Do you like my blog?

Thursday, February 5, 2015

Food Hunting : Laksa Sarang, Ipoh (bandar botani)

THE TYPEWRITER : idati on Thursday, February 05, 2015
Aku ni adalah orang ipoh yang terlambat. As expected from idati malek.hahahha

Cuti thaipusam 4 hari ni aku buat cuti sendiri masa hari isnin* hahahaha..wan ikut aku balik kg. So aku bawak dia gi makan laksa sarang walaupun kami dua bukanlah peminat laksa pon. Cumanya saja nak rasa. Dah ramai blogger yg update kannn...aku selaku orang separa ipoh *perasan* nak jugak update.keh3.

Jom teman bawak kome makan laksa telur goreng bersarang!


wan and his first laksa sarang. bawak org johor jalan ipoh haaa...

semangkuk hanya RM3! only ipoh yeob yong!

lepas tu aku curik lagi gamba dari page deme..hehehe

Add caption
nak bungkus pun boleh

kalo penang ada nasik kandaq beratuq, mike sini ade laksa telur sarang beratuq...hahaha

rating : 3.8/5

1 - sangat kesian. jangan jual lagi
2 - agak kesian.fikir2kan.
3 - boleh tahan. boleh upgrade lcagi
4 - sedap. tahniah.
5 - sangat sedap.tahniah! will come back for more


untuk lokasi laksa sarang ipoh :

Persiaran Lapangan Cyber
Bandar Cyber, Taman Seri Botani Ipoh, Perak (depan wisma misha, bangunan kaler merah)

WAKTU NIAGA
RABU, KHAMIS, SABTU, AHAD dan ISNIN
(SELASA dan JUMAAT Cuti)
JAM: 5.00 Petang hingga 9.00 malam atau (hingga habis)

Mereka juga buka untuk tempahan majlis
Hubungi kami: 0135867886 / 0135867881 Bid Azril


kedai tepi jalan je. sekarang dah ada bukak 2,3 lori lain lagi yang niaga sekali, tak lama lagi makin ramai lah penjaja, mesti meriah kan? heheheheheh


6 C.O.M.M.E.N.T.S:

Alongxp said... [Reply]

1st time rasanya singgah kesini... anyway, "sarang" tu apa benda? sarang apakah?

idati said... [Reply]

@Alongxp

hai, selamat dtg.

sarang tu adelah telur actually. dye masak smpai jadi mcm sarang. ni specialty dia lah. nak try boleh la dtg ke bdr botani ipoh.

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

Rasa macam laksa lain juga. Cuma pelik agaknya itu yang menarik minat ramai yang nak cuba.
Ada yang pergi sarang(telur) dah habis. Rasanya patut mereka kena kurangkan harga sebab telur dah habis. Kalau tak ada telur patut kurang jadi rm2.50 pun ok.

idati said... [Reply]

@Pokok Manggis Depan Rumah

hahaha...ckp based on experience ke?hik3

alongxp dotcom said... [Reply]

@idati

Oooo... telur... ingatkan sarang burung ke hape... insyaAllah, kalau ada rezeki, boleh cuba...

idati said... [Reply]

@alongxp dotcom

haaa ape lagiii ...gi cuba cepat..nty review gx!heheh