- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf MOTOGP 2014: Sepang International Circuit | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Friday, January 23, 2015

MOTOGP 2014: Sepang International Circuit

THE TYPEWRITER : idati on Friday, January 23, 2015
*sory wei, ini entri kepam sebab gua lupa publish..hahahahahah...


sejak beberapa tahun kebelakangan ni, aku dah ubah minat aku kepada motogp. sebelum tu aku peminat motocross. rider yang paling aku minat, of course, Zulfahmi Khairuddin, rider moto3 pertama Malaysia yang naik podium masa motogp. legend okay. postcard fahmi ni aku ada everywhere; dalam bilik, dalam ofis, dalam beg sampai bos aku bayangkan muka fahmi sebagai wan. hahaaha okey itu kelaka.

jadi, every year event, aku dan wan seboleh mungkin nak cari tiket free, memandangkan tiket motogp naik mendadak every year (walaupun takde GST apa naik lagi). kadang-kadang aku bengang bila sekarang beli barang, aku tanya apa pasal sudah naik harga. jawapannya "biasalah, dah nak kena GST". eh kepala hotak, GST start next year bulan 4. dah kenapa kau pepandai naikkan harga. tapi untuk restaurant2 franchise aku x sabar nak GST, nanti service charge dah takda. kau tau kita gi restoran konon ekslusif yg ada waiter, nanti kena bayar extra 16%. sebab gov tax 6% and service tax 10%. nanti aku ulas lebih lanjut dalam entri seterusnya. *betulkan aku sekiranya tersilap*

curi kat sini
so tahun ni aku telah masuk ke contest "Conquer Like A Champion" oleh Men's Biore Malaysia. Aku masukkan tiga gambar, means tiga nama; nama aku, wan & jeri. nama aku kompem2 tak boleh menang sebab perempuan wei. perempuan takleh menang Men's Biore product yaw.*melainkan muka aku macam jantan miahahaha* agak touching tapi takpelah. nama wan ni memang setiap kali aku guna memang tak menang, takde luck agaknya.hahaha.jadi jeri lah yang menang. yang lebih mengejutkan, menang Grand Prize pulak tu!!! unexpected betul okay. hadiah grand prize berupa 2 tiket Paddock Village yang bernilai RM2600 setiap satu. *menangis* terima kasih Men's Biore Malaysia!
nak terpengsan rasanya tengok.hahahahah.
aku yg tangkap gamba ni tau. gamba ni la yang menang. mungkin sebab watak lelaki dan motogp adalah dominan, ada pulak fahmi (which is duta dorang kan). tu yg boleh menang tu tauu....kot,
tapi tahun ni aku kembali pergi berdua dengan wan. sebab jeri dan ery tak ikut. jeri ada kenduri kawin nak attend, ery kata takde geng. next year je lah kan.

aku punya lah berkobar-kobar sampai ambil cuti awal untuk hari jumaat 24/10/2014 tu. nak tengok free practice kata, dengan nak tanya orang SIC, paddock village ni masuk ikut mana semua. al-maklum la, sebelum ni duduk main grand stand je, tak penah bermimpi pun nak ke Paddock Village.

24/10/2014 (Jumaat)
aku bertolak dah dekat tengahari, jadi aku stay surau petronas sepang, dan wan pergi sembahyang jumaat. sementera tu hujan lebat gila-gila tak ingat. kami naik ke SIC pun dah pukul 3 macam tu. free practice apanya kan. hahahah. pastu sampai-sampai sana, cari booth Benelli dulu. nak cari Sya, budak yang lompat-lompat masa signing event fahmi kat airasia last year.hahahahah.

lepas chit chatting dan groufie bagai, aku dan wan merayau-rayau lah sekitar booth kat SIC tu semua dan masuk ke main grand. agak-agak dah petang sikit tu, kitorang nak bergerak balik. lepak depan booth 63 design, nampak fahmi datang! uuuuuu!

excited! pergi tegur jap. aku bagi terus hadiah yang kak iza kirim beserta pendrive *yang tersilap bagi* tu kat fahmi. lepas tu menyusahkan fahmi je. huwaa... *nangis selebat-lebatnya* tapi takpe, pendrive dah dapat semula dah. tapi!!! tahun ni takde gamba dengan fahmi kat motogp. sobsobsobsob.
aku tangkap gamba fahmi dari celah ketiak orang je..eh celah perut heheheh

kami dah borong t-shirt fahmi 2 helai hari ni. macam biasa, couple shirt..kekekeeke




sebelum balik singgah kat booth petronas dulu, jumpa tasha budak nutri UKM. hahaha. dia kerja ngan petronas sekarang. disebabkan ketinggian kami sangat ketara, aku siap berdiri atas stage nak bagi tinggi. hahahaha okay semua orang tengok malu ai *padahal masa tu tak rasa apa*
jangan tanya napa aku tinggi sangat lah kan.
25/10/2014
dengan excited nya, maka hari ini bermula. kami ke paddock village untuk julung-julung kalinya. tahun lepas dapat melawat je, tahun ni boleh maaakann. keistimewaan paddock village adalah kau boleh makan tanpa henti dan duduk dalam air cond. kalau nak buat company engagement pun bagus, tapi aku takde business card, jadi abaikan part company engagement tu okay.

nak dijadikan cerita, hari sabtu ni kami masuk ke dining hall yang salah. masuk ke tourism malaysia punya hall. sama je sebenanye. tapi yang best nya adalah kat tourism malaysia, ada rider-rider datang sempena event Tahun Melawat Malaysia 2014. hahahahaha. jadi, aku berpeluang jumpa rider motogp Nicky Hayden & Hiroshi Aoyama! pergh hebat gila! then ada rider dari redbull, ada our Hafiq Azmi.. then ada Jack Miller, Karel Hanika and Nic Ajo.
dengan our rider, hafiq azmi!
itu dia rider Nicky Hayden & Hiroshi Aoyama!

muke sebesar talam

hightlight



hari ni ada free practice and qualifying, kami dua berdoa agar rider-rider malaysia ni dapat petak yang bagus untuk bermula.

masa free practice motogp, rossi jatuh.disebabkan kami nampak dia jatuh, wan menggelupur nak turun bawah, tunggu kat garage yamaha nak tengok rossi balik. tunggu punya tunggu, dapat la tengok rossi lalu depan mata dengan dekat sekali. tapi takde lah nak tahan dia minta sign or gamba bagai. orang baru lepas crash mau kena tumbuk kat situ karang.hehehehe.wan excited gila sampai bagitau semua kawan dia yang dia jumpa rossi.

Valentino Rossi! ni gamba tangkap sendiri tau...legends alive!
petang sebelum balik singgah kat booth 63 lagi. nak beli tshirt lain plak. sembang2 ngan orang kat booth dulu. yang best beli barang kat booth 63 ni, siap dapat free gift lagi tau. aku dan wan dapat beg helmet dan stiker 63 fahmi! Thank you Fahmi 63 design!
dengan sya budak benelli peminat hard core fahmi!

then, bergerak ke booth racing boy. sebab nak belikan t-shirt motogp this year untuk abah aku, jeri dan ery. tengah syok pilih tshirt tetiba Hafizh Syahrin datang. ape lagi, menggelupur lah wan. hahahaha. boleh la nak tangkap gamba kan.

yang slack nya, gadis litar dua orang ni terlalu rapat dengan hafizh, jadi orang lain yang nak ambil gamba pun susah. aku siap tergelak-gelak bila ada satu bro ni siap tolak awek tu ke tepi sebab dia excited nak diri tepi hafizh. hahaha. tapi bukan salah dorang, dah itu kerja dorang. tapi dorang patut bagi space sikit.kira nasib baik la awek tu tak terpelanting kena tolak.hahahahaha

dalam pada-pada busy kat situ, aku sempat tegur si cantik manis, eryn, sapa lagi wei.gf hafizh lah.hahahaha.ramah oo dia. aku siap bergambar lagi ngan dia. dia gelak je, dia kata "ada pulak nak gamba ng sy hehehe".  pastu hafizh dah sudah sesi, dorang pun gerak ke tempat lain.
wan tgkap gamba ng hafizh & aku tangkap ng erynn

aku ngan wan pergi merayau PD. sebab dah tak jauh. malam tu balik tido macam orang koma.

26/10/2014
RACE DAY! kami pakai baju fahmi weeee!! akhirnya kami masuk ke room yang betul utk paddock village kami. makan sambil tengok race. tapi agaknya takde rezeki tahun ni hafizh and fahmi dedua crash. ramdan rosli pun sama. hafiza rofa motor rosak. hanya hafiq azmi dan azlan shah je yang tamatkan race, dapat no 13. tahniah hafiq! first 3 points of the season!

masa race moto2 tu memang kecewa gila bila hafizh crash.muka wan macam nak menangis. dah la makin hitam dedua kami. memang hodoh gila. harap-harap media tak tangkap gamba kami yg makin hitam bawah panas. oh masa ni kami lepak kat rooftop paddock. haruslah kedu.haha

masa aku tengah duduk rehat kat kerusi rooftop tu, ada dua orang lelaki datang lepak sama. melayu. dalam 20 plus nearly 30. bukan aku sengaja nak dengar perbualan, tapi dah terdengar kan.

"eh, kau transfer gamba sekarang kat aku"
"alah nanti la aku wassap"
"nanti nak kena delete lah. kang bini kau nampak bagitau plak kat bini aku"
"ala takdenya..lagipun gamba peluk2 je, bukan tengah bukak seluar" sambil gelak2 bangga.

sebab hati aku panas dengar perbualan tu, aku pun blah. siot. ni boleh bangga pulak kan? ni lah jenis manusia tak fikir masa depan. satu hari dia ada anak, anak dia orang baik2, macam mana kalau anak dia tahu bapak dia menggatal kat motogp gi peluk2 perempuan. dan mak dia pun tak tahu, duduk tercengang je kat umah, sedangkan laki pi menggatal. simply aku nak cakap, ini lah dia lelaki murahan. bukan perempuan je yang ada murahan. lelaki pun sama. nak tangkap biasa2 dah la, rapat2 peluk2 apahal. kau dah ada yang halal kat umah tu untuk dipeluk kan. dah abaikan tentang ni, bikin hati aku panas saja.

untuk motogp, kami pindah ke main grand stand. sebab belah paddock ni takde feel nak tengok race. lepas starting motogp, kami ke tower. sebab best layan lap situ. masa tu la kau nak tengok live rider motogp tengah corner lap. macam terbaring je kat jalan tu aku rasa. adegan potong memotong selalu kat situ lah. menjerit2 penonton excited, termasuk aku dan wan. duduk kat sini baru lah aku rasa hidup dan terasa sangattttt motogp! kalau dalam paddock tu, senang cite analogi nya, kau pernah tengok cite purge tak? yang part orang huru hara kena bunuh tiba2 kena tangkap masuk ke sesi purge orang2 kaya. suasana event tenang, ada muzik, pakai baju cantik2. macam tu la perbezaan main grand dengan paddock village. dahsyat analogi aku kan. hahaha.
parts dalam cerita Purge!
lepas habis race motogp, semua orang dijemput masuk ke litar depan podium tu. aku nak turun jugak tapi banyak sangat orang menghalang laluan. tersesat aku di antara fans2 indonesia yang tak habis2 jerit "marquez!!!". tiba2 yang bagi podium adalah DR MAHATHIR MOHAMAD!!! aku pulak jerit DR MAHATHIR!!! terharu aku tengok dia. first time dalam hidup aku dapat tengok dia live. terharu *nangis bersungai sungai*



lepas podium, berakhir lah event of the year aku. kena tunggu lagi setahun untuk motogp 2015 pulak okey.

mohon tahun depan tiket dimurahkan lagi yaw.


0 C.O.M.M.E.N.T.S: