Do you like my blog?

Monday, June 15, 2015

Cari kerja tak dapat? Kau bukan loser sangat, kau loser sikit jee...

THE TYPEWRITER : idati on Monday, June 15, 2015
khas untuk yang cari2 kerja tak dapat :

- dah penat cari kerja wei.penat sangat2!

- orang kampung duk mengata (ape aa abes degree pon takde keje, mesti result tak bagus tu)

- pergi interview berjuta2 kali tapi end up 'majikan-tak-jadi' tu kata "kami cari calon yg lebih sesuai..contohnya berpengalaman..agresif, boleh bekerja...bla bla bla kurus cantik menawan krik3..."

- hutang PTPTN berpuluh2 ribu..belum tua lagi hutang dah ribu riban..waktu study dulu taknak kira plak..tau spend je macam jutawan

- malam sebelum gi interview just relax2 konon interviewer hanya nak tau basic things. contohnya bila orang tanya

"kau tak prepare ke untuk iv?"
"lek ahh...time iv ni kan interviewer just nak tau kita mcm mana je..takkan ko taktau ttg diri sendiri?"

. 5 min sebelum nama dipanggil baru menggelabah biawak sebab calon lain semua prepare. muka semua confident. dan masa tu kau baru tauu yang kau tak tahu apa2 pon tentang company yang kau nak interview.in fact, jawatan kau pon kau blur2 lagi. baru nak google, data plak 'E'. tiba2 nama kau dah kena panggil...baru nak menggelupur kena sawan tetiba.

- kau diberitahu masa iv kena pakai cantik2 dan kemas2. jadi kau pilih baju yang kau pakai masa annual dinner course kau yang menjadikan kau king/queen of the night. kau dengan konfiden pergi ke company tu, dan kau baru sedar orang lain pun kemas. dan lebih konservatif.


kau pulak pakai bulu mata palsu, foundation 3 inci, kasut berkepak..kepala siap pakai headcrown yang kau menang masa queen of the night.


elok je kau masuk iv room, interviewer kata "err..cik.kami mencari Kerani Kewangan..bukan penyanyi dangdut".

- resume kau copy & paste je dari kawan. kau anggap resume macam isi borang je,just padam apa yang lain sikit dari kawan kau.dan tambah2....masa iv tetiba kau dapat soalan

"base on your resume, can u explain to me, how makes u think u have solid analytical abilities..?"

dan kau tak pernah tahu pun kau copy ayat tu. *nampak tak betapa solid analytical abilities kau..*


- seterusnya soalan paling simple "tell me about yourself".
supposely kau jawab "my name is ahmad hafiz. call me hafiz. i'm a fresh graduate of U** in bachelors of Finance. Currently, i'm helping my family in their business in Ipoh, Perak...blablabla"


tapi kau jawab... "my long name is ahmad hafiz.my short name is hafiz.my glemer name is fish. u can call fish la. just finish study at U** in degree finance. sekarang tak kerja...emmm...ape lagi eyy (whispering) ..i live at ipoh..my mother name siti..my father name's abdullah.my father n mother get married at 1970 bape ntah. i have 2 older sister.. both married.."

well, interviewer asked "tell me about yourself", please tell about yourself. kenapa mak abah, kakak, kucing semua kena masuk? unless kau mohon doktor veterinar...maybe...*aku tak pernah pegi iv doktor veterinar lah plak kan*.

- dan banyak lagi etc etc etc

hit yourself cause you couldn't find a job at the first place, pleaseee...


so, kau nak celen diri kau?

kalau rasa diri tak kedekut dan rasa nak improve diri, aku suggest korang masuk bengkel resume oleh trainer yang sempoi lagi hebat, namanyaa...jeng2..Mr Hans Toh. alah, rm30 sahaja, dekat damansara perdana PJ. tu dah termasuk kos hostel untuk 2 hari (tapi terhad...good things always limited). *juadah berbuka puasa tak disediakan*


the day after the workshop, we have interviews. open to all workshop participants & GEMS programme candidates.

berminat klik sini lelaju


ada borang boleh isi. nanti dorang call sila jawab. *bukan semua nombor unknown itu peminat psiko atau ejen insurans. peluang kerja pun pakai no unknown jugak tau*


2 C.O.M.M.E.N.T.S:

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

singgah sini

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

Bagus info ni untuk mereka yang sedang mencari kerja. Kena jaga-jaga masa interview. Kalau tahu banyak lagi bagus dari tak tahu apa-apa.