- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Review Movie @HutanKabut : Filem Bangunan [Malay] | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Wednesday, February 18, 2015

Review Movie @HutanKabut : Filem Bangunan [Malay]

THE TYPEWRITER : idati on Wednesday, February 18, 2015
hai,

sekian lama aku hanya membuat review kedai makan best dan wedding kawan2. kali ni aku nak review pulak tentang filem. sebagai seseorang yang tidak ada asas tentang dunia perfileman, aku sebenarnya tak lah selayak itu untuk membuat review. hanyalah seorang rakyat marhaen.

17/2/2014

group whatsapp aku tertulis notification. group whatsapp yang hanya dihuni 3 nama; kak iza, fatin dan aku. asal kami kenal tentang motogp sebab tiga2 minat motogp, tapi sekarang dah jadi geng berjalan *sebab bukan musim motogp lagi?*. kak iza bagitau yang dia berjaya dapat tiket free untuk tayangan cerita Bangunan daripada Adibah Noor. huiyoo. punya lah excited nak gi tengok movie sampai terlupa nak google tentang filem apa aku nak tengok ni. tengok poster macam cerita seram, tapi poster tak cliche macam cerita seram melayu ada letak cik lang dan pocong depan tu. cuma gambar bangunan. *berpeluh dahi*

sampai kat cineplex cathay e curve, aku tengok kak Adibah Noor yang bagikan tiket. ohh belum apa2 dah neves tahap gaban, tak pernah beli tiket movie dari artis. dan yang paling malang bagi aku adalah aku baru balik kerja pakai jubah kedut2 bau kambing. muka minyak2. tapi bau2 kambing pun jumpa aqasha nak tangkap gamba jugak kan. boleh tahan jugak aku ni kan. nasib lah aqasha. tapi terkilan tak dapat cakap kat dia aku minat dia dari sekolah rendah tau masa cerita Embun (2002), aku darjah 6 masa tu. watak dia leftenan Koishi, weh aku nangis2 bila dia mati kena tembak. tembak sekali dah mati amende laa tak hero langsung, Embun kena tembak banyak kali pun sempat bunuh orang, si akishi tu lah. eh tersalah review filem pulak.
aqasha!!!.letak gamba kak iza la sebab gamba aku buruk muahahah

oh ya malam itu ada kak Adibah Noor, khir rahman, baki zainal, sein, zain, aqasha (of course), yusran (yg cool serta macho lagi gentlemen padahal pertama kali tengok) dan beberapa lagi krew yang aku tak sempat nak ingat nama. dorang akan tengok bersama2 kami movie tu. gila excited! terlupa dah cite ni cite seram tau.
dengan adibah noor n baki zainal
jo! ehh...khir rahmann!!


zain!
sein!

tapi, banyak kali warning masa ambil tiket, masa sebelum movie start, masa movie start yang..

siapa ada lemah semangat, lemah jantung, preggy mommy, etc yang ada masalah dengan benda2 gini disuruh keluar.

rasa tak macho nak keluar masa tengah cerah, kak adibah suh keluar masa wayang dah gelap. kalau ada bawak awek, tinggalkan je awek korang situ dengan alasan 'sakit perut lah yang...gi jamban jap..'sampai cite habis la kau kat jamban.

warning tu pun aku dah cuak. pop corn free tu dah habis separuh masa ni. aku difahamkan filem ni terhasil tanpa skrip, pastu guna pun rakaman cctv yang asal. asalnya geng2 ni interview orang ramai untuk cari cerita bagi filem 'Garang' tak salah aku. tapi tiba2 ada 2 orang yg cerita tentang benda lebih kurang sama, yang terjadi di bangunan yang sama. bangunan apa, aku tak tau. tapi dalam movie tu dia macam bangunan agensi gov kot, pastu untuk tempat2 training. sebab tengok banyak meja2 and kerusi bersusun2. so daripada nak buat filem 'Garang' tu, terus mereka tertarik and tekad nak buat kajian tentang bangunan ni. alih2 kajian ni yang difilemkan. tu yg lagi sakit jantung tu, sebab korang akan rasa korang sekali mengkaji. huhuhuhuhu

Filem bermula.

at the beginning. dia banyak tulisan bertaip2. kena lah baca kalau nak faham. aku dah excited, aku suka dokumentari ni. dan ada jugak perbincangan sikit2 antara geng2 bangunan. so untuk pergi ke bangunan tu, dorang ajak Yusran, kawan Sein, yang pakar dalam hal2 macam ni. dia ni pengamal ilmu silat jugak, so biasa orang2 mcm ni lebih pakar dari kita yang biasa2. so dalam cite bangunan ni dia ada 3 kisah, campur sekali dengan pengembaraan kajian geng2 bangunan dan ulasan2 dorang yang kadang2 mencuit hati walaupun dalam ketakutan.

1-kamera baru (diceritakan oleh kawan Sem)
ni kisah Sem yang kerja kat bangunan tu. dia stayback sampai lewat malam, tak silap aku sampai 1 pagi kot as yang tertulis di CCTV (ni CCTV asal)..bak kata kawan Sem, sem call dia cakap rasa tak sedap lah kat ofis tu.so kawan dia kata cuba kau rekod sekeliling dulu dengan kamera, agaknya nak sedapkan hati membe. dalam CCTV tu nampak lah sem tu tangkap gamba ofis tetengah malam, aku pun tak tau kenapa, excited dengan kamera baru ke apa tak tau lah. tapi kalau aku kat tempat tu, don;t ever look at something strange through camera..sebab mata kasar kita tak boleh captured benda2 tu, tapi kamera kadangkala boleh. ni pada pandangan aku saja.pastu nak dijadikan cerita, si Sem tinggalkan kamera dia yang tengah record atas meja dan dia keluar entah ke mana. masa dia tinggalkan kamera tu, dengan tak ada ribut tak ada angin, dslr yang berat gedabak tu boleh beralih position. *gulp* Sem balik tu tengok kamera beralih, terus dia play balik nak tengok apa dia record. aku tak tau apa yang dia nampak tapi sedar2 sem dah lari lintang pukang...dan aku pun tutup mata sebab cuak lebih.

okey part yang ni seram. sepatutnya sem keluar ikut pintu depan dalam masa beberapa second dengan kelajuan dia berlari dalam ketakutan tu. tapi dia tak keluar.

sem tu hilang sampai sekarang. masa yang dia lari arah tangga tu..hilang.tak jumpa.

2 - kisah yang ni pasal couple. ayu & man.dorang ni dah tunang tak salah. yang ceritakan kisah ni adalah kawan dia.

ini pun ada rakaman CCTV jugak. so at the beginning nampak dorang datang naik motor berdua. dorang janji nak lepak dengan kawan tadi tu, tapi sampai lewat sikit.ayu & man masuk ke bangunan tu. masuk pulak satu bilik ni, nampak meja2 bersusun dan ada tray2 makanan yang masih tak dikemaskan. agaknya petang tu ada jamuan kot. so dorang melepak situ. ade bergurau2 tiba2 gaduh. ayu tu merajuk. so man tu keluar lah kejap tinggalkan ayu yang merajuk. ayu main2 hp je.

sementara si man naik ke pejabat atas untuk ambil dokumen dia. dalam tu ada barang2 ofis macam komputer, sofa dan fail2.

masa man membelakangkan pintu masuk utk menyusun2 dokumen, pintu tiba2 terbukak. man pandang belakang, pintu tu diam je..tiba2 4 (kot) komputer atas meja ON sendiri. pergh mcm dalam citer omputih. masa tu man terkejut. dia intai bawah meja kot2 salah suis..tetiba komputer terpadam plak...dia berdiri je komputer ON balik dan suasana tiba2 menyeramkan. terus dia lari keluar ikut tangga.

dan tangga. lagi sekali. menyebabkan mangsa kedua hilang. man hilang.
dan daripada CCTV, bilik yang man masuk tadi menunjukkan sofa2 di dalam nya bergerak2.

dalam masa yang sama ayu yang merajuk tadi dah risau. dia keluar dari bilik tu dan masuk. dia duduk2 tiba satu kerusi yg jauh dari dia bergerak. terkejut beruk dia. dia cuba relax..tiba2 kerusi tepi dia plak bergerak kasar. terus kelam kabut ayu nak lari keluar ikut pintu. masa dia nak lari keluar tu, tiba2 meja2 kerusi2 terbang ke aras pintu menutup laluan.

panik, takut. ayu pengsan di situ. akibat drpd kejadian tu, dia di hosp utk rawatan mental. tunang dia tu hilang sampai sekarang.

boleh gila la aku macam niii...

3- kisah ke 3 sahaja yang lakonan semula.tentang sorang perempuan bisu yang tinggal di sebuah banglo besar sorang2 masa parents dia takde. so berlakulah gangguan.

aku tak nak spoil mood korang untuk tengok cerita ni. baiklah korang pergi tengok sendiri. terutama part yang mereka buat kajian kat bangunan tu pada malam hari serius scary. macam2 kejadian berlaku. real tau. tak tipu punya. walaupun mereka adalah pelakon, tapi yang dalam filem ni bukan ikut skrip. memang diri dorang punya. so, kalau nak jerit or takut, tak payah nak ada excuse sebab memang takut.

sampai ke masa sekarang, manalah agaknya pergi sem dan man. tanya kat yusran masa sesi soal jawab  dia tak jawab..yeke.ke aku yang tak faham.rasa kalau nak tahu lebih lanjut kena lepak dengan geng2 dorang ni ha.

okaylah, untuk filem ni aku rate 4/5. sebab sampai malam aku balik rumah aku jadi takut, aku tak boleh tido aku dengar macam2 la. bunyi kucing lah. padahal rumah aku tak ada kucing..hhuwaa. *rumah sewa*

bagi sesiapa yang tercari2 nak tengok filem melayu seram, boleh tngok cerita Bangunan. memang highly recommended.

tapi kalau rasa tak boleh in dengan cerita dokumentari paranormal ni, hentikan diri korang dari korang mengata2 filem tempatan padahal korang yang tak faham.

sama macam orang yang kutuk filem Bunohan.

rating : 4/5
highly recommended.

*untuk pengetahuan aku ni pengecut tahap ultra.

saksikan trailer



ni pulak mungkin hint2 sequel bangunan ni.




yang ni plak khas daripada movie night yang aku rakam :)

5 C.O.M.M.E.N.T.S:

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

Cerita baru kena tengok ni.. ;-)

H ;) said... [Reply]

aaaaaaa...citer ni mmg nice la. gugur jantung dibuatnye

Anonymous said... [Reply]

Tapi cerita tu cerita tipu. Ade satu part produksi buat kesilapan. Part cctv kes sem dengan cctv kes ayu & man. Xtaw lar kalau dorang x perasan part mane yg dorang buat kesilapan.

idati said... [Reply]

@Anonymous

erkk...saya pun tak perasannn

john putih said... [Reply]

Silap part susunan krusi dan kertas2 ats meja dkt bwh tu, dkt pintu dpn. Kalau ikut perbezaan hari antara cctv 1 n cctv 2 adalah seminggu. Dua2 hari isnin. Xkan la dlm masa seminggu susunan atau kdudukan kerusi dan susunan kertas ats meja diorg tu xtrusik lgsung. Klau kemas lain citer, ni senget2 nmpak sgt xtrusik. Kalau ikut logik laaa, xkn kebetulan kan ??