Do you like my blog?

Wednesday, November 26, 2014

Kes 'anak tengking bapa tak reti pam tayar'; farahsyazwanimj mohon maaf

THE TYPEWRITER : idati on Wednesday, November 26, 2014 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

Ini adalah aku repost semula dari post cousin aku di FB, sesungguhnya kami sekeluarga amat terkilan dengan perkara ini yang jelas2 mengundang damage dan makian.

"Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamualaikum.

Saya wakil ahli keluarga dari mangsa dalam viral "anak tengking bapa sebab xreti pam tayar kereta". Berkenaan dengan isu ini, ahli keluarga saya telah menerima kecaman hebat apabila page2 FB & blog2 menyiarkan tweet dari seorang mahasiswi yg akaunnya bernama 'farahsyazwanimj'.

Kami menafikan sekeras2nya fitnah daripada tweet tersebut kerana kejadian tengking-menengking sama sekali tidak berlaku. seperti tweet farahsyazwanimj, "she shouted at her dad in public just because x reti pamkan angin.The dad was nicely attired for her convo. I cried"; translation : Dia marah kat ayah dia depan orang ramai sebab ayah dia tak reti pam angin. Ayah dia berpakaian kemas semata-mata nak hadiri convo anak dia.

Yang pertama, mangsa tidak menengking ayahnya. sebaliknya sedang membetulkan semula tekanan angin dalam tayar. ibu mangsa juga berada di dalam kereta. kedua2 ibu bapa mangsa turut menafikan kejadian tersebut.

Yang kedua, mangsa BUKAN pergi konvo. Mangsa dah lama konvo, dah kerja dah pun. Mereka dalam perjalanan ke JB atas tujuan menghadiri majlis kahwin sanak saudara.

Keluarga kami telah berjaya menghubungi farahsyazwanimj utk bertanyakan ttg viral yg disebarkan.dan beliau telah mengeluarkan kenyataan maaf atas kesilapannya mengeluarkan 'tweet' sebegitu di atas akaun baru twitternya.



Sebahagian damage dari 5k+ yang mostly negative

Sebahagian damage dari 5k+ yang mostly negative

Sebahagian damage dari 5k+ yang mostly negative

Berupa ancaman kepada mangsa

Berupa ancaman kepada mangsa


mesej dari abang farahsyazwanimj





report polis yang dilakukan oleh keluarga mangsa viral

Kenyataan maaf oleh farahsyazwanimj melalui akaun twitter barunya yang ditujukan pada mangsa dan keluarga..

Kami sekeluarga sepakat memaafkan farahsyazwanimj. Dengan kes ini, kami berharap agar semua orang berhati2 terhadap apa yang ditulis. walaupun negara ini negara demokrasi, tapi perkara2 beginilah yang boleh meruntuhkan akhlak masyarakat. Lihat saja komen2 negatif yang ditulis, sangat mencerminkan peribadi masing-masing. wallahualam.

kami juga berharap fitnah2 di blog2 dan page fb dapat dipadamkan dengan segera, sila hormati perasaan orang lain.
































Sunday, November 23, 2014

Anak tengking bapa tak pandai pam angin tayar [Siapa farahsyazwanimj?]

THE TYPEWRITER : idati on Sunday, November 23, 2014 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Sejak pagi tadi viral berupa 'anak tengking bapa tak reti pam angin tayar' dah tersebar. Di sebalik penyebaran berita adalah empunya akaun twitter 'farahsyazwanimj'.

Difahamkan setelah disoal beberapa kali oleh pengguna twitter mengenai kesahihan "cerita" yang disebarkan, pemilik akaun tersebut telah menukar nama akaun dan gambar beberapa kali sebelum mendelete akaun tersebut.

Siapakah farahsyazwanimj? Kenapa rakyat malaysia suka mempercayai viral begini tanpa tahu hujung pangkal cerita tahu2 dah jadi keyboard warrior?

Mohon farahsyazwanimj tampil memberikan keterangan terhadap kesahihan maklumat. Ataupun terus berhubung dengan perempuan yg dikatakan itu.


Friday, November 21, 2014

Bumi penang sekali lagi

THE TYPEWRITER : idati on Friday, November 21, 2014 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Aku menjejakkan kaki lagi di bumi penang. Dalam banyak2 kali aku ke penang, hanya 4 dalam ingatan.

1, masa darjah 6. Melancong ke sini dengan famili. Terlalu excited sampai hari ke 3 kena demam panas. Siap pakai topi mat salleh bajet anak omputeh.

2, matrik penang. Di mana setahun aku bertapa di sini, hidup macam biasa.linear. tak rajin merayau, tak membazir.baik.in fact,sangat baik.

3,praktikal hospital penang. 5 minggu di sini. Antara praktikal yang bermanfaat sebab dapat belajar banyak benda.

4,kerja. Aku ke career fair usm. Helli again penang.

Nampak tak pembesaran di situ.

Saturday, November 15, 2014

Makan Dip n Dip, The Curve

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, November 15, 2014 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sejak akhir-akhir ni, aku jarang dapat nak mendedikasikan masa aku untuk menulis.kalau ada pun, micro blogging di twitter. micro blogging wa cakap lu. haha. orang busy katanya. sangat.

weekend lepas atas akta hasutan dari foodporn dan cousin aku yang terlalu suka makan, tasya nama dia, aku terpengaruh untuk makan di Dip n Dip. tau tak pasal dip n dip ni? setahu aku ada dua tempat. satu di bangsar, satu di the curve. of course aku pergi the curve, 5 min dari rumah *saja nak cakap the curve tu belakang rumah aku hahahaha*

aku pergi bersama kawan baik merangkap bakal segalanya, wan, sapa lagi. sapa lagi yang suka paksa dia try benda-benda pelik kalau bukan aku. mihmihmih. sampai saja, orang beratur.ini kalah nasik kandaq beratuq bak hang. buruk benor pronunciation kedah teman.

bagi sesapa yang tak pernah pi dip n dip, and takut nak try sebab rasa tempat ni terlalu bombastik untuk dicuba, biar aku explain sikit. lepas ni boleh lelaju pi cuba.

cara nak order/makan dip n dip (eating dip n dip for dummies) 
1) Pegi Dip n Dip Bangsar atau The Curve.. atau ada cawangan lain aku tak tahu.
2) Kalau tak ada orang beratur ; terus jumpa waiter untuk dapat seat/ terus duduk sesuka hati
    Kalau ada orang beratur ; sila beratur, tunggu turn, nanti waiter akan bawak korang ke meja.
beratur sambil duduk 
3) Menu sampai. order lah sesuka hati. tips aku kalau order benda manis ni, jangan air nak milkshake bagai. jap gi muntah balik segala.order air mineral tak sejuk. kalau nak order makanan coklat tu, aku syorkan share la sepinggan 2,3 orang. bukan sorang 2,3 pinggan.

4) Makan. Bila dah habis makan dan yakin korang takkan mampu menelan walau setitik coklat pun lagi, panggil la waiter nak buat bayaran.
aku bawak pulang tisu ni sebagai ole-ole utk housemate, pqa.
wan dan coklat waffle harga rm 17.manis melekat bak hang
Brownies Chocolate Rich RM11. kurang sikit manis dari waffle cekelat tu.
Triple crepe. RM 17. manehh melekat jugak weh. 

5) bayar dan menangis dengan harga. hehehehe
total RM55 termasuk tax. 


wan mula-mula makan waffle coklat yang melimpah ruah tu siap cakap,
"kalau nanti dah habis ni, nak jilat pinggan boleh? sedap la coklat dia.."
aku hanya angguk-angguk.

selang 10 minit makan, waffle dah habis, tinggal banjir coklat di atas pinggan wan, dia mula kata,
"biasa je coklat dia,.rasa cam choki2,"

tengok, aku dah kata. dia kalau dah kenyang memang macam tu.

p/s: tasya kata kalau taknak manis sangat boleh order dark chocolate. aku makan ni, biol sampai 2,3 hari.sebab manis sangat.


pun boleh.

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, November 15, 2014 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
selamat tiba di kampung halaman, sekarang jam 1:05 am. sudah masuk sabtu.

tadi lebih kurang jam 9, wan hantar aku ke pudu sentral. sedang kami jalan di depan deretan kedai sebaris KFC pudu, seorang pakcik india yang aku tak boleh nak agak umurnya, tengah melayang-layangkan flyers berkerepot walaupun di'laminate. mulutnya kumat-kamit. aku cuba mendengar butiran.

mula-mula aku cuma dengar

"ini..ini..aaa...qqo..uu..aa...wii..muu...aaa,"

ai pakcik ni ingat aku orang india ke? bulu kening pun tak cukup ni.

sekali lagi aku bagi peluang. wan pun dah start berkerut-kerut. aku syak dia ingat pakcik tu nak jual rumah.tapi,

"ini..ini...bilik okey, ada surau ada astro ada air-cond. nak tinggal berapa lama?" matanya mengerling beg baju busuk aku yang dipegang wan.

"tak pe...kami baru nak balik kg," kata wan.

"takpa2 kalau tak mau tidur. short term punya pun ada. 2,3 jam boleh..,"

saat pakcik tu cakap macam ni, aku rasa nak baling beg baju busuk tu kat muka dia. biar dia tercirit dalam seluar penangan baju busuk maha kepam aku.