- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf February 2015 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Tuesday, February 24, 2015

Nak Kerja di Rumah : TaskV jawapannya!

THE TYPEWRITER : idati on Tuesday, February 24, 2015 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
seperti entri-entri yang sebelum ini, aku banyak cakap tentang "susahnyaaaa nak cari kerja" kan?
terutama bagi graduan-graduan baru universiti yang makin ramai,bak kata pepatah kita belajar masa sekolah dulu *jauh ingatannyaa* , "bagai cendawan tumbuh lepas hujan".


ini aku ada berita baik punya untuk korang! especially untuk yang kaki online, serius!

Siapa yang layak mohon kerja ini?


  • Pernah tak korang mengimpikan kerja yang hanya dibuat di rumah dengan gaya profesional *instead of job kat rumah yang macam makcik-makcik potong bawang untuk kilang bawang goreng*,untuk itu, serahkan pada makcik-makcik.
  • Atau korang dah kerja tapi nak cari duit lebih lagi sebab yelahh...nak kawin la, nak beli kereta la, nak beli rumah la kan..
  • atau korang surirumah yang bosan laki tak bagi kerja kat luar tapi korang nak bantu suami sangat-sangat.
  • atau korang banyak sangat masa senggang masa kat universiti. ye lahh..bukan hari-hari ada kelas pun.
  • atauu korang kalau boleh nak kerja yang pakai komputer atau laptop sahaja. ewah, kata generasi baru, nak bergaya lah sikit kan.macam cerita drama malam-malam tu *kerja mengadap komputer je*
  • atau korang memang blogger tegar yang sangat sangat cintakan kerja-kerja di rumah ni?
  • Atau korang semua sekali di atas?

Jangan tunggu lagi, join lah TaskV.com !


Apa tu TaskV.com?

TaskV.com ni sebenarnya satu portal baru yang menawarkan khidmat senarai kerja kosong, tapi! TAPI! ini bukan lah portal yang macam Jobstreet, jobscentral, maukerja dan sebagainya..tak sama wei tak sama! *kadang2 lepas mohon, ada nombor asing call korang siap takut nak angkat sebab nervous nak interview kan? yang ini tiada lagi*

TaskV.com ni khas untuk kerja-kerja yang boleh dilakukan dari rumah atau mana-mana tempat yang korang selesa contohnya coffee house ke, dalam ofis masa rehat ke, tepi tasik ke...mana-mana lah. yang penting korang :

1) sangat sangat sangat serius nak kerja yang di rumah
2) ada PC atau laptop yang boleh digunakan
3) sambungan internet yang laju supaya memudahkan kerja korang dan majikan iaitu TaskV.com
4) boleh berkomunikasi dan memahami bahasa Inggeris asas melalui email (sebab tawaran kerja datang dari pelbagai negara contohnya Amerika, United Kingdom,  Canada, Europe dan negara-negara Asia yang lain)
5) korang dah SEDIA!

Dalam team TaskV, mereka akan kumpulkan tawaran kerja dan memastikan kesahihan tawaran kerja tersebut dan boleh dilakukan secara jarak jauh sebelum bagi kat korang yang dah daftar. so korang takdelah masalah takut kena tipu ke apa ke dengan job yang diberikan. Dan korang jugak takdelah susah payah nak belek satu-satu page yang tawarkan job kat rumah sebab team TaskV dah kumpulkan untuk korang. *bagus dorang ni, rajin!*

Khidmat yang di tawarkan kepada ahli TaskV adalah perkhidmatan mencari dan menyediakan senarai tawaran kerja yang sudah di sahkan kesahihan melalui job board dan kemas kini melalui email setiap hari apabila ada kerja terbaru di senaraikan. Jadi mudahlah untuk korang yang dah daftar dengan TaskV ni. ada je update mereka setiap hari untuk korang *takde lah korang tercengang-cengang tunggu hehehe*
korang tak perlu menunggu secara manual macam ni lagi! yey!

Lagi yang best pasal TaskV ni sebab nya ada banyak FAEDAH untuk korang tau! Contohnya macam :

1) bekerja di rumah melalui sumber yang disahkan
2) dibayar sama ada melalui paypal atau cek (atau cara lain yang ditentukan oleh majikan atau korang)
3) dapat upah dari $25 - $750 (bergantung pada jenis task yang korang buat)
4) boleh tentukan jadual bekerja sendiri (ini yang paling aku sukaa.. bangun tengahari pun boleh buat kerja muahaha eh tak  baik camni tauu mihmihmih)
5) job masuk melalui e-mail je (takkan adelah bos yang akan call korang pukul 8am membebel-bebel apasal tak masuk ofis lagi oppss)
6) akses 24/7 ke job board yang boleh guna apa-apa devices macam PC, laptop, tablet atau mobile device.

Dalam TaskV ni, ada 9 kategori bidang pekerjaan utama yang korang boleh pilih tau:

- Admin Support
- Business Services
- Customer Service
- Design & Multimedia
- Networking & IT
- Sales & Marketing
- Software Development
- Web Development
- Writing & Translation

Yang lagi best, korang boleh subscribe untuk terima job alert mana - mana bidang yang korang suka dan boleh akses semua jenis kerja di job board tanpa mengira kategori. *ka-ching!!ka-ching!*

Yuran Keahlian ?

Ya, ada! Ini sebagai langkah-langkah untuk mem'filter' insan-insan yang betul-betul mahu bekerja macam korang! so job boleh terus dapat kat korang yang serius.

Jangan risau tentang harga sebab TaskV tawarkan 5 plan keahlian yang boleh di pilih mengikut keperluan pencari kerja. Lebih lama tempoh keahlian di beli, lebih murah harga di tawarkan dan banyak penjimatan untuk korang.

Pembelian akses keahlian adalah mengunakan PayPal atau kad kredit/debit melalui sistem pembayaran PayPal.

Yuran keahlian adalah seperti di bawah ni:
1 Minggu - $7.00 ($1.00 sehari)
1 Bulan - $17.00 ($0.56 sen sehari)
3 Bulan - $27.00 ($0.30 sen sehari)
6 Bulan - $37.00 ($0.20 sen sehari)
Setahun - $47.00 ($0.12 sen sehari)

Kejap!kejap!kejap!

Untuk masa terhad sahaja, TaskV tawarkan diskaun bagi pembelian plan keahlian setahun (Diamond Plan) sebanyak hampir 70% iaitu $14.99 sahaja ($0.04 sen sehari).

Promotion code: REVIEW
Sah sehingga 28 Feb 2015 sahaja.

Sini aku ajar cara nak join TaskV & claim tawaran diskaun:

1: Pergi ke laman http://taskv.com

2: Isi nama, alamat email & pilih kategori kerja yang di inginkan.

3: Sahkan alamat email dengan klik pada link yang di hantar oleh TaskV.com




lepas klik, korang akan dibawa ke page ini, sila skroll ke bawah.

4: Cipta login info, maklumat akaun dan masukan promotion code ke ruangan di sediakan.

5: Teruskan proses pembayaran di PayPal & selesai. Boleh akses serta merta setelah bayaran selesai.



Done! Korang boleh bekerja serta merta! tak perlu tunggu2, tak perlu tertido2 depan komputer okay!

Apa lagi fikir, cepat2 grab peluang yang ada ni sementara tengah promosi.
Ingat kata-kata ini, "Orang biasa cari peluang, orang hebat buat peluang".

so apa tunggu lagi, jom TaskV.com!

Wednesday, February 18, 2015

Review Movie @HutanKabut : Filem Bangunan [Malay]

THE TYPEWRITER : idati on Wednesday, February 18, 2015 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hai,

sekian lama aku hanya membuat review kedai makan best dan wedding kawan2. kali ni aku nak review pulak tentang filem. sebagai seseorang yang tidak ada asas tentang dunia perfileman, aku sebenarnya tak lah selayak itu untuk membuat review. hanyalah seorang rakyat marhaen.

17/2/2014

group whatsapp aku tertulis notification. group whatsapp yang hanya dihuni 3 nama; kak iza, fatin dan aku. asal kami kenal tentang motogp sebab tiga2 minat motogp, tapi sekarang dah jadi geng berjalan *sebab bukan musim motogp lagi?*. kak iza bagitau yang dia berjaya dapat tiket free untuk tayangan cerita Bangunan daripada Adibah Noor. huiyoo. punya lah excited nak gi tengok movie sampai terlupa nak google tentang filem apa aku nak tengok ni. tengok poster macam cerita seram, tapi poster tak cliche macam cerita seram melayu ada letak cik lang dan pocong depan tu. cuma gambar bangunan. *berpeluh dahi*

sampai kat cineplex cathay e curve, aku tengok kak Adibah Noor yang bagikan tiket. ohh belum apa2 dah neves tahap gaban, tak pernah beli tiket movie dari artis. dan yang paling malang bagi aku adalah aku baru balik kerja pakai jubah kedut2 bau kambing. muka minyak2. tapi bau2 kambing pun jumpa aqasha nak tangkap gamba jugak kan. boleh tahan jugak aku ni kan. nasib lah aqasha. tapi terkilan tak dapat cakap kat dia aku minat dia dari sekolah rendah tau masa cerita Embun (2002), aku darjah 6 masa tu. watak dia leftenan Koishi, weh aku nangis2 bila dia mati kena tembak. tembak sekali dah mati amende laa tak hero langsung, Embun kena tembak banyak kali pun sempat bunuh orang, si akishi tu lah. eh tersalah review filem pulak.
aqasha!!!.letak gamba kak iza la sebab gamba aku buruk muahahah

oh ya malam itu ada kak Adibah Noor, khir rahman, baki zainal, sein, zain, aqasha (of course), yusran (yg cool serta macho lagi gentlemen padahal pertama kali tengok) dan beberapa lagi krew yang aku tak sempat nak ingat nama. dorang akan tengok bersama2 kami movie tu. gila excited! terlupa dah cite ni cite seram tau.
dengan adibah noor n baki zainal
jo! ehh...khir rahmann!!


zain!
sein!

tapi, banyak kali warning masa ambil tiket, masa sebelum movie start, masa movie start yang..

siapa ada lemah semangat, lemah jantung, preggy mommy, etc yang ada masalah dengan benda2 gini disuruh keluar.

rasa tak macho nak keluar masa tengah cerah, kak adibah suh keluar masa wayang dah gelap. kalau ada bawak awek, tinggalkan je awek korang situ dengan alasan 'sakit perut lah yang...gi jamban jap..'sampai cite habis la kau kat jamban.

warning tu pun aku dah cuak. pop corn free tu dah habis separuh masa ni. aku difahamkan filem ni terhasil tanpa skrip, pastu guna pun rakaman cctv yang asal. asalnya geng2 ni interview orang ramai untuk cari cerita bagi filem 'Garang' tak salah aku. tapi tiba2 ada 2 orang yg cerita tentang benda lebih kurang sama, yang terjadi di bangunan yang sama. bangunan apa, aku tak tau. tapi dalam movie tu dia macam bangunan agensi gov kot, pastu untuk tempat2 training. sebab tengok banyak meja2 and kerusi bersusun2. so daripada nak buat filem 'Garang' tu, terus mereka tertarik and tekad nak buat kajian tentang bangunan ni. alih2 kajian ni yang difilemkan. tu yg lagi sakit jantung tu, sebab korang akan rasa korang sekali mengkaji. huhuhuhuhu

Filem bermula.

at the beginning. dia banyak tulisan bertaip2. kena lah baca kalau nak faham. aku dah excited, aku suka dokumentari ni. dan ada jugak perbincangan sikit2 antara geng2 bangunan. so untuk pergi ke bangunan tu, dorang ajak Yusran, kawan Sein, yang pakar dalam hal2 macam ni. dia ni pengamal ilmu silat jugak, so biasa orang2 mcm ni lebih pakar dari kita yang biasa2. so dalam cite bangunan ni dia ada 3 kisah, campur sekali dengan pengembaraan kajian geng2 bangunan dan ulasan2 dorang yang kadang2 mencuit hati walaupun dalam ketakutan.

1-kamera baru (diceritakan oleh kawan Sem)
ni kisah Sem yang kerja kat bangunan tu. dia stayback sampai lewat malam, tak silap aku sampai 1 pagi kot as yang tertulis di CCTV (ni CCTV asal)..bak kata kawan Sem, sem call dia cakap rasa tak sedap lah kat ofis tu.so kawan dia kata cuba kau rekod sekeliling dulu dengan kamera, agaknya nak sedapkan hati membe. dalam CCTV tu nampak lah sem tu tangkap gamba ofis tetengah malam, aku pun tak tau kenapa, excited dengan kamera baru ke apa tak tau lah. tapi kalau aku kat tempat tu, don;t ever look at something strange through camera..sebab mata kasar kita tak boleh captured benda2 tu, tapi kamera kadangkala boleh. ni pada pandangan aku saja.pastu nak dijadikan cerita, si Sem tinggalkan kamera dia yang tengah record atas meja dan dia keluar entah ke mana. masa dia tinggalkan kamera tu, dengan tak ada ribut tak ada angin, dslr yang berat gedabak tu boleh beralih position. *gulp* Sem balik tu tengok kamera beralih, terus dia play balik nak tengok apa dia record. aku tak tau apa yang dia nampak tapi sedar2 sem dah lari lintang pukang...dan aku pun tutup mata sebab cuak lebih.

okey part yang ni seram. sepatutnya sem keluar ikut pintu depan dalam masa beberapa second dengan kelajuan dia berlari dalam ketakutan tu. tapi dia tak keluar.

sem tu hilang sampai sekarang. masa yang dia lari arah tangga tu..hilang.tak jumpa.

2 - kisah yang ni pasal couple. ayu & man.dorang ni dah tunang tak salah. yang ceritakan kisah ni adalah kawan dia.

ini pun ada rakaman CCTV jugak. so at the beginning nampak dorang datang naik motor berdua. dorang janji nak lepak dengan kawan tadi tu, tapi sampai lewat sikit.ayu & man masuk ke bangunan tu. masuk pulak satu bilik ni, nampak meja2 bersusun dan ada tray2 makanan yang masih tak dikemaskan. agaknya petang tu ada jamuan kot. so dorang melepak situ. ade bergurau2 tiba2 gaduh. ayu tu merajuk. so man tu keluar lah kejap tinggalkan ayu yang merajuk. ayu main2 hp je.

sementara si man naik ke pejabat atas untuk ambil dokumen dia. dalam tu ada barang2 ofis macam komputer, sofa dan fail2.

masa man membelakangkan pintu masuk utk menyusun2 dokumen, pintu tiba2 terbukak. man pandang belakang, pintu tu diam je..tiba2 4 (kot) komputer atas meja ON sendiri. pergh mcm dalam citer omputih. masa tu man terkejut. dia intai bawah meja kot2 salah suis..tetiba komputer terpadam plak...dia berdiri je komputer ON balik dan suasana tiba2 menyeramkan. terus dia lari keluar ikut tangga.

dan tangga. lagi sekali. menyebabkan mangsa kedua hilang. man hilang.
dan daripada CCTV, bilik yang man masuk tadi menunjukkan sofa2 di dalam nya bergerak2.

dalam masa yang sama ayu yang merajuk tadi dah risau. dia keluar dari bilik tu dan masuk. dia duduk2 tiba satu kerusi yg jauh dari dia bergerak. terkejut beruk dia. dia cuba relax..tiba2 kerusi tepi dia plak bergerak kasar. terus kelam kabut ayu nak lari keluar ikut pintu. masa dia nak lari keluar tu, tiba2 meja2 kerusi2 terbang ke aras pintu menutup laluan.

panik, takut. ayu pengsan di situ. akibat drpd kejadian tu, dia di hosp utk rawatan mental. tunang dia tu hilang sampai sekarang.

boleh gila la aku macam niii...

3- kisah ke 3 sahaja yang lakonan semula.tentang sorang perempuan bisu yang tinggal di sebuah banglo besar sorang2 masa parents dia takde. so berlakulah gangguan.

aku tak nak spoil mood korang untuk tengok cerita ni. baiklah korang pergi tengok sendiri. terutama part yang mereka buat kajian kat bangunan tu pada malam hari serius scary. macam2 kejadian berlaku. real tau. tak tipu punya. walaupun mereka adalah pelakon, tapi yang dalam filem ni bukan ikut skrip. memang diri dorang punya. so, kalau nak jerit or takut, tak payah nak ada excuse sebab memang takut.

sampai ke masa sekarang, manalah agaknya pergi sem dan man. tanya kat yusran masa sesi soal jawab  dia tak jawab..yeke.ke aku yang tak faham.rasa kalau nak tahu lebih lanjut kena lepak dengan geng2 dorang ni ha.

okaylah, untuk filem ni aku rate 4/5. sebab sampai malam aku balik rumah aku jadi takut, aku tak boleh tido aku dengar macam2 la. bunyi kucing lah. padahal rumah aku tak ada kucing..hhuwaa. *rumah sewa*

bagi sesiapa yang tercari2 nak tengok filem melayu seram, boleh tngok cerita Bangunan. memang highly recommended.

tapi kalau rasa tak boleh in dengan cerita dokumentari paranormal ni, hentikan diri korang dari korang mengata2 filem tempatan padahal korang yang tak faham.

sama macam orang yang kutuk filem Bunohan.

rating : 4/5
highly recommended.

*untuk pengetahuan aku ni pengecut tahap ultra.

saksikan trailer



ni pulak mungkin hint2 sequel bangunan ni.




yang ni plak khas daripada movie night yang aku rakam :)

Sunday, February 8, 2015

Degree lain, kerja lain : Boleh ke?

THE TYPEWRITER : idati on Sunday, February 08, 2015 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
well hot issue sekarang ni.

sekarang kalau korang nak tahu lah kan, ramai sangat graduan U yang menganggur kat Malaysia ni. sama ada sedar tapi taknak ambik port atau buat2 tak sedar atau memang failed bab2 ni.

lambakan graduan ni bukan apa. tak boleh nak salahkan gov, tak boleh nak salah private college yang makin banyak. tak boleh nak salahkan budak2 yang nak belajar jugak. sebab ilmu tu luas wei. apa salahnya semua orang nak masuk u. kan kan?

tapi yang paling menghairankan aku adalah budak2 habis uni sekarang terlalu lalu lalu memilih kerja. nak kerja office hour je, taknak pakai uniform, taknak OT, starting paling kurang RM2500, nak ofis depan rumah je, nak bos yang baik masuk lambat pun takpe, nak pelbagai elaun, nak masa rehat yang panjang, nak cubicle sendiri, nak officemate yang baik, nak annual leave 30 hari, nak pelbagai benefit seperti coverage medical hingga 50k setahun, nak bonus 5x setahun tiap2 kali 3 bulan gaji; pendek kata semua yang best2 lah.

ada kerja macam tu. serius ada. tapi bukan untuk budak degree yang tak ada pengalaman. that kind of job will come after you got like 5-10 years of experience.

tak ada benda yang boleh dicapai begitu mudah. same goes as me. same goes to my family.

okey lah korang nak contoh kan?

aku bagi contoh lah. kerja doktor. ini simply daripada doktor yang kerja dgn gov malaysia lah ye.


  • doktor pelatih UD41 : starting RM2400+ plus elaun perumahan, elaun kritikal,elaun wilayah                                        dan gaji oncall = RM4000+
  • UD44 (lepas 2 tahun agak2) = starting RM3000+ plus  elaun dan oncall = RM7000+                                                                         (kalau banyak OT boleh la dalam RM10 000)
  • UD48 = starting RM5000+ plus elaun2 = RM 8000+ (kalau ada oncall semua tu dalam                             RM 10k - RM12k.

Mungkin sesetengah orang rasa jumlahnya banyak kan? tapi beban kerja pun banyak juga, kerja boleh mencapai sehingga 34 jam sehari. -sumber dari sini

Haha..sekarang cakap aku, sedangkan kita kalau diminta kerja 24 jam or paling kurang masa weekend pun merungut, kau bagitau aku camana doktor yang kerja 34 jam sehari. miracle kan? serius letih wei! dengan macam2 perangai patient lagi. tapi doc ni hati mulia sebab tu dorang jadi doc, dorang bersabar. kalau aku yang jadi doc selamat lah semua orang aku prescribe racun je kahkahkah ok gurau.

tu kau tak kira lagi doktor2 study makan masa 5-7 tahun kat uni, tak termasuk nak jadi specialist lagi tu ha...pastu masa kerja pun asyik fikir pasal orang lain je. busy wei jadi doc. sebab tu doc selalu kawin dgn doc, sebab hanya antara dorang je yang memahami sesama sendiri. jangan la korang kata doc ni semua memilih sebab tu taknak kawin dengan orang kerja biasa.

duit banyak pun tak sempat nak spend. pastu berkepuk dalam bank. lagi satu aku nak cakap doc2 pun ramai yang kena mental disorder tau sebab stress.

but sorry to say lah budak2 u sekarang punya status :

- aku demand nak gaji RM2900 bukan apa. aku ada master business admin. campur degree dengan master dah 4 tahun. walaupun pengalaman kerja takde, tapi aku pernah praktikal kat gov tau.
- aku budak engineering kot takkan nak kerja kat company tu. bayar pun 1200. mana nak hidup kat ipoh weiii...
- penat2 aku belajar 4 tahun kat uni, kau nak suruh aku kerja ngan gaji 2000 je kat KL? habis aku nak makan apa? kereta ng rumah cemana? dah la aku nak kawin ni.
- ehh...ada je kawan aku yg habis study terus dapat kerja. starting 4k. sekarang pakai beatles lagi kaler kuning. dengar next month dia nak tukar audi plak. (itu orang lain, kau rasa kau macam dia?)
- tak guna la belajar kat u bertahun2 hutang beribu2 tapi tak kerja bidang sendiri. rugi weii rugi (padahal menuntut ilmu tu tak pernah rugi pun)
 
nasihat aku adalah, take whatever opportunity that comes tu you first. kalau daerah kau tu ulu sangat, berhijrah la.jangan takut. muda2 ni lah kena merantau. nanti dah kawin kau berkepit lah dengan spouse kau kat kg halaman ke mana2 kau suka lah.

asalkan kau tak bazir masa.

orang lain start kerja umur 22, kau nak start 32. pastu nak demand. pastu panggil orang yang lagi muda dari kau akak sebab kau bajet kau muda padahal? *ni tengah bengang ni* kehkeh

take my advice. i've been there in your shoes. aku dulu habis study pun lama cari kerja sampai orang ingat sebenarnya aku taknak kerja. hari2 aku on9 dan keluar cari opportunity. smpai aku fedup dengan semua orang.



Kebaikan K Colly Sweet 17

THE TYPEWRITER : idati on Sunday, February 08, 2015 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sekarang ni tengah banyak produk-produk mencerahkan dan mencantikkan kulit kat pasaran. tinggal nak pilih je. tapi pilih jangan sebarang pilih tau! nanti bahaya pulak!

so hari ni saya nak suggest kat korang untuk makan K Colly jika :

K Colly ni ada banyaakkkk sangat kebaikan. tapi yang paling penting adalah ia tak ada kesan sampingan. sebab tu saya berani makan. 

Antara kebaikan K Colly Sweet 17 adalah :

✔ Pencerahan kulit yang berkesan antara seawal 3 hari
✔ Membantu memulihkan kulit rosak, kusam, bermasalah
✔ Memulihkan kulit yg tidak anjal, kendur dan kering
✔ Menghilangkan kedutan kecil dan garis halus di tepi mata
✔ Mengurangkan masalah jeragat atau jerawat di muka
✔ Menghilangkan rekahan dan kedutan kulit selepas bersalin
✔ Memberikan tenaga sebenar yg cergas sepanjang hari
✔ Baik untuk ibu2 yg hamil atau menyusukan anak
✔ Mengurangkan masalah selulit, parut atau kesan kehitaman
✔ Mengurangkan kesakitan ketika haid / sengugut
✔ Menghilangkan kegelupasan di bahagian muka
✔ Memperbaiki struktur bahagian bibir yg kering dan merekah
✔ Meningkatkan imunisasi badan / cegah penyakit
✔ Mengurangkan kesan rekahan di bhgian tumit atau telapak kaki
✔ Mengecilkan pori2 kulit kesan drp kerosakan kulit
✔ Melambatkan proses penuaan sejajar dgn keanjalan kulit
✔ Sesuai untuk lelaki mahupun wanita/remaja
✔ Memberikan keyakinan diri apabila masalah kulit dapat diatasi

fatiya pun makan k colly. act ramai je artis yang consume k colly ni.hehehehe

APA? TAKUT TAK HALAL?
hohohoho...jangan risau ye kengkawan.. K-Colly Sweet 17 adalah produk keluaran Malaysia, halal JAKIM, Sijil GMP, berasaskan formula teknologi nano dari Korea, dgn kehalusan kolagen 1,500,000MG.

Berikut adalah bahan-bahan yang terkandung dalam K Colly Sweet 17 :  
  • Hydrolized Marine Collagen
  • Astaxanthin
  • CoEnzym Q-10
  • L-Glutathione Berry Plus
  • Multivitamin, Pure Pearl Powder
  • Hyaluranic Acid
  • 12X Stem Cell (Apple, Cranberry, Pomegranate, Tomato, Rossele, Cherry Acerolla, Snow Lotus, Raspberry & Peach)
  • Omega 3
Mesti korang macam tertanya2, apahal lah aku kena consume K Colly ni? aku dah cukup cantik kot nii....hahaha...takpe2..

Jawapannya kerana K-COLLY SWEET 17  merupakan Produk NO.1 lah weiii yang lengkap mengandungi semua keperluan tubuh badan anda untuk kesihatan dan juga kecantikan. 1001 khasiat dan kebaikan hanya dalam 1 botol K-COLLY SWEET 17. Ia bukan je untuk kecantikan tetapi juga membantu memblok karbohidrat dan kalori yang berlebihan dari makanan harian korang.

K-COLLY SWEET 17 dapat membantu korang untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit.
Lagi ia memang mudah di makan,tanpa perlu bancuh jika ingin cepat.cuma masukkan 1 sudu plastik serbuk kedalam mulut dan kemam.Hanya makan 1 sudu pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur  dan korang akan tampil segar dan menawan setiap hari.rasa dia memang sedap! manis2 gittew..tapi ia bukan gula tau!

WAIT WAIT WAIT!! TAPI SAYA PREGGY MOMMY SEKARANG! BOLEH KE MAKAN?SELAMAT KE?

Haa...ini pun jangan risau. K Colly Sweet 17 boleh diambil untuk ibu mngandung yang kandungannya sudah 4 bulan ke atas yee....breastfeeding mommy pun boleh makan ni.

Antara kandungan utama dlm K-Colly Sweet 17 ialah Omega 3!
Penyelidikan saintifik sentiasa memperluaskan pengetahuan kita tentang keperluan pemakanan semasa kehamilan. Antara perkembangan terkini dalam bidang ini ialah kepentingan asid lemak omega 3 dalam perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat dan kesihatan ibu hamil.

Apakah itu Acid Lemak Omega 3?
Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.

Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu. Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.

Apakah kepentingan Omega 3 dan Apakah fungsinya?
Pengambilan Omega 3 lemak yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung kepada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin yang tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Ketidakseimbangan prostaglandin ini boleh membawa kepada penyakit.
Peranan omega-3 dalam mengeluarkan prostaglandin yang bermanfaat mempunyai manfaat kesihatan yang begitu banyak, termasuk pencegahan penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan pengawalan keradangan. Dos omega 3 yang tinggi digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan emosi. Kajian baru mengenal pasti potensi kebaikan pengambilan omega 3 termasuk kanser, penyakit radang usus dan penyakit autoimun yang lain.


Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Terutamanya Semasa Mengandung?
Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3 yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak. Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.

Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.


Apakah Makanan Yang Mengandungi Omega-3 (EPA + DHA)?
Sumber EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Ramai orang risau tentang kehadiran merkuri dan toksin lain dalam ikan, terutamanya semasa mengandung. Atas sebab ini, sumber minyak ikan EPA dan DHA dari vitamin ataupun suplemen adalah paling selamat. Minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang yang mempunyai reputasi yang baik memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tambahan tanpa risiko ketoksinan.

Ramai orang berfikir bahawa flaxseed dan / atau minyak flaxseed mengandungi omega 3. Tetapi flaxseed mengandungi rantai pendek omega 3, ALA (asid alfa-linolenik), yang berbeza dari EPA dan DHA yang mengandungi rantai panjang omega 3. EPA dan DHA Omega 3 memberi keperluan badan untuk pembangunan kesihatan yang optimum. Walaupun ia pernah berfikir bahawa badan manusia boleh menukar ALA kepada EPA dan DHA, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa pertukaran tersebut jarang berlaku. Minyak ikan merupakan sumber EPA dan DHA yang lebih dipercayai.


Okey lah...saya nak beli lahh....nak makan cemana ni weii? hahahaha

CARA PENGAMBILAN :
- Masukkan 1 atau 2 scoop ke dalam mulut secara perlahan-lahan.
- Biarkan 3-5 saat, serbuk akan mencair dengan bantuan enzim air liur. - Diamalkan 1 kali sehari sebelum sarapan @ sejam sebelum tidur

*1 atau 2 scoop bergantung pada pengambilan setiap individu. tapi jangan lebih 2 scoop, sebab membazir je. takde effect..hehehe..ada orang masa 1 bulan pertama dia ambil 2 scoop sebab nak enhance kecerahan tu, dan bulan2 seterusnya ambil 1 scoop utk maintenance..tapi saya tak la nak sangat cepat cerah, so just untuk kesihatan dan kecantikan kulit je, saya cuma ambil 1 scoop. dah okey dah*

Tips makan K Colly :
Khasiat dan nutrisi K Colly Sweert 17 lebih cepat meresap ke dalam salur darah bila dikemam berbanding dengan cara dikacau/dilarutkan dengan air. Makan 1 jam sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Elakkan drp meminum minuman bergas, kafein seperti kopi atau nescafe serta minuman herba.
Banyakkan minum air kosong/air masak untuk lebih berkesan dan pemulihan kulit dan badan.

Nah, aku sajikan testimoni K Colly dari ramai orang okey!
















Korang kalau nak dapatkan K Colly Sweet 17 yang murah dan original lagii, boleh la whatsapp aku lelaju tau:

Whatsapp SEKARANG JUGAK SEBELUM K COLLY NAIK HARGA WEII!

017 552 7072 (Idati)

Untuk tahu ciri2 K Colly Ori vs. K Colly Tiruan, boleh follow instashop aku jugak sebab aku ada post di situ tentang ciri2 ni...instashop aku adalah

@irshop_idatimalek (instagram)

oh kejap. lupa bagitau harga...


RM 99 SM
RM 105 SS

POSTAGE INCLUDED!

Kenapa murah? sebab aku gi kedai borong la...

selain dari K Colly, aku ada jugak jual Secret Skin White Kawaii Collagen, Aurawhite, Auramen, V Asia Advance White & Nurraysa Beauty Skincare.

Selamat mencuba wei! hehe
*kalau korang nak testimonial dari aku sendiri, sila whatsapp aku yee, sebab testimoni aku limited, taknak orang copy paste sangat la..sikit2 xpe.hehe*.

Saturday, February 7, 2015

Wedding : Tribute untuk kawan-kawanku

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, February 07, 2015 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Post ni khas untuk kawan2 yang aku tak sempat nak attend,
oleh itu aku culik gambar2 ni dari FB, hehehehe..senang la nak ingat sape yang dah kawin sape yang belum kan. hehehehe.

Kawan sekolah rendah

Fatihah & sadon

Fareez & Nadia


Kawan Bainun
Anim & Kery


Fatihah Mustapha

Amal & Yusuf

Izati & Haziq


Kawan Matrik Penang
Nab

Suhada
*sorry aku takde gamba kau ada!!!*

Siti
*gambar kau pun aku takde ni siti!*

Kawan UKM
Farah & Syafiq

Ecot & Afiq




matang

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, February 07, 2015 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
matang?
apa itu matang?

secara fizikal atau mental?

cakap tentang matang, aku ada beberapa cerita tentang matang. tak tahu nak mula dari mana dulu. lagi sedap kalau cerita depan2 muka, siap ada analogi. kalau menaip ni feel nya sampai dalam 75% sahaja, sebab korang buka baca setiap patah perkataan pun kan?

aku mula kerja dari tahun lepas masa umur aku 23. sekarang aku dah 24, bakal 25 oktober ini. tak sampai setahun pun aku bekerja lagi. nak tahu kerja aku?

aku kerja kat company training provider, which is most of the time aku involve sama in handling training & event. so far, paling banyak handle rakan sebaya. well, ini yang aku nak cerita ni.

budak2 yang masuk ke training ni, hampir semua adalah sebaya aku, kalau bawah pun bawah setahun. in fact, ada yang lebih tua 2,3,4 tahun. kadang2 dorang panggil aku 'kak'.

bila dorang panggil aku akak aku ada rasa 2 perasaan yang mana satu adalah positif dan satu lagi adalah sebaliknya.

positifnya adalah, i take that as a compliment. sebab aku matang dalam menguruskan mereka. dan nak lagi kelakar aku tahu umur mereka atas aku tapi mereka panggil aku 'kak' sebagai tanda hormat.

negatifnya adalah aku rasa "hoi tua sangat ke aku?". dan serentak aku akan kata "i'm not your kakak". tu kalau masa aku tengah bad mood. hahahaha.. ok ini kelakar.

dan kawan satu opis aku sangat particular benda2 macam ni, dan dia akan sound budak tu on the spot tau.

oh kepada kawan2 yg baru nak habis U, kalau nak address orang, don't call kakak, abang, pakcik, makcik. it's better to call miss, mister, madam. if you're not so sure about a girl, call her miss.

that's an advice if you want to get hired!

Thursday, February 5, 2015

Wedding : Aimi & Arip

THE TYPEWRITER : idati on Thursday, February 05, 2015 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
okeyy...ini pulak adalah kali pertama aku menghadiri wedding budak UKM. actually before this dah ada beberapa orang budak UKM yang dah kawin tapi aku tak sempat menghadirkan diri. i'm so sorry T.T

kali ni aku bawak korang berjalan ke Penang plak. huiyooo...aimi dah pindah rumah lagi satu, besar nya rumah, patut lah tak wat wat dewan, sebab umah dia pun dah besar cam dewan..hik3..gurau je mii...

on the way..ohh muka boolat

eksaited nk makan..oh culik fared dulu..hehe





ukm'ers

harus ada gambar macam ni

with aimi ;0


pika & faz magic hijab
farid yang menggelupur

selfie ngan aimi..mehehehehe








aimi & arip! terpaksa crop gamba gua yg gemok hik3
ucapan utk aimi tersayang, semoga bahagia ng arip sampai bila2.. pastu bila datang gopeng, mai le lepak sama, boleh kita gi panjat pokok..hehehe