- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf persediaan yang tidak bersedia | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Monday, August 17, 2015

persediaan yang tidak bersedia

THE TYPEWRITER : idati on Monday, August 17, 2015
salam. hai.


lama tak bertemu korang, di alam maya ni. haha.

macam mana nak cakap ye. sejak setahun lebih bekerja ni, aku macam orang tua sikit (tak tau dari segi apa). tapi aku masih lagi 'hutan kabut', macam kadang-kadang kawan panggil aku idatimalekhutankabut. dah macam nama penuh wei aku rasa hahaha =.=

sejak akhir-akhir ni aku ada sibuk sikit. sekarang aku sudah bekerja, dan tak lama lagi aku dah nak kahwin. hutankabut yang korang kenal dah nak kahwin wei, rasa lain macam tak?

so korang paham-paham lah bila nak kahwin ni, dia gelabah lain macam. haaa.. macam duit cukup ke, perangai dah okey ke, betul ke wei nak kahwin dah rasa semalam baru masuk darjah 1 (melampau gila), mak abah aku betul ke suruh aku kahwin ni? warden bagi ke? (dah apehal warden tetibaa)

utk pengetahuan, aku perempuan bukan lelaki.. takut-takut pulak selama 6 tahun hutankabut di blog, ada yang ingat aku jantan haha ok itu ada kemungkinan sebab ayat aku macam hmmm tak payah lah cakap nanti aku sendiri yang terluka, terkesan di hati.

jadi,

apa persediaan aku?

bila ada orang tanya, ya aku jadi gelabah. iyaa..

sebab aku tak buat apa-apa.

contohnya bila aku pergi open house, seorang kawan nak sendukkan makanan ke dalam pinggang aku yang jelas kelaparan kerana perut saja ditahan-tahan (kata nak pergi open house kann?). lepas tu tetiba kawan bukak mulut,

'ko nak makan ke? ke ko nak diet? maklum laa..tak lama lagi'.

aku yang mendengarkan ayat itu menjadi bimbang. siap berpeluh. dan apa yang lebih membimbangkan adalah selera aku tidak terputus sedikit pun. siap kata,

'diet apa..kau nampak aku macam diet ke? time makan, makan aaa..'
dan kawan-kawan sekeliling memuji aku kerana tidak gelabah biawak hanya kerana mahu menjadi pengantin tak lama lagi *aku macam geli nak gelarkan diri sendiri pengantin adakah ini normal*

dan malam itu aku tidak gelabah biawak, malah gelabah angsa, itik, tupai, iguana, tapir, kangaroo semua ada.


mau tak..
lengan aku besar sebelah apahal doeh?



5 C.O.M.M.E.N.T.S:

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

Tahniah :-)
Insyallah bersedia aje. Doa banyak-banyak semoga Allah mudahkan urusan perkahwian dan menjadi isteri insan yang tersayang nanti. Bersedia sikit-sikit mana yang perlu. Insyallah nanti Allah bantu.

ohpanduan panduan said... [Reply]

Semoga di mudahkan urusan HK menantikan hari yang bahagia.

U'M'A said... [Reply]

Just be yourself..xyah risau pwn isu2 makan ni..mkn jer..makan bnyak..exercise bnyak..bg balance..pape pwn tahniah..semoga dpermudahkan urusan..aminn..

idati said... [Reply]

@U'M'A

thanks :) inshaallah balance semuanya :P

Najmuddin Nadzri said... [Reply]

nak mnx nasihat mengenai program gems ni. boleh bantu?