- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Wedding BFF since 6 years old : Ika - Ain & Rasydan - Pika 2014 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Saturday, January 10, 2015

Wedding BFF since 6 years old : Ika - Ain & Rasydan - Pika 2014

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, January 10, 2015
seriously, like seriously. aku tak update lagi wedding bff since kecik aku ni *wehh gatal ngat aih bff bagai kuikuikui* huwaa memang tak berguna. actually aku busy tak busy sangat lah kan. aku nak update blog tak sempat sebab kat rumah internet macam gila sikit. banyak sebenarnya.

kalau korang nak tahu, entry ni aku dah peram since lepas raya tahun lepas. sila nangis lelaju. siap2 la lepas entri ni akan berjela lagi entri baru. masalahnya aku ni kalau up entry tak mau nak pendek2 ek eleh bapak perasan rasa nak tampo diri sendiri lelaju wakaka.

yang ini entri khas utk kawan kesayangan aku ni. dari tadika wei sama2, sekarang dah kawen, dah jadi bini orang. hari tu masa habis degree sama2 menganggur dan sama2 cari kerja pergi interview sana sini. tapi masih tak dapat pekerjaan. masa tu hidup macam loser. wahahaha.

1995 (umur 5 tahun) :
Masa ni aku duduk kat rumah arwah atuk. Ika ikut makcik dia datang, masa tu aku nak sangat kawan dengan dia tapi dia pemalu gila tak tahu macam mana nak suruh dia bercakap. sekarang amikkaw becok tak berenti. wahaha ampunkan aku

1996 (umur 6 tahun) :
Masa ni hari 1st tadika, aku excited nak mampus sebab aku dapat kawan dengan ika dan waika (which is kawan yg aku dapat masa tadika). aku ni terlalu excited dapat kawan baru maklumla kawasan kejiranan aku tak ada budak2 dan aku anak bongsu, takde adik. jadi aku memang kawan ng orang2 tua sebab tu dulu2 perangai aku macam orang tua okey kantoi.mihmihmih masa ni aku pun taktau apa motif mak aku hantar aku g tadika. orang baca ABC, aku baca ABC..orang main colour2, aku pun colour. tapi aku adalah lead dalam segala main sebab aku ni memang suka main2. kalau dapat main tu sampai esok pun takpe. pendek kata boleh sampai demam lah baru aku tau nak duduk diam. bila ingat rasa nak nangis dengan perangai sendiri. oh ok patut dlu kurus, sebab aku aktif.

1997 - 2002 (sekolah rendah) :
masa aku sekolah rendah, kawan yang rapat bertukar ganti tapi yang stay hanyalah ika. tapi sebenarnya pusing2 kawan2 tu jugak sebenanya hahahaha sebab kelas setiap darjah ada satu je pon kejadah nak tukar2 sangat kan.hik hik. masa sekolah rendah ni banyak hal betul aku. boleh kira aku pandai belajar*perasan* tapi dalam masa yang sama aku ni nakal. *jahat?* aku pernah je lempang orang yang sama 2x sebab aku annoy dengan dia. gangster kan aku? sekarang dah slow down sket tapi cubalah provoke untung2 dapat kakiku di bibirmu free ke kan. semua orang suka benda free kan.hahahaha


2003 - 2007 (sekolah menengah) :
aku sekolah lain, ika sekolah lain, apa2 pun masa cuti kami masih lepak sama, hangout sama. kadang2 diskus pasal study ewah sejak bila gua rajin nak mam nih? aku syak masa ni aku berlakon rajin. kihkihkih

lepas sekolah menengah kami masing2 sambung study sampai lah habis degree. alhamdulillah. lepas study cari kerja sama2 tapi tak jumpa2. masa aku dah kerja kat damansara, dia pun decide nak kawin. alhamdulillah dia bertemu jodoh dengan orang yang tak jemu tunggu dia dari dulu even macam2 dugaan dah mereka hadapi. of course, i'm not in their shoes kan aku takkan nak faham semua.cumanya aku doakan sahaja mereka sejahtera hingga ke jannah. aaminn.

okeylah tanpa buang masa lagi aku nak share je gamba2 kami yang beriang gembira. semua dah sado sebab makan je keje masa raya. kahkahkah

haruslah gambar kami sama banyak dengan pengantin kihkihkih

pipi sado milik gua tu jangan ditegur sangat

their theme is pink! oh i love pink. ridwan!! *angkat2 kening*

yang penting henna tu bukan tangan ika, tapi tangan nabila. malam nya masa ika duk berinai aku dah nampak dia excited. tengok, kan dah dapat. hahahahahaha...kemas wei inai dia, aku suka. caj pun tak mahal sangat.

okey, on the same day, we got two more invitations. so this is rasydan's wedding. rasydan ni classmate aku masa sekolah rendah. dulu masa darjah enam aku lagi tinggi dari dia, sekarang dia dah tinggi dari aku. sikit la muahahaha eh cunnya bini dia. agak2 aku nanti kawin cun tak? mihmihmih. tahniah rasydan, semoga kekal hingga ke akhir hayat.

and not to be forgotten, pertunangan kawan nabila.act aku dah terlupa nama dia, i'm sorry. btw, congratulations new friend! majlis kau sangat sweet dan romantis ewahh gua nih...


and as expected, someone will grab this chance to .............

here you go!

wow...3 event in one entry. you must be veryyyyyy keen idati. mihmihmih

0 C.O.M.M.E.N.T.S: