Do you like my blog?

Tuesday, September 15, 2015

Pakej Spa Berpatutan Area Puchong - De Skin Beauty Centre

THE TYPEWRITER : idati on Tuesday, September 15, 2015 10 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Hari ini lebih kurang 24 tahun 11 bulan aku bernafas di muka bumi ini, barulah kali pertama aku rasa pergi spa.

Actually aku tengah survey pasal spa untuk pakej pengantin. Tiba2 kat fb group yg jual barang-barang online ni, aku tertangkap dengan iklan full body massage kat spa area puchong. Hanya RM 58 untuk full body massage selama 1 jam 30 minit. Aku pun pm laju2 advertiser nya yang sangat friendly iaitu kak Niesa.

Aku rasa 2 bulan jugak masa aku berfikir nak cuba tak massage ni.hahaha.gila sampai 2 bulan. Yelah, aku bukan pernah pergi spa bagai ni.Aku cuma diurut oleh budak2 silat dulu2, dipijak oleh nani dan kerusi urut RM 1 untuk 3 minit. Tak biasa satu, malu satu, takut pun ya jugak. Lagi 1 aku cepat geli,jap gi urut2 rasa geli terus aku tendang tukang urut..bahaya kan aku.

Dan akhirnya,aku decide jugak untuk book tarikh.by the time aku dah book,keluar promo baru.hahahahaha.yg juga berbaloi. Jom tengok pakej2 nya. Ni pakej untuk customer2 baru okay?





Pakej yang aku ambil masa kali pertama datang sini.


Alamat De Skin Beauty Centre, Puchong. (Depan IOI Mall, belakang CIMB Bank, atas kedai makan cina)
apa yang bagusnya tentang spa ni adalah :

1) harga yang berpatutan; pendek kata affordable
2) mesra wanita; spa semua untuk perempuan sahaja. ruang menunggu pun utk perempuan sahaja, lelaki TIDAK DIBENARKAN MASUK
3) beautician semua perempuan
4) ruang & bilik yang selesa
5)kawasan senang parking

alamat / location De Skin Beauty Centre. atas Restoran Liang Kee,
(No 15a,Jalan Kenari 6, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor)
 

bilik massage. sory lighting hp aku buat hal hari tu. kureng sikit gambarnya


bilik facial, earcandling & sbg nya ..

sekarang ada promosi untuk urut 8 jam.tapi bukan one shot urut 8 jam. boleh datang banyak2 kali. dan ada dapat free treatment macam list kat atas tu..untung kan? siapa berminat boleh cuba.

berminat nak buat booking spa boleh whatsapp Kak Ita di no 011-2928 3052
Spa bukak setiap hari dari jam 10am - 7pm. semua slot based on booking sahaja.


semoga bermanfaat :)

Wednesday, September 9, 2015

Teambuilding di Han Rainforest Resort, Taman Negara, Pahang

THE TYPEWRITER : idati on Wednesday, September 09, 2015 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hi,

benarkan aku skip beberapa episod hidup yang aku janjikan. sebab sekarang aku nak bawak korang semua berlecah ketiak di taman negara untuk teambuilding. pakai la deodorono sesiap,bak kata mak aku.

aku bekerja dekat Excel Minds Consultancy, sebuah company training provider. biasa aku duduk dekat ofis, atau travel ke career fair. kadang-kadang pergi event luar. kali ni aku ke teambuilding bagi satu company ni (company kena P&C lah harap faham). apa yang aku nak highlight kan kat sini adalah the excitement yang bakal dihadapi oleh korang semua yang akan pergi ke taman negara (satu hari nanti, inshaAllah).

kalau korang sampai ke sini(pada saat aku menulis entri ini), area taman negara masih dalam proses membaikpulih. korang ingat tak banjir tahun lepas yg dahsyat tu? haa...taman negara pun terkesan jugak. so, macam nak cari souvenir semua tu macam tak berapa banyak lah. (sebab aku kurang nampak kedai2 nya). kedai makan banyak la. kalau souvenir yg korang nak berupa lemak terkumpul, itu mungkin boleh berjaya lah kan. hahaha

so kat sini, kami dan client setuju untuk buat event di Han Rainforest Resort. firstly, kami dah datang buat site visit dah. drive dari KL ke sini makan masa dalam 3-4 jam lah. jalan kalau dah masuk ke simpang taman negara tu, 30km jalan macam ular kena palu. get ready lah sesiapa yang ada motion sickness. dan pesan awal2 kat driver jangan bawak macam Dom bagai. tak sesuai. @.@

kat Han ni, memang sesuai buat teambuilding event. sebab suasana dia yang best dan adventure. tapi takdelah korang tido atas pokok kan. ada bilik,macam bilik hotel. ada housekeeping, jangan risau.
macam aku yang balik dan tiba2 bilik dah kemas.bukan seram tapi malu. sebab aku dah sepahkan barang tahap moksya. kau bayangkan la macam mana.

so, aktiviti kami selama 5 hari 4 malam ni (teambuilding nya 3 hari 4 malam sahaja), adalah untuk facilitate the event. oh ya, aku facilitator, bukan trainer.

sebab teambuilding event ni might be P&C, aku hanya boleh sajikan gambar sahaja. yang aku upload gamba2 faci & trainer sahaja. kami jaga privacy participants & the company okay :)

sebelum bertolak ke kawasan teambuilding. depan ofis ni :)

dua orang tinggal



faci perempuan excelminds sangat gagah perkasa


muke terlebih tenang


tengah tunggu participants utk registration

faci beramai-ramai before pergi ke rumah orang asli


loading the stuff

kena naik bot pergi rumah orang asli

BBQ session malam kedua. nyumm....delicious meals prepared by Han Rainforest team






kamal men'sandwich'kan kucing...

ini sumpit namanya.boleh beli tau


pokok rotan.wan cakap




canopy walk at taman negara, pahang. sebenanya aku gayat T.T




kpop excelminds.


ini bob! :)


barisan facilitator & trainer excelminds




kalau berminat nak hire trainer untuk teambuilding event, boleh contact Excel Minds Consultancy Sdn Bhd di nombor :  03-7722 4827 / 03-7727 2427 dan bercakap dgn salesperson kami (Miss Nadia or Mr Matthew).

gerenti anda tak kecewa!