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
dunia ibarat matematik. cepat berubah.
secepat mana aku kata tentang matematik?

tahun 2002, aku jaguh matematik dalam kelas.
tahun 2014, aku kira 8+6 pakai kalkulator handphone.

iya, dunia.

sekian, aku yang ingin berlari seperti jaguh.

Saturday, May 3, 2014

Watak

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, May 03, 2014 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
malam ini pukul 2:36 pagi aku mahu taip tentang watak.

kita saling berjalan di atas muka bumi. kita saling jadi watak.
aku sebahagian watak dari hidup kamu,
dan kamu sebahagian watak dari hidup aku.

aku, dia, beliau, baginda, kita, kami, kamu, mike, hangpa ; ini semua watak.
watak aku kepada dia; kawan.
watak aku kepada beliau; pelajar kurang perhatian.
watak aku kepada baginda; rakyat tak dikenali.
watak aku kepada kita; kawan buat kerja gila.
watak aku kepada kami; kawan ponteng kuliah dan lari panjat pagar.
watak aku kepada kamu; orang lalu lalang depan kamu dalam pawagam tengok movie Harry Potter.
watak aku kepada mike; orang menganga dekat Kg Baru tengok orang busking.
watak aku kepada hangpa; seorang blogger yang asyik hilang barang dan hilang diri sendiri.

banyak lagi. macam-macam watak kita semua boleh jadi.
yang penting aku tak mahu jadi watak yang hodoh lagi menjengkelkan dalam hidup semua.
aku mahu jadi watak yang linear buat semua yang ada.