- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Episod Kerja (2) : Masuk Program GEMS 2.0 oleh Excel Minds Consultancy (Gov dan TalentCorp) | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Saturday, January 24, 2015

Episod Kerja (2) : Masuk Program GEMS 2.0 oleh Excel Minds Consultancy (Gov dan TalentCorp)

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, January 24, 2015
Seperti yang dijanjikan, aku sambung menulis mengenai program GEMS 2.0. Here comes the fun!!

Mula-mula sekali aku tahu tentang program ni adalah dari kawan sejak sekolah menengah aku, atlet berjaya sejak zaman sekolah yg ajar aku main bola baling (note that aku buta sukan, and met a good coach)si Inani Husna Zulkifli. *masukkan bunga api serta mercun roket di sini*

gambar pinjam dari FB inani husna. hahahaha.sekarang dia jadi Assistant Restaurant Manager di KFC KLCC. 

Kawan lama oi. Masa tu di final year lagi aku nampak dia upload gamba dia depan bunting program GEMS 2.0. Dia pun excited terangkan, masa tu aku blur-blur lagi (tengah siapkan tesis tapi curi-curi bukak FB kan). ampunkan hamba penunggu gua. padahal program GEMS ni memang dah lama ada. bezanya dulu program GEMS bawah Khazanah, sekarang bawah TalentCorp.

Beberapa lama lepas aku tamat degree, aku masih tak bekerja.Bila tahap pengangguran mencecah kadar raksasa obesiti, maka aku bertanyakan balik tentang program GEMS ni pada nani. Dia offer bagi nama ke pihak GEMS 2.0. aku pun bagi nama beberapa orang kawan yang nak pergi reramai. pada asalnya ada dalam 6 orang jugak. akhirnya yang muncul ke program hanya aku dan pika, yang dedua memang berniat nak lari dari OT, nak cuba potensi diri dengan amalkan values yg dapat masa study.sorang dapat imigresen, sorang busy business, sorang tak minat, sorang lagi pulak kecelaruan. hanya dua yang tekad ke program.

So, here's our journey :)

9 Mac 2014, aku bertolak ke Bangsar, KL. ke accomodation yang disediakan oleh pihak excel minds. sebulan perlu membayar RM 250,  tapi deposit hanya RM150 dahulu. aku tahu kalau di Bangsar, rate per person adalah rm300, itupun tak termasuk dengan utilities. Jadi, aku dan pika sangat gembira, tak terkata. dah la dekat dengan LRT, memang untung sangat lah. duduk kat pangsapuri KTMB bangsar utama. rumah 3 bilik, 2 bilik air. ada 7 orang. heaven gila. bawah kedai mamak berderet, KK Mart, 7E, LRT. pendek kata memang cukup lah. hohoho

rumah bangsar yang latest!kemudahan ditambah dari semasa ke semasa.

kelas kami masa tu diadakan di Menara UOA bangsar.
menara UOA bangsar, dekat dengan LRT Bangsar..

kalau aku nak explain satu2 kelas dalam GEMS ni memang semput la, korang pun sekali lah semput nak baca. dalam program yg aku masuk under Excel Minds Consultancy ni, ada 6 modules semuanya; termasuk lah kelas awareness, resume writing & interview skills, english comm, grooming dan lain2 lagi. semua skills ni diadakan dalam kelas yang sangat mampat, padat dan hebat. pengisian dan objektif adalah tercapai.

WOI, KAU BUDAK U KOT! TAKKAN BENDA2 NI SEMUA TAK BELAJAR KAT U?
what the? tu pun nak blaja lagi ke wei?

okay, aku faham.jangan cepat melenting kengkawan.

First and foremost, aku nak bagitahu, GEMS bukan untuk orang bodoh, orang loser, orang taktau nak buat apa dalam hidup dan sebagainya. apa-apa sajalah. sebenarnya GEMS untuk graduates yang ada impian untuk improve diri mereka, dan graduates yang willing and keen to learn something new. memang la aku kipas habis pasai aku join GEMS, ye dak? tak tak. bukan sebab tu. tapi sebab pemikiran aku memang macam tu.

aku tak nafikan masa U kita belajar semua tulis resume, cara-cara interview, bahasa inggeris sejak malaysia dijajah lagi (walaupun aku tak lahir lagi time tuu),tapi masa kita di U, siapa diri kita?
aku boleh jamin 95% masih di lala land, hidup dalam belenggu study. buat bengkel apa pun kita pergi, nak merit katanya. tapi at the end, we are not that desperate looking for a job. well, some might be. note : SOME! how some is some, sila pandang muka memasing kat gambar habis final exam dengan konvo. moga2 ada jawapan.
haaa...benda2 macam ni lah banyak korang layan kan masa U.esp perempuan. pastu bila bercakap je nak keluar ayat "aigooo...ottoke..otokajo..saranghaeyo"..tak salah nak tengok citer korea, tapi kalau dah sampai terbaring saja tengok korea tak join benda2 lain memang rugi gila zaman U korang. dah kerja nanti pun akan continue mcm tu. pergh takleh loser lagi ke hi

jadi, selepas berbulan-bulan tak dapat kerja, dah cair taik telinga dibebel, dah jenuh hidup dalam kegelapan dengan harapan orang kaya single, muda, hensem, setia, jujur datang meminang tetiba oh cliche sungguh hidup orang di ambang pengangguran ni. bila SNAP! datang peluang macam ni? kenapa nak bazirkan? heloOOoOO! fully funded by goverment kot! siapa nak bagi? kau tanya jiran kita kat Indonesia ke Thailand ada tak program GEMS? haa...cuba lah tanya, sebab aku tak pernah tanya. hahahaha. masa dalam training, kau dapat peluang improve diri kau dalam pelbagai perkara, contohnya dari sudut english communication, presentation, interview,  grooming dan cara kau view sesuatu masalah. pendek kata selama sebulan ni aku improve banyak perkara.
kelas english with sir michael! 

part of batch 8 Gems 2.0 Excel Minds

our grooming class with Miss Lora,masa ni miss lagi..sekarang dah puan. by the way, dia ada buat mekap pengantin. her job's very excellent tau. check out her fb

english class with sir harold

masa dalam GEMS jugak, kita ada slot career day. di mana Excel Minds sbg pelaksana program akan jemput company2 yg collaborate / bersesuaian dgn program datang buat sesi interview. interview kat training centre Excel Minds je, dia macam instead of kau ke hulur ke hilir cari kerja, kerja datang cari kau. haa. best kan bunyi dia?

perjalanan programnya ada 2 fasa lah, fasa 1 sebulan training, fasa 2 pula 7 bulan bekerja. 7 bulan bekerja tu bukan maksud lepas 7 bulan saja kau kerja, tapi menandakan kau telah graduate dari program GEMS 2.0! weeheehee. lepas 7 bulan, kau masih boleh bekerja dengan gagah di company tersebut sebab yg jadikan kau permanent adalah company tu, base on your performance lah.

Jadi masa dalam program ni kau kena dedicate masa 8 bulan ni once kau dah masuk, tak sedap lah nak separuh-separuh jalan. orang tua-tua kata tak elok buat kerja separuh jalan. tambah-tambah anak2 dara, kalo menyapu separuh jalan pastu ada orang lain sambung, kata orang tua nanti laki dia orang sapu. hahaha. ini bukan benda betul, tapi analogi tu menarik. apa-apa pun aku taknak mempertaruhkan nasib menyapu separuh jalan. hihahiha. eh anak2 teruna pun sama tau, orang rembat bini kau baru kauu tau. *sorry aku kelaut*

yang paling best sekali, dalam GEMS 2.0 under Excel Minds, kita akan disponsor untuk ambil TOEIC exam. haa, aku tau korang taktau sal TOEIC. dia stand utk Test of English for International Communication. masa korang U dulu ada la ambik MUET ke, IELTS ke TOEFLS ke kan, tapi tiga2 tu untuk study, TOEIC pulak untuk kerja. kalau kat luar nak ambik sendiri kena bayar la ratus2 *ada duit boleh ambik la tapi tau sangat korang ni ada duit mesti nak tukar smartphone punya*.
TOEIC sekarang ni dah makin digunapakai masa nak apply kerja. contoh company besar-besar yang nak sijil TOEIC adalah air asia, johnson&johnson, exxonmobil, etc kalau tak silap aku lah.
TOEIC ni untuk ukur proficiency english semasa kita. dalam resume part english profieciency tulis 9/10. bukti mana bukti? kan..nampak tak kat situ. jadi sekarang aku nak cerita yang aku ada sijil TOEIC. kira kalau aku berhasrat nak kerja oversea, aku boleh pakai sijil tu utk tahap english aku tau. (sebelum lupa, TOEIC test cuma ada di program GEMS under excel minds consultancy sahaja, training provider lain aku tak tau)
takde la sampai macam ni kan..hahahaha

perasaan aku masuk GEMS? aku ada baaaanyaaakk sangat perasaan. paling dominan adalah gembira! rasa kelas sebulan ni adalah kelas yg sangat best! seriously. masa last day training tu siap nangis-nangis. siap kata jangan left group whatsapp semua lah nya. hahaha. aku dah tahu semua ini pembohongan belaka, apa-apa pun aku ampunkan semua rakyat jelata batch aku.

mesti korang nak tahu kan aku kerja mana sekarang? Aku kerja di Excel Minds Consultancy. ni adalah company yg running GEMS 2.0 yang aku masuk ni. alhamdulillah rezeki aku di sini.
i'm a staff at excel minds consultancy right now!

iya, sebelum aku terlupa, 3 sektor yang GEMS Excel Minds tawarkan adalah Fast Moving Consumer Goods (FMCG) Hospitality & Tourism. jangan risau kerana semua position adalah setaraf degree. GEMS tidak jamin anda dapat kerja, tapi GEMS bantu anda dapat kerja. jangan salah anggap, sebab yang nak kerja tu adalah kita. kalau kerja dah di'offer tapi kita yang malas, salah siapa?

aku ada lagi pesanan ikhlas dari aku untuk semua graduates baru. aku faham semua orang bersusah payah mendapatkan segulung ijzah, habis beriban-riban, nak konvo pun kena bayar lagi. tapi let say, kalau korang study engineer, korang wajib habis study terus jadi engineer. kalau tak jadi engineer, lu loser gila kahkahkah padan muka lu.


no! NO! NO!

tidak! itu salah. kalau korang habis study terus nak berada di atas, korang silap, sebab every success story started from scratch. percayalah. sebab kalau the success one jatuh balik ke scratch, efeknya tak seteruk mereka yg jatuh bedebuk tiba-tiba. yang itu clueless. silap-silap kau jumpa dia dalam longkang, mabuk ketum bro.
aku tau semua budak engineer nak kerja Oil & Gas. tapi nak tahu tak every year yang graduate dari course engineering berapa ramai?
sebagai salah seorang graduan yg grad pada 2013, aku faham yang kita semua bajet ingat kerja banyak je. memang banyak, tapi dalam bidang berlainan, tapi cuba baca artikel2 ni :

juruterbang ramai menganggur 2013!
5000 graduan doktor perubatan bakal menganggur!

210,000 Siswazah kini menganggur.. Nak salahkan siapa?


sory yang artikel tentang banyak grad engineering tuu aku tak jumpa mana tah aku baca, tapi majoriti graduan adalah engineer. kau boleh kira sendiri berapa banyak U yang tawar kos engineering..engineering pun ada banyak kan? haa...

Ini pulak Top on the list punca graduan menganggur di Malaysia tapi masih tak sedar :

1. Masalah penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah : 56%

2. Masalah sikap dalam diri yang teruk : 37%

3. Mengharapkan gaji yang tidak realistik : 33%

4. Kemahiran yang ada tidak berpadanan dengan kehendak pasaran : 30%

5. Terlalu memilih kerja dan syarikat : 28%
waiting for the perfect job is the same as waiting for the perfect partner

6. Tiada kemahiran menyelesaikan masalah : 26%

7. Tahap pengetahuan yang lemah : 24%


sektor dalam GEMS mungkin tak sama macam korang study, tapi values yang korang dapat masa kerja mula-mula ni, korang boleh bawa ke company dream job korang tu. masa tu korang boleh brag yang korang bukan zero, tak macam graduates yg pilih untuk duduk dan tunggu di rumah dengan harapan kerja datang menjemput dia di rumah menaiki limosin. tapi hakikatnya beca pun tak datang. *harap korang dapat tangkap analogi aku*.

jadi jika korang dah habis study, unemployed dalam tempoh 6 bulan hingga 18 bulan, tak dapat JPA, ada degree shj (master tak boleh,diploma tak boleh, phd tak boleh), berumur 27 tahun dan ke bawah, rakyat malaysia dan berhasrat untuk CARI KERJA dgn bersungguh-sungguh, sila daftar nama sendiri (dan kawan2 anda mungkin?) di

www.programgems.com/graduan

FB : Program Bantuan Graduan Mendapatkan Kerja GEMS 2.0


**buat masa ini Excel Minds Consultancy akan mengadakan bengkel 'Get The Job' iaitu bengkel penulisan resume beserta dengan teknik menjawab soalan interview dengan bayaran hanya RM30 sahaja! klik sini untuk maklumat lanjut. (yang ini terbuka kepada semua tidak kira layak program GEMS atau sebaliknya)








30 C.O.M.M.E.N.T.S:

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

Perkongsian yang berguna. Bagus untuk bakal-bakal graduan ni.

Chacha me said... [Reply]

perkongsian yang menarik.
nak tanya, accommodation bayar sendiri ke? elaun untuk training 1 bulan and 7 bulan on job training sama ke? boleh tau berapa elaun yg diberi? terima kasih reply

idati said... [Reply]

@Chacha me

hi miss Chacha me,

utk menjawab ptanyaan miss:

1)accommodation bayar sendiri.
2) utk framework yg terbaru ni, tak ada elaun disediakan smasa training fasa 1 (14 hari). gaji akan diberikan semasa di fasa 2 oleh company (termasuk EPF & elaun2 company), bukan elaun GEMS.

utk framework tbaru juga, excel minds sbg training provider gems, akn memanggil graduan utk mjalani sesi interview dgn company dahulu utk mmastikan graduan btol2 mendapat jawatan dahulu sebelum masuk ke dalam kontrak program GEMS 2.0.

jadi flownya begini :

1) Graduan mendaftar di website www.programgems.com/graduan atau hantar resume ke gems.recruitment@excelminds.com.my
2) Graduan dipanggil interview
3) Graduan lulus interview dan menerima utk melapor diri bekerja
4) Graduan masuk ke dalam kontrak programs GEMS 2.0. Fasa 1, 14 hari training softskills; fasa 2, 7 bulan minimum di company (7 bulan hanya syarat bgi program gems utk memastikan graduan bekerja sekurang2nya 7 bulan bgi mendapatkan pengalaman kerja)

graduan masih boleh bekerja dgn company walaupun telah tamat 7 bulan; skiranya tiada masalah berkenaan performance atau attitude.

jika perlukan lebih info, boleh hubungi sy di 011 1280 0302 (idati) atau 03-2106 5431.

terima kasih.

Muhamad Nor said... [Reply]

Hendak bertanya, untuk kerja syarikat tu, kena cari sendiri ke or akan diattachkan oleh pihak gems?
Kalau budak engineering akan dapat kerja di sektor apa?

Bayaran elaun ada tak? hehe.

idati said... [Reply]

@Muhamad Nor

Hai .

Di dalam program GEMS, kami ada menjalankan sesi interview bersama2 dengan company drpd 3 sector iaitu FMCG,Hospitality & Tourism.

Graduan boleh pilih utk bekerja dgn company drpd sektor2 ini sama ada yg dicari oleh pihak gems atau pihak sendiri. asalkan dalam 3 sector ini sahaja.

Elaun tidak disediakan bagi framework gems yg baru kerana selepas lulus interview, graduan akan terus pergi bekerja.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di 03-2106 5431.

terima kasih

Anonymous said... [Reply]

tumpang tanya,
adalah dimaklumkan bahawa kita akan dapat basic salary dr company yg kite dpt..betul ke??
if betul..daripada basic salary yg kte dpt...adakah ia akan tolak gaji utk membyr kepada pihak2 tertentu...cth mcm kite gune perkhidmatan agensi pekerjaan..dan setelah kte dpt kerja melalui agensi pekerjaan...gaji kte akn ditolak sedikit utk membyr kepada agensi tersebut..adakah ia sama?? maaf saya tidak tahu sgt mengenai GEMS ni...

GEMs yg akan dtg akn diadakan di subang jaya.

idati said... [Reply]

@Anonymous

terima kasih kerana bertanya.

dalam program gems, tidak ada sebarang penolakan gaji oleh Program Implementation Owner (PIO) kerana Excel Minds Consultancy Sdn Bhd adalah sebagai PIO, bukanlah agensi mencari pekerjaan. gaji akan dibayar oleh company yg hired graduan tersebut. Excel Minds Consultancy sebenarnya adalah sebuah company Training Provider dan Program GEMS ini adalah salah satu projek yg diamanatkan oleh agensi Gov iaitu TalentCorp Malaysia utk Excel Minds menjalankan program ini. Segala terma & syarat adalah mengikut guideline yg diberikan oleh gov & talentcorp.

konsep pekerjaan sama sahaja mcm anda pergi mencari kerja, pergi interview -->diterima-->mula bekerja. bezanya di dalam program gems di bawah excel minds, anda akan dibekalkan dengan training soft skills & juga ditaja untuk mengambil sijil Test of English for International Communication (TOEIC) di mana sijilnya boleh digunakan worldwide.

selepas masuk fasa bekerja, company akan memberikan tempoh probation (percubaan) dahulu (yg biasanya gaji lebih rendah dari jawatan tetap).base on the performance barulah company akan jadikan permanent staf (kecuali ada dinyatakan kontrak dan sbg nya). pd masa tersebut graduan mendapat gaji jawatan tetap dan menikmati kelebihan2 yg ditawarkan oleh company kepada pekerjanya seperti kelebihan medical, annual leave, bonus & sbg nya. tempoh probation bergantung kpd company, ada yg 1 bulan ada yg sehingga 6 bulan dan sbg nya.

saya berharap saudara/i jelas dengan penjelasan saya.


nursabrina samsudin said... [Reply]

ASSALAMUALAIKUM,

saya dapat tawaran tp bukan dari exel but PIO yg lain, cuma nak tanya, in case kita dah pergi program, but we decline the offer maybe sebab location kerja or kita dapat tawaran yang lebih baik, bagaimana pula ya. .? ada kawan2 gems saudari berlaku benda yang same tak?

idati said... [Reply]

@nursabrina samsudin

wasalam cik nursabrina,

bagus soalan cik tu. tapi sebelum tu sy nk inform yg setiap PIO perlaksanaan program mungkin berlainan sedikit tetapi terdapat 2 framework yg dipegang iaitu :

1) Train & Place
- graduan akan diberi training dahulu dan kemudian baru attend iv. kontrak program GEMS diberi sebelum training bermula utk graduan baca & dibincangkan bersama2 pd pertama pendaftaran. kontrak hanya valid setelah graduan attend training pd hari pertama.

2) Place & Train
- graduan akan attend iv terus. lepas confirm hired & bekerja, barulah graduan diberikan kontrak Program Gems & training.

sekiranya semasa iv, graduan di'offer kerja tapi decline, kontrak masih belum berjalan kerana konsep 'Place & Train' adalah secure job dahulu baru training.

walaubagaimanapun, cik kena tanya betul2 dgn PIO tersebut tentang perkara ini. mcm yg sy cakap td, setiap PIO perlaksanaannya mungkin berbeza.

nasihat sy adalah pd masa sekarang, ambillah apa saja peluang yg ada sbb competition makin sengit.apa2 pon semua terpulang pd cik.

semoga maklumat ni membantu.

Suriaida Bakri said... [Reply]

Salam. Saya nak tanya, accommodation yang disediakan oleh pihak excel mind hanya untuk bulan pertama sahaja ke atau sekali dengan waktu attachment ? Thank you (:

idati said... [Reply]

@Suriaida Bakri

accommodation yg disediakan hanya utk part 1 (14-16 hari training) sahaja.

part 2 (8 bulan bekerja), graduan akan bekerja di syarikat2 sekitar KL & klang valley. ada syarikat yg menyediakan kemudahan hostel/rumah sewa kepada pekerja nya. ada yang kena cari sendiri.

syasya syakeera said... [Reply]

Salam, dlm tempoh 14 hari tu sabtu dan ahad termasuk tak?

idati said... [Reply]

@syasya syakeera

W'salam.

Total kelas 14 hari.tidak termasuk hari briefing,closing,TOEIC test & career day.Kelas mungkin termasuk sabtu & ahad juga.

Anonymous said... [Reply]

saya baru register GEMS hari ni. btw, thanxs. banyak maklumat bole dapat dari blog nie. banyak benda yg confuse dah clear balik. hehe.

Anonymous said... [Reply]

Assalam..sis..nk tanya...progam gems under excel minds...ada pengambilan utk bulan febuari x?untuk tahun 2016 ni adakah pihak excel minds masih menyediakan tempat penginapan semasa training?

idati said... [Reply]

@Anonymous

wasalam.ada.
boleh call saya di 03-2106 5431

Nurul Ain said... [Reply]

Salam. Sbnarnya sy was was dgn program ini. Sy cuma nk tanya. Slps training, kita mmg akan diserap kerja permanent ke? Ada ke org yg slps training, dia tidak dpt kerja tetap?

idati said... [Reply]

@Nurul Ain

W'salam.

Ya ada yang tidak bekerja tetap, tetapi hanya berlaku kepada graduan yang terlalu memilih kerja. Perkara ini juga jarang berlaku.

Amirah Asilah said... [Reply]

Assalamualaikum,

Nak tanya, Jika framework untuk train & place, semasa fasa ke 2 (place) peserta telah mendapat tawaran pekerjaan tetap di syarikat lain setelah menjalani 2 bulan sahaja untuk fasa tersebut. bermakna tidak cukup setahun. adakah peserta perlu membayar apa-apa ganti rugi, atau dibenarkan untuk peserta menerima tawaran dari syarikat berlainan tersebut (kerana dikira, objektif GEMS tercapai)?

idati said... [Reply]

@Amirah Asilah

W'salam Puan Amirah Asilah.

Saya suka nak menerangkan sekali lagi tentang program ini.
Latihan dari Program GEMS 2.0 telah mendapat tajaan kementerian Malaysia, tajaan sebanyak yang disebutkan di dalam surat tawaran Program(ia adalah P&C, graduan boleh rujuk kepada surat tawaran masing2).

Syarat di dalam program gems 2.0 adalah, once anda enroll, anda akan ditaja untuk mendapat kelas-kelas latihan untuk meningkatkan skil anda, ditaja untuk mengambil sijil TOEIC dan mendapat sejumlah elaun yan ditetapkan (Bagi framework 2013 sahaja).

Sebaik anda menyertai Program GEMS 2.0, anda WAJIB melalui kedua-dua fasa program GEMS 2.0, iaitu
Fasa 1 : Latihan 14 hari
Fasa 2 : Placement 8 bulan di syarikat sektor program yang ditetapkan oleh kementerian & talentcorp

;seperti yang telah diberitahu melalui panggilan telefon oleh Team Program GEMS 2.0, di dalam surat tawaran yang diemelkan sebelum bermula program dan akhirnya pada HARI PERTAMA BRIEFING program ini, kami terangkan sekali lagi tentang pentingnya kontrak di dalam surat tawaran ini, supaya graduan betul2 jelas. Bagi graduan yang telah menandatangani surat tawaran, tetapi ingin menarik diri pada hari pertama selepas briefing day (kerana baru sedar tidak berminat atau tidak mampu beri komitmen pada program), tiada sebarang bayaran balik atau reimbursement yang dikenakan. Hal ini kerana kelas masih belum bermula, dan tiada dana yang telah digunakan graduan.

Objektif & pelaksanaan program ini telah ditetapkan oleh pihak kementerian dan TalentCorp Malaysia sendiri. Kementerian telah menetapkan sektor FMCG, Hospitality & Tourism untuk difokuskan bagi meningkatkan pendapatan negara, dan mereka sanggup mengeluarkan dana untuk menaja graduan-graduan baru yang belum mendapat pekerjaan bagi mendapatkan latihan profesional, seterusnya berkhidmat di sektor2 ini sekurang2nya 8 bulan.

Bagi graduan yang dah masuk ke program & menggunakan dana yang diperuntukkan tetapi tidak mahu menamatkan program sehingga ke penghujung fasa 2, amaun yang perlu graduan bayar semula (reimbursement) adalah untuk kami menggantikan semula tempat tersebut dengan graduan lain yang lebih berminat.
Ia BUKAN DISEBUT SEBAGAI SAMAN ATAU DENDA, ia adalah BAYARAN BALIK (REIMBURSEMENT).

Untuk withdrawal yang tidak perlu memulangkan bayaran, terdapat 2 framework berbeza. Anda perlu menghubungi kami untuk mendapatkan nasihat. Hubungi kami di 03-21065431 atau 03-77225927.

nurul nasuha said... [Reply]

Salam. Saya nak tanya. Saya baru sahaja dapat tawaran dari GEMS utk sesi 22/3/16 ni. Saya nak tanya boleh ke buat penangguhan ke sesi yg lain? Ini kerana ada hal saya tak dapat elakkan.

Anonymous said... [Reply]

@nurul nasuhaye saya pun dapat twaran untk 22/3 ni jgak dn sy bru sj nak tnyakan soalan yg sma.

idati said... [Reply]

@Anonymous

sebarang soalan boleh terus call ke 03-2106 5431.

Anonymous said... [Reply]

assalamualaikum n hai. saya nak tanya ada lagi tak pengambilan untuk gems ni skrg dlm bulan Mei ? Sya nak join :)

idati said... [Reply]

@Anonymous

WS.

ada.boleh terus call 0321065431

Elias Abdan said... [Reply]

Assalam. Program ni run dkt kl je ke? Jb takde buat? Dan job offer mmg sekitar kl shja? Or nnti kita boleh request untk transfer di cwngn2? Terima kasih

idati said... [Reply]

@Elias Abdan

W'salam.
Program ni run dekat damansara perdana.
Untuk bahagian placement, dekat gems mmg ade peluang kerjaya dan interview.
Graduan wajib pergi ke iv yg gems sediakan, tapi untuk berjaya dalam iv dan menerima kerja tersebut adalah bergantung kepada graduan.

graduan boleh pilih sama ada nak bekerja di bawah sektor FMCG, Hospitality, Tourism atau yang exactly sama dengan bidang pengajian degree masing2 yg menawarkan gaji degree untuk placement sekurang2nya 8 bulan.
kawasan yang gems fokuskan adalah sekitar kl n klang valley tetapi luar KL juga adalah dibenarkan selagi di dalam Malaysia.

Elias Abdan said... [Reply]

Ohh maksudnya kita kena lulus iv dgn company dulu baru dpt join GEMS ni. adakah exp jd satu kelebihan?

idati said... [Reply]

@Elias Abdan
masuk training tak perlu iv, yg iv nye bila awak dah attend kelas training then dah sedia, baru attend job iv.

kat program gems ni khas utk fresh grads yg xde pengalaman kerja. kalau yg dh kerja 3 bulan dan ke bawah je yang kita consider (untuk level degree)

Hidayah Aziz said... [Reply]

hari pertama pendaftaran terus ada program ke?